Monday, November 28, 2005

Matang & Muda?

Situasi 1:
Minggu lepas berkampung di Damansara melawan sengal, penat, mengantuk dan demam, semata-mata pergi training yang sudah lama dirancang. Buat pertama kali kami bertemu instructor yang sorang ni. Masih bujang dan nampak macam budak baru grad, nak ajar kami-kami yang agak tua ni tentang network. Rasanya masa dia baru belajar apa itu IP, kita dah boleh specify allocation IP untuk seluruh network dalam lab. Nak mengajar itik berenang? Bunyinya kelakar dan sombong. Realitinya tidak begitu. Instructor ni berpengalaman luas, tahu tentang setiap apa yang kami tanya walaupun teknologi baru atau lama. Dia juga boleh buat programming, cekap dalam pelbagai OS dan anggap networking ni (bidang yang dia expert sangat ni) sebagai lebih sukar berbanding programming. Pendekata, kalau main bola, dalam semua aspek dan posisi, langsung tak boleh gelecek dia. Teruk kena belasah. Orangnya bijak control floor. Bila kita mengantuk dia buat-buat datang meja kita dan tunjukkan ayat dalam handout yang perlu dihighlight, padahal sebenarnya dia nak kejutkan kita. Merendah diri walaupun hebat sangat. Baru berusia 27 tahun.

Situasi 2:
Hari Jumaat. Solat di masjid Kayu Ara. Tok Bilalnya tua bila dilihat muka dan didengar suaranya. 'Tok' Imamnya, budak mentah. Walaupun berjanggut dan berjambang, raut wajahnya jelas menunjukkan dia baru meniti awal 20-an. Orangnya hitam manis, hensem? No komen, tak penting kalau jiwanya soleh dan menjadi khatib solat Jumaat. Berbanding aku, dah ler tak hensem, tak menghafal sangat ayat Quran, tak pernah jadi khatib, nak dapat saf depan pun once in a blue moon. Suarapun tak sesedap yang diperasankan. Pendekata, kalau main badminton, memang kena bantai straight set 15-0, 15-0 dengan Tok Imam tadi. Kalau raut muka penuh kewibawaan itu tidak mencukupi, dengar pula suaranya membaca ayat-ayat Quran dengan lunak dan pembacaan khutbah yang jelas, keras dan lancar. Cara dia memandang jemaah ketika membaca khutbah dan ketika salam dengan jemaah selepas solat, menunjukkan itu bukanlah hari pertama dia menjadi imam. Tidak terhegeh-hegeh, tersipu-sipu atau tersengih-sengih seperti budak muda yang selalu kutemui. Penuh kewibawaan, tampak serius tetapi sopan dan mempunyai aura dalam cara yang tersendiri.


Gambar hiasan dari http://www.ilpjitra.gov.my/archives/solat.jpg

Ketika dalam perjalanan pulang aku teringat dua pemuda ini. Walaupun mereka muda tetapi mereka mempunyai keperibadian yang hebat dan mengesankan. Sudah hampir 30 tahun aku duduk di bumi Allah ni, rasanya ramai sahabat-sahabat yang hebat, tawadhuk dan istiqamah yang aku temui. Tetapi aku masih tak berupaya menjadi separuh dari mereka. Sungguh pengalaman bersama dua individu tadi mengajar aku supaya tinggalkan Naruto, Doremon mahupun X-Men. Tak mungkin aku boleh jadi penyelamat ummah kalau aku masih menganggap masalah dunia boleh diselesaikan dengan pedang ThunderCats.

No comments: