Sejak Khamis lalu aku mula rasa seram-seram sejuk. Dua hari yang menyeksakan terpaksa dilalui juga. Kalau ikut hati mahu sahaja aku bercuti. Tapi training dah bayar ribu-ribu satu kepala takkan nak ponteng.
Jumaat lalu selepas training aku bergegas ke klinik. Dr. kata tonsil dah bengkak. Dia bagi macam-macam ubat. Ubat demam, ubat sakit tekak, antibiotik, tekak bengkak dan kumur-kumur. Aku tunggu satu hari satu malam sebelum buat kesimpulan bahawa ubat dia memang tak power. Badan pula sekejap panas sekejap sejuk. Bukan kali ni sahaja, dah lama dah aku perhatikan ubat dia tak berapa bagus. Maka Sabtu malam Ahad dengan bersusah-payahnya aku berjumpa Dr. yang agak jauh dari rumah untuk dapatkan ubat yang lebih baik. Dr. kata tonsil bukan setakat bengkak, tetapi bernanah. Patutlah bukan main sakit ketika menelan.
Alhamdulillah hari ini sudah agak OK. Masih sakit tetapi tak sebisa satu dua hari lepas. Bila sakit tekak begini aku cenderung untuk tidak banyak berbicara. Dengan zaujati pun guna bahasa isyarat sahaja. Walaupun tonsil tiada kena-mengena dengan peti suara, tetapi pergerakan mulut sedikit-sebanyak akan memberi kesan kepada tonsil. Bagus juga tak banyak bercakap. Diam aje. Membisu macam Mak Mok aku. Kata Umar, banyak bercakap lagi banyak silapnya. Kata orang nak kahwinkan anak, diam tanda setuju. Kata orang, kalau diam tak pasti dia diam kerana kejahilannya, tetapi kalau dia bercakap dengan jahilnya, maka sudah menjadi pasti kejahilannya. Entah apa yang aku mengarut.
Demam dan sakit adalah ujian-ujian kecil dari Allah untuk hamba-hamba yang lemah dan kecil. Kalau di Palestin, nak panggil demam sebagai ujian, tak berapa nak justify. Ujian mereka sudah tentu lebih berat dan apalah sangat demam ini pada mereka.
No comments:
Post a Comment