Dahulunya sering kita dengar kisahnya. Masyhur di negara China.
Dua tiga bulan lepas, kisahnya heboh di Turki dan Eropah. Itu di negara atas angin.
Sebulan dua lepas, kecoh pula di Indonesia.
"Negara jiran, bukannya kat Malaysia."
Tak cukup muak dengan buaian-buaian fantasi remaja seperti Ada Apa dengan Cinta dan terbaru Garasi, kita import pula penyakit yang sama berasal dari China tadi. Mungkin juga ia datang dari negara yang diperintah CEO. Namun, kurang dari tempoh sebulan lepas, ia sudahpun berada di negara kita.
"Ala, itu kat Setapak sahaja"
Kalau sampai kat Puchong, mungkin kita akan kata, "ala kat Puchong Indah aje, aku duduk Puchong Perdana"
Barulah berita semalam, kerajaan menghentikan pemburuan para unggas pada radius yang berpotensi membawa virus Selsema Burung. Sudah bolehkah kita menarik nafas lega? Bila agaknya kita mahu memahami bahawa wabak ini bukan wabak biasa tetapi bala kiriman Tuhan, lantaran perbuatan kita yang ibarat 'berlagak kafir'?
Saya mengingatkan diri sendiri terutamanya. Usah menganggap bala yang tidak berlaku di kampung sebelah tidak akan sampai ke belakang rumah kita. Kalau Dia mahu, bila-bila masa sahaja bala akan sampai, nyawa akan terlucut dari badan.
Siapa sangka tsunami akan melanda dan sekiranya datang lagi, benar-benar bersediakah kita?
Ajal makin dekat, bukan makin jauh.
No comments:
Post a Comment