Wednesday, September 22, 2010

Perginya Salah Seorang Muassis Dakwah di Malaysia

Minggu lepas sewaktu bertemu Ustaz Hamid Sulaiman, beliau mengkhabarkan pemergian sahabatnya Ustaz Dahlan, kerana ketika diziarahi beliau baru selesai solat ghaib jenazah.

Berita selanjutnya:
http://www.ikram.org.my/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=78:ucapan-takziah-di-atas-pemergian-ustaz-dahlan-mohd-zain&catid=3:terkini&Itemid=65

Saturday, September 18, 2010

Muhibbah yang bermusim

Selamat Hari Malaysia terutama Sabahan dan Sarawakian. Musim bulan-bulan patriotik yang bercampur-baur dengan musim perayaan ini, banyak iklan-iklan bermesej masyarakat harmoni ditonjolkan. Antaranya seorang wanita Tionghua yang masih menziarahi mertuanya walaupun suami Islamnya telah meninggal dunia.

Namun mesej-mesej ini dilihat bermusim, sedangkan drama Melayu sekiranya ada sangat kurang penglibatan bangsa lain atau watak bangsa Cina, India, Iban atau Kadazan. Drama Cina atau Tamil lagilah kurang, mungkin kerana masalah kurang menguasai bahasa. Tetapi drama Melayu tidak boleh menggunakan alasan yang sama. Sekiranya serius dengan mesej harmoni masyarakat majmuk, skrip mesti diolah supaya dapat menyelitkan watak keluarga Cina atau India.

Semoga Malaysia terus sejahtera dan makmur.

Pembunuhan Datuk Sosilawati

Memang ketika kecoh-kecoh tu aku berada di Terangganu, so bila orang mengusik tentang kepopularan Banting kebelakangan ini atas sebab pembunuhan kejam itu, aku tiada sebarang klu. Rujukan hanya seperti di akhbar. Namun setelah kembali ke Banting, pelbagai cerita yang tidak keluar di akhbar dan media telah sampai ke telinga. Hmm naik malas nak dengar. Aku cuma doakan Banting bersih dari orang-orang yang zalim macam tu. AlFathihah untuk Allahyarhamah dan 3 mangsa yang bersama beliau.

Thursday, September 16, 2010

Semoga dicucuri rahmat Shazwan Shahidan

News and appreciation to one of a few nice guys around.
http://hana-ibrahim.blogspot.com/2010/09/rip-dear-shazwan.html
http://www.zerotohundred.com/newforums/dc5-integra-type-r-forums/350570-rip-shazwan-blueimp.html
http://hana-ibrahim.blogspot.com/2010/09/its-been-7-days.html

Monday, September 13, 2010

Solat di Masjid Terapung

Memang solat di Masjid Kuala Ibai ni sentiasa happening. Solat waktu, qiyamulail atau solat raya, memang sentiasa ramai. Mungkin dapat beribadat sambil menikmati pemandangan tepi laut yang cantik.

P1010440

Friday, September 10, 2010

Tazkirah Ramadhan: Mustajab Doa

Puasa merupakan hikmah tersembunyi di dalam ibadah puasa. Di dalam kelompok ayat al-Baqarah 187-190 (saalaka) ada disebut tentang doa. Jadi sebenarnya bulan Ramadhan adalah bulan doa. Bulan mustajabnya doa. Oleh itu kita digalakkan banyak berdoa. Layan tazkirah ustaz (orang Terengganu duduk Cheras) di Masjid Terapung subuh malam ke 29.

Resipi Puasa Mustajab Yakin dan Khusyuk
Yakin Allah akan makbulkan doa kita dan yakin Allah mendengar doa kita.

Khusyuk adalah perkara yang berbeza. Kita sering lupa bahawa ketika kita berdoa kita sedang berkomunikasi dengan Allah. Kadangkala kita berdoa sambil lipat sejadah atau jawab sms. Sedangkan kita sedang mengadap Allah lewat doa.

Sebab tidak diterima: Gopoh. Tidak sabar di dalam berdoa. Kita mengeluh dengan mengatakan "Minta doh ustaz tapi tak boleh-boleh (tak dapat-dapat)"

Sebab kedua tidak diterima kerana memakan makanan haram. Haram itu terbahagi dua sebab. Dua sebab haram: Makanan itu haram, ia secara hukumnya haram contoh minum arak atau makanan syubhah atau outlet yang tidak pasti status halalnya. Kedua makanan halal dari sumber yang tidak halal. Contohnya membeli makanan dari duit berjudi, atau menipu duit orang lain, atau tidak membayar duit orang bawahan/pekerja/subcon dan sebagainya.

Hadis 40 Imam Nawawi ada ditulis tentang hadis wamalbasuhu haram. fainna mustajab?

Sekiranya masih tidak diperkenanan doa:

Berserah kepada Allah tentang dua

perkara: Bila dan bagaimana.

Sekiranya sudah terpenuhi semuanya, perhatikan bila dan di mana doa menjadi

mustajab.

Bila? Doa mustajab ketika antara dua khutbah Jumaat, ketika di tengah medan pertempuran dengan orang kafir atau bulan puasa mahupun ketika bermusafir.

Di mana? Doa mustajab di 3 masjid Masjidil Haram, Masjid Nabi dan Masjidil Aqsa dan sebagainya.

Untuk memastikan doa kita mustajab adalah sangat sangat mencabar. Sekiranya kita telah meminta tetapi masih Allah tidak perkenankan, periksa kembali sumbar rezeki dan malan hidup kita. Teruskan berdoa tanpa bersungut dan terus berdoa kerana tugas hamba meminta bukan mempertikai. WAllahua'lam.

