Seperti biasa malam tahun baru mengantuk gila. Sedar-sedar dah subuh. Tahun ini pula agak istimewa...
101231 2001
Sekitar jam 10 aku sudah bergerak dari KL ke Putrajaya. Menghirup udara KL di malam tahun baru. Memang kelas. Singgah di stesen minyak. Banyak motorsikal parking. Kiri-kanan penuh. Nak isi minyak kena minta kebenaran (angkat tangan). Group lain-lain. Macam-macam. Ada macam punk, ada macam rock, ada macam mat motor klasik, ada geng rojak (tak clear identiti) dan sekadar campur lelaki perempuan. Apalah budak-budak perempuan ni buat malam-malam kat luar. Mak bapak dia tahu ke tidak?
101231 1048
Sampai tempat gathering. Best jumpa teman lama dan teman baru. Borak-borak sambil ngeteh. Perbincangan dari hal anak-anak sehingga harga rumah Putrajaya dan lesen takaful. Kemudian dengar pengisian Ustaz tentang tarbiyyah. Baca Quran sebelum menjadi as-Syahidul Quran.
110101 0405
Bangun, solat dan berjemaah. Gatal tekak batuk-batuk dan selsema bertambah teruk. Sempat diminta menjadi muazzin Subuh.
110101 0730
Seronoknya minum ramai-ramai kedai mamak di pagi tahun baru, aktiviti debit lemak ganti aktiviti defisit lemak yang gagal dilaksanakan, riadhah. Ada sahabat tabligh mendahului kami di kedai mamak. Macam-macam cerita sejarah D&T di Malaysia disingkap dan dibincang. Priceless moment.
110101 0900
Bersurai. Masing-masing ada urusan dunia menanti untuk diselesaikan. Namun seperti sahabat tabligh itu, kami bersyukur memulakan tahun baru masihi dengan langkah kanan. Semoga ukhuwwah dan usaha ini diberkati.
No comments:
Post a Comment