Tuesday, June 20, 2006

Posting dari Karachi II

Perbezaan masa, hmm 3 jam ngam ngam lebih lambat. Contohnya kalau di Malaysia pukul 7
petang, di Pakistan sekitar 4 petang. Maknanya siaran bolasepak Piala Dunia paling lambat sekitar 12 tengahmalam. Balik office terus tengok bola. Orang Pakistan yang berkemampuan boleh memiliki TV dengan pinggan sendiri. Dengan kata lain TV satelit. Hampir 90 saluran.

Namun suasana di kedai-kedai pada waktu malam adalah sangat tenang. Oleh kerana di rumah sudah ada TV yang menyiarkan siaran secara langsung, sangat jarang orang berkumpul di luar seperti di Malaysia. Atau mungkin juga orang Pakistan tidak kisah sangat kerana sukan nombor satu adalah kriket. Ada juga teman yang tersasul masa. Pukul 9 pagi Malaysia dah gelabah nak pergi customer site office. Sedangkan waktu tempatan baru jam 6 pagi. Biasalah.

Subuhnya sekitar 4 pagi, maknanya lewat satu jam dari Subuh di Malaysia. Oleh kerana
subuhnya awal, matahari keluar jam 5 pagi. Dari jam 5 pagi hingga 8 pagi, masa yang panjang untuk keluar rumah menuju tempat kerja. Sistem pengangkutan awam banyak walaupun tidak sanggup kunaiki. Oleh itu pergerakan orang di sini agak perlahan berbanding Jepun atau mungkin Malaysia. Satu lagi yang menarik ialah ia hanya dua jam perjalanan ke Jeddah. Mungkin lain kali sempat beli tiket ke sana untuk buat umrah.

Selalunya keadaan di bandar Karachi adalah tenang dan aman walaupun tidak digalakkan
berjalan malam. Cuma kebetulan sekarang ini berlaku sedikit kekacauan apabila anak buah ketua samseng mengamuk dengan menghujani peluru di Korangi, gara-gara kematian ketua mereka di penjara. Kawasan rakyat miskin seperti Saddar juga tidak selamat untuk berjalan berlenggang-lengguk kerana penjenayah boleh merompak hanya untuk mendapatkan handphone.


Pemandangan dari bilik hotel
Beberapa tempat shopping high class adalah Forum dan Cliffton. Beberapa tempat harga patut adalah CSD dan Zaynab, selain bazar-bazar di Saddar. Tak shopping sangat, temankan rakan-rakan.


The Forum

Hanya tiga barang yang betul-betul murah. Karpet, pakaian kapas dan jaket kulit. Selain itu ia setanding dengan harga di Malaysia dan kadang-kala lebih mahal. Satu lagi kalau sampai sini cuba cari mangga Karachi. Murah RM1.20 sekilogram dan manis, mungkin kerana cuaca panasnya yang konsisten. Walaupun panas, Karachi sangat kuat berangin.

Kami pernah menjamu selera di Niihari, Boat Basin, selatan Karachi yang dekat dengan tepian pantai. Sekitar Rs1000 (RM64), enam orang yang kuat makan akan surrender dengan mudah. Kebab (kebabnya berbentuk kuih gulung dan plain kebabnya diikat dengan benang), nan dan tandorinya bukanlah asing, namun cuba gulai kambingnya, pasti tertawan. Kalau seminggu duduk sini memang confirm naik lagi sekilo dua.


Kuah kambing yang umph!


Percaya tak roti ni 24sen?


Pelikkan kebab dia?

Tempat kerja sekitar 10 kilometer sahaja dari hotel, oleh itu kami menggunakan teksi roda tiga atau istilahnya tut-tut sahaja kerana malas membayar pemandu teksi yang cekik darah, kadangkala mencecah Rs200 atau kira-kira RM12. Lagi pandai dia berbahasa Inggeris lebih tinggi demandnya. Naik tut-tut pula sekitar 50-70 Rupee sahaja, iaitu kira-kira RM3-4.

1 comment:

Anonymous said...

bawak lebih sikit ah roti nan tu balik BSP. :-)