Saturday, November 24, 2007

AJK Tandas seumur hidup

Maaf sekiranya tajuk blog ni mungkin bertaraf pojok, remeh atau sedikit mengada-ngada. Ada satu pekara yang penting kupelajari minggu ini yang mungkin menarik dikongsi.
Selalunya kalau ada program, memang rumah kedai 3 tingkat di sini menjadi semacam 'markaz' untuk belajar membuat senjata dan bom fiqh dakwah dan ilmu tsaqafah. Setiap ketika itu juga sekiranya aku berada di situ, aku berasa selesa berada di situ, terutamanya bilik aircond, coffee maker, broadband internet, sistem PA audio video dan mesin fotostetnya. Kadangkala lebih seronok berada di sini dari opis kerja dunia mahupun mini opis di rumah.
Namun perasaan itu semacam ditarik minggu lepas apabila aku membuat kunjungan rutin. Puas aku membuat penyelidikan, feedback study, feasibility report mahupun counselling session tentang perubahan perasaan selesa dan seronok yang hilang itu. Setelah meneliti semua perkara baru aku sedar sesuatu, keadaan tandas agak berbau dan tidak terurus. sudah mula nampak .... tak perlu rasanya diteruskan. Bayangkan sendiri suasana tandas Puduraya pada pukul 2.30 pagi.
Sebelum ini keadaan tandas yang cantik dan terurus itu tidak pernah kuperhatikan kerana selama ini jarang ia mengganggu atau melintas difikiran. Memang kita tidak akan menghargai sesuatu atau seseorang sehinggalah kita kehilangannya. Itulah kebiasaan yang selalu kita terlupa untuk ambil ikhtibar.
Aku diberitahu bahawa seorang sedara ni memang setiap kali ada function atau program di opis, dia akan membersihkan tandas-tandas yang ada sebelum sesiapapun datang. Ini sebahagian dari rutinnya dan sumbangan kepada pejabat, mungkin sebagai membayar yuran mengaji. Tetapi sadara ni sudah balik kampung sejak sebulan yang lalu, bincang dengan keluarga perihal nak menikah. Amboi-amboi bukan main lagi dia. Barulah aku sedar betapa mulianya AJK Tandas seumur hidup ini.
Betullah kata Fadzillah Kamsah ketika aku mengikuti program motivasinya di Marang sekitar 1995, "Walau hebat manapun kita, jangan lupa bersihkan tandas. Ia akan mendidik kita menjadi insan yang lebih hebat". (Betul ni tak tipu, dia cakap camtu). Jumpa lagi.

1 comment:

'Umayr SRA said...

hebat. memang hebat. sama cam ajk basuh baju seumur hidup.

p/s: bang, ana akan bernikah lagi 11 hari. kat klate. 8/12/2007. *sengih lebar*