Lina Joy dan Artikel 11
Ramai orang apabila ditanya tentang isu Lina Joy, terkebil-kebil tidak tahu. yang tahu pula, mengaitkannya pula dengan isu politik kerana ada political milage yang boleh dikutip oleh pihak-pihak yang tertentu. Namun sebenarnya ia adalah isu akidah kerana ia melibatkan proses meruntuhkan institusi keluarga Islam yang dirancang dengan perlahan tetapi halus dan teliti.
Ia mungkin bersifat kes peribadi tetapi ia boleh digunakan untuk meminda perlembagaan dan menukar sistem kepercayaan dan kekeluargaan. Bayangkan jika anak-anak kita lahir tanpa agama yang diiktiraf dan boleh mengisytiharkan agama ketika berumur 18?
Palestin dan Lubnan
Ramai orang apabila ditanya tentang isu Palestin dan Lubnan, terkial-kial cuba memahami. Yang tahu pula, tidak ambil peduli. Pada mereka ia adalah peperangan dua bangsa yang terlalu biasa berlaku. Ada juga yang menganggap ia isu membenteras keganasan. Sedangkan ia adalah isu agama dan kedaulatan watan Islam. Justifikasi memerangi kedua-dua negara sangat lemah iaitu sebahagian usaha US-Israel membenteras keganasan dan Israel mempertahankan diri.
Pembunuhan, perkosaan dan penyiksaan setiap hari ke atas umat Islam di Iraq adalah
keganasan. Sukar untuk melihat media barat memaparkan hasil kerja peluru dan bom Israel di bumi Lubnan dan segala isinya. Seolah-olah ia berkenaan Hezbollah dan Israel sahaja. Memerangi negara lain atas alasan mempertahankan diri adalah bukti dunia ini sudah gila dan tidak rasional, apatah lagi jika ia kenyataan Presiden Amerika dan di sokong PM Britain.
Kalau rakyat US atau Israel, pastinya mereka kutuk dan balas sehabis-habisnya. Kalau
kanak-kanak dan wanita Islam yang berdarah atau hilang anggota badannya, tidak ada
sedikitpun rasa simpati. Adakah sebegitu murah nyawa umat Islam? Tidak adakah manusia yang rasional di dunia ini?
No comments:
Post a Comment