Thursday, November 10, 2005

Aku dan Kekeliruan Peranan Blog Ini

*Perhatian: Aku menulis posting ini mengikut style bukunota.blogspot.com. Saja nak tukar style.

Kadangkala itu yang sering aku rasakan. Pening 1

Aku suka menulis diari. Sejak remaja lagi. Aku teringat mini diari sebesar buku 555 yang bapa beri ketika masuk sekolah menengah.
Ada kenangan pahit berdiari ini. Ketika di sekolah menengah juga, seorang senior terjumpa diariku dan membaca. Dia cerita pula kepada kawan-kawan satu dorm. Apa lagi menggetap bibir menahan marah, nak mengamuk tak boleh senior. Akupun keluarkan ultimate weapon yang lebih hebat dari mengamuk, iaitu merajuk. Sampai dia datang minta maaf.
Suatu ketika aku tergelak besar bila terbaca kisah suatu hari di dalam diariku.Ketika itu tahun satu. Aku marah seorang rakan (yang kemudiannya menjadi rakan yang agak rapat) yang meminjam mesin taip elektronik 2 kepunyaanku dan menggunakan sehingga habis semua dakwatnya, semata-mata untuk menulis surat ke makwenya 3.

Sudah lama aku tinggalkan dunia berdiari. Sebelum kewujudan blog, aku hanya menulis kadangkala, berdasarkan peristiwa, dan bukan setiap hari, dalam kertas, dalam PDA, dalam application notepad mahupun online html yang aku sorang sahaja yang boleh baca 4.
Tetapi teknologi blog dan fleksibilitinya menyebabkan aku mula beralih kepada blog. Ia mudah dikendalikan, maintenance mudah berbanding diari berasaskan website biasa. Login dan mula menulis. Susunan posting sangat praktikal. 5

Cuma satu kelemahan, diari ini bukan lagi private. Orang lain juga boleh membaca apa yang kita tulis. Yang umum tidak mengapa, tetapi yang bersifat personal juga terpaksa dikongsi bersama. Ada perkara-perkara yang menarik berlaku di dalam hidup ini tetapi kita tidak rasa perlu untuk dikongsi. Bagaimana kita boleh diari 'kan' secara blog dan online tetapi hanya eksklusif untuk kita sahaja? Educate me.

Oleh kerana itu, kadangkala kita terpaksa menjadi dua orang yang berbeza. Kadangkala kita menulis sebagai seorang tokoh masyarakat, tetapi kadangkala kita bercerita tentang peribadi, seolah-olah kita umpama selebriti; yang kisah di dalam kainnya pun kita risaukan 6.
Oleh itu terkadang kita; dalam rangka mencatatkan sesuatu, cuba menulis seumum mungkin supaya privasi kita terjamin. Bahayanya kita juga boleh terjebak menjadi orang yang berpura-pura. Aku tak mahu berpura-pura dengan apa yang kutulis. Ia lahir dari perasaan sendiri dan pemikiran atau pandangan yang dianuti 7. Tetapi pada masa yang sama aku tidak mahu identiti diri dan orang-orang disekelilingku menjadi agak terdedah kepada dunia ICT yang entah di mana sempadannya.

Aku pasti bukan aku seorang sahaja menjadi keliru atas topik ini. Ramai begini. Kesimpulannya apa? Entah. Buat ler apa-apa yang patut. Nukthoh.

1 Bukan pasal banyak makan daging. Potensi darah tinggi tuh!
2 Jenis Canon. Dapat selepas aku menyertai peraduan Ella USA - Canon. Dapat tempat kedua.
3 Dia tak kahwinpun dengan makwe tu.
4 Pakai javascript, kita boleh buat client side password. Kalau loginnya abc, maka nama html page adalah abc.html. Senang aje, tapi selagi orang lain tak tahu nama html page berkenaan, sampai kiamat dia tak boleh access file tersebut.
5 Kata-kata yang indah untuk menutup perkara sebenar, "Malas nak maintain".
6 Tu pasal blogger ni selalu perasan dia macam Batman, Zorro mahupun Power Rangers
7 Kepada yang tak faham, tak mengapa. Aku pun tak faham apa yang aku tulis. Dah tajuknya begitu.

No comments: