Sunday, March 26, 2006

The Tale of a Drunken Nailmaster

Mungkin kerana hari itu adalah hari gaji staf kerajaan.
Mungkin Nailmaster get drunken, biasanya letak satu beg plastik, kali ni letak satu lori paku.
Mungkin kerana geram dengan PLUS dan ELIT.
Mungkin berdendam dengan jirannya yang tiap-tiap hari pergi kerja naik motor.
Mungkin nak bagi rezeki lebih kepada pembaiki tayar motor jalanan.
Mungkin rezeki saya dapat dua kali.

Mungkin. Tapi apa yang berlaku kepadaku tatkala hujan renyai petang itu, sangat sukar dibayangkan. Selepas datang lambat ke tempat training gara-gara tayar terkena paku, aku mengalami satu lagi dugaan. Tayar yang sama terkena paku! Sudah tentu paku yang lain. Mujurlah seorang rakan(COP)ku mempunyai pump. Aku pam tiub sedikit supaya boleh bergerak menuju kedai motor berhampiran.



Mujurlah ada seorang mamat ni tawarkan khidmat mengganti tiub dengan harga RM15. Harga itu adalah dua kali ganda harga tiub chikai, tapi OK ler, kedai motor pun tak tahu di mana.
Dia sambil menukar sambil bercerita. Katanya petang ini sahaja dia sudah gantikan dua tiub pemotor (istilah untuk penunggang motor). Dia juga bercerita tentang seorang penunggang yang terus cabut selepas menukar tiub. Ada juga orang begitu ye?
Sedang rancak berborak ada seorang brother pemotor parking sebelah. Dia punya tiub belakangpun kena paku. Dia pulak kena hangin satu badan. Muka tak puas hati. Oleh kerana hanya ada tiga manusia sahaja di tengah highway LDP tu, bertemankan semut-semut dan dua tiga ekor siput babi yang keluar selepas hujan, aku layan brother tu. Dia kata dalam perjalanannya yang menghala ke Puchong, ada dua tiga pemotor tersadai macam dia juga, nak queue belakang satu penukar tiub lain, yang charge RM20 satu tiub. Agak-agak line clear, akupun cabut. Dalam perjalananku menghala ke Kajang, aku terjumpa pula 3 pemotor lain yang tersadai. Dua tunggu pembaiki tayar, satu lagi sudah keluarkan tayar untuk manually bikin di kedai motor.

Ish-ish. Apasal ramai sangat yang bocor tiubnya? Dah takde kerja penabur-penabur paku ni. Aku sertakan gambar paku di tiubku dan paku di tiub motor brother hangin satu badan tadi. Sama tak?



Satu lagi Mungkin. Mungkinkah si pembaiki tayar dan Nailmaster orang yang sama atau sepakatan?

No comments: