Pengumuman penurunan duti import dan eksais sedikit sebanyak memberikan sedikit senyuman kepada orang ramai yang marah-marah dan merungut. Walaupun kereta kesayangan ramai, Proton hanya mengumumkan penurunan sekitar 2-3% dengan alasan duti import tiada kena mengena dengan mereka. Maka kita dengan gembira menyambut baik, dengan positifnya mengatakan kerajaan memahami kita. Walaupun sejauh mana ia memberi kesan kepada golongan berpendapatan rendah dan menengah yang hanya menukar kereta selepas tujuh tahun; tidak dapat dinilai secara objektif, namun ia pastinya tidak dapat mengimbangi kesengsaraan kenaikan kira-kira RM20 setiap kali mengisi tangki besi buruk secara penuh. Setengah kita langsung tiada pakai kereta dan bertahun-tahun guna kereta second hand. Pakcik kerja pekebun, penoreh getah, orang kerja bayar gaji hari dan yang tawakal rezekinya umpama burung keluar di pagi hari. Kereta tiada di dalam kamus hidup. Yang ada bas dan prebet sapu. Bukannya kita tidak sedia maklum teruknya perkhidmatan bas di kampung. Itulah yang baru sekarang kita terhegeh-hegeh mahu perbaiki.
Dah kematu punggung pakcik ni ha.
Ramai rakan-rakan sudah mula mengambil polisi memperketatkan sebab untuk menghidupkan enjin. Alang-alang start enjin, selesaikan beberapa urusan sekaligus. Kalau nak ajak keluar makan, tunggu kalau ada urusan lain. Contohnya mahu ke pejabat Pos. Kawan-kawan penumpang yang berjaki-jakian. Tidak kurang juga yang shopping sambil balik kampung. Bermakna sebelum ini keluar shopping barang dapur sekitar rumah sahaja. Sekarang ini beli barang kat supermarket kampung sahaja. Dapat capai dua tujuan sekaligus. Berjimat? Mungkin. Survivaliti? Pasti.
Agak-agak apa perasaan pakcik ni dengan 'kemurahan' harga kereta sekarang? Penghias Gambar.
No comments:
Post a Comment