Selamat Hari Raya 1431

Semoga Ramadhan yang lepas meninggalkan kenangan indah dan kesan iman yang mendalam untuk dijadikan bekalan, sehingga ke Ramadhan seterusnya.

Alfathihah buat ukhti Raihana Zainuddin

Dari http://www.sinarharian.com.my/pahang/content/story8149961.asp

Sementara itu dalam nahas berasingan, seorang penumpang sebuah kereta maut selepas kereta yang dinaiki merempuh belakang sebuah lori treler membawa muatan besi di Kilometer 226, Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) dekat Kuantan, awal pagi kelmarin.

Mohamed Fauzi berkata, dalam nahas kira-kira jam 1 pagi itu, mangsa, Raihana Zainuddin, 26 dari Seksyen 9 Shah Alam yang berada di tempat duduk penumpang belakang dipercayai tercampak ke hadapan dan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Menurutnya, pemandu kereta dan seorang lagi penumpang bagaimanapun terselamat dan hanya mengalami kecederaan ringan bagaimanapun mereka dihantar ke HTAA menerima rawatan.

“Kereta yang dinaiki mangsa dipercayai dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menghala ke Kuantan dan bergerak mengekori belakang lori treler terbabit.

“Ketika sampai di lokasi nahas, pemandu kereta dipercayai gagal mengawal kenderaannya lalu merempuh belakang lori terbabit menyebabkan mangsa yang berada di belakang tercampak ke depan,” katanya.

Wednesday, September 08, 2010

Bila rasa kehilangan Ramadhan?

Kata ustaz bagi tazkirah di Masjid Banting, rasa sedih kerana pemergian Ramadhan itu sangat terasa pada solat Isyak 1 Syawal di masjid. Ini kerana selepas solat, jemaah bersurai, sedangkan sejak sebulan lepas malam-malam hari kita dilengkapi dengan keindahan dan kepenatan berterawih. Apabila mengenangkan ketika itu maka mengalirlah airmata kehilangan.

Sunday, September 05, 2010

Tarawih Membina Kekuatan

Saja layan blog sempoi ini. Gambar yang dipaparkan cukup meruntun hati. Sila ke sini

Kadangkala kita rasa penat untuk berterawih setiap hari. Kita cuba untuk pastikan terawih tetap dibuat setiap hari, sekurang-kurangnya 8 rakaat. Namun cukupkah buat bekalan dihadapkan kepada Allah? Ketepikan dalil buat 8 atau 20, kerana 8 atau 20, dua-dua rasul dan sahabat buat.

Namun di sisi Allah bagaimana di kalangan berjuta umat ini supaya amalan kita Allah terima sekiranya 8 rakaat itupun ada kekurangan di sana sini. Kerana itu beruntunglah orang yang punya kekuatan untuk mengharung tambahan 12 rakaat lagi.

Memang penat berterawih setiap malam, tetapi apabila selepas solat isyak 1 Syawal, pasti terasa kekosongan yang selalunya diisi dengan kelazatan berterawih. Ketika itu hanya linangan air mata dapat mengiringi pemergian terawih. Berdoa sahajalah kita masih ada untuk Ramadhan tahun depan.

Tilawatul Quran


Ramadhan sudah hampir meninggalkan kita. Sudahkah tercapai target peribadi masing2?

Friday, September 03, 2010

Muka Blog September 2010

Oleh kerana blogger.com guna framework untuk tukar template, kita akan lupa terus template lama yang pernah kita pakai. Oleh itu mulai sekarang aku akan abadikan template yang aku gunakan dari masa ke semasa.

20100903-sepuluhsen

Top Five Rejected Proposed Wasilah/Platform

Dah takde kerja sangat, aku terfikir beberapa kependekan yang agak ranggi dan sesuai digunakan oleh aktivis Islam. Aku reka sahaja, tapi jangan terperanjat kalau ada sahabat Indonesia kutip nanti. *Ada lebih dari 5 sebenarnya.

6. HAMIS untuk Harakah Mahasiswa Islam Malaysia. Ditolak pendaftarannya oleh HEP kerana namanya yang 'kurang bersih'.
5. PEKASAM untuk Pergerakan Siswa Malaysia. Pendaftaran ditolak kerana dikatakan menyerupai pergerakan sedia ada yang nama hampir serupa.
4. WAKAKA Wanita Kumpulan Aksi Keselamatan Antarabangsa. NGO untuk memperjuangkan keselamatan wanita dari penyeluk saku, peragut atau pengendap. Belum diterima kerana belum check IPR samada FIFA 2010 South Africa ada patentkan perkataan Wakaka tu.

3. GEMPAK untuk Gerakan Mahasiswa Peri Aktif. Ini terlampau ranggi. Kena reject kerana dikhuatiri ada unsur-unsur subversif bercampur barbarian educated aktivis. Pihak HEP masih meneliti kertas cadangan.

2. PACARAN untuk Pemuda Cinta Ramadhan. Agak catchy untuk menarik perhatian. Ingatkan menggalakkan berpacaran. Berpacaran dengan Quran dan Qiyamullail. Hmm Program 2Q. Dah macam Program Motivasi lah pulak.

1. IBIS untuk Ikatan Bujang Istiqamah. Bukan aku, Pak Agus yang reka, buat mengenakan kami-kami yang masih bujang ketika itu. Aku pernah memegang jawatan Timbalan Presiden untuk beberapa penggal.

Wednesday, September 01, 2010

Malam 23 Nan Tenang


Indahnya suasana pagi yang gelap. Bertemankan angin menyapa lembut.