Mula: IIUM Gombak
Tamat: Bangunan MPS Cyberjaya
Waktu: Sekitar 8.30 - 9 pagi
Selama dua tiga minggu aku mengkaji laluan-laluan yang ada. Boleh sahaja aku baca forum atau tanya Lebai Google melalui anaknya Professor Map, tetapi aku ingin merasai sendiri keperitan hidup di KL mengharung kesesakan lalulintas setiap hari. Ini antara pemerhatian yang dapat dibuat:
Jalan MRR2 pilihan yang natural, namun jalan mula sesak di hadapan Taman Melawati. Ia berakhir di susur keluar ke Jalan Ampang. Besar kemungkinan kerana susur keluar DUKE di ADNI Taman Seri Ukays yang mula dibuka sejak awal 2010.
Dari MRR2 susur ke Jalan Genting Kelang untuk ke Bulatan Pahang. Ada dua jalan yang boleh diambil dari sini. Pertama ambil Jalan Tun Razak. Traffik agak perlahan tetapi masih lancar. Dari situ boleh ke Sg Besi. Kemudian samada ambil Plus RM1.60(susur keluar Serdang) atau guna lebuhraya MEX RM4. Kedua bypass bulatan menghala Jalan Istana ke Sg Besi. Agak jauh sedikit tetapi traffik lebih lengang.
Masalah guna Jalan Genting Kelang ialah di Jalan Genting Kelang (JGK) sendiri. Traffiknya boleh statik untuk beberapa ketika. Walaupun tidak sejauh kesesakan MRR2, tetapi sekurang-kurangnya di MRR2 kenderaan masih bergerak.
Kemudian aku cuba dari Jalan Sg Pusu terus melalui sepanjang Jalan Gombak untuk susur keluar Jalan Genting Kelang, dengan harapan dapat bypass kesesakan sepanjang Jalan Genting Kelang. Negatif: Sesak nak masuk.
Kemudian dari MRR2 aku keluar di susur JGK. Traffic light pertama terus susur ke LRT Wangsamaju. Menghala Taman Seri Rampai, Setiawangsa dan Jelatek. Di persimpangan Jalan Ampang, ambil ke kiri boleh juga kerana di MRR2 sudah reda lalulintas melepasi Ampang Point. Namun aku cuba ke kanan menghala KLCC untuk susur ke Jalan Tun Razak. Alhamdulillah traffik lancar. Sekiranya aku tidak ambil MEX masih OK kerana kesesakan di Bandar Tun Razak sudah reda sekitar jam 9 pagi.
Aku akan cuba jalan ini dulu sementara jumpa alternatif yang lebih baik.
No comments:
Post a Comment