Sunday, May 21, 2006

Budaya Couple bahagian I

Ketika zaman mengaji dahulu kami selalu melaksanakan budaya berkhalwat dan lepak. Berkhalwat dengan buku-buku dan nota-nota. Melepak beramai-ramai di kedai sebagai ganjaran penat mentelaah. Hampir di mana sahaja yang kerumuni, kami menemui ramai pelajar couple yang masih minum-minum walaupun jam sudahpun menunjukkan pukul 1 pagi. Memang kami jaki, bukan kerana kami takde awek nak ajak keluar lewat-lewat malam, bukan juga kerana kami takde duit setakat yang belanja carrot susu. Kami jaki kerana pelajar IPT yang merosakkan susu sebelanga ini bukan sahaja memalukan kami, juga masyarakat orang Melayu dan Islam di persekitaran kampus. Kami dilabel sebagai golongan terpelajar yang rosak akhlak, sedangkan yang membawa lumpur sebilangan kecil pelajar yang kemaruk bercinta.

Kami simpulkan bahawa kekeliruan erti kebebasan, penyalahgunaan kepercayaan, ketiadaan biah(persekitaran) soleh, kurang didikan agama dan ketiadaan pemantauan waris terdekat merupakan faktor-faktor yang membawa kepada budaya couple.

Apa yang sibuk-sibuk tentang budaya couple ni? Ada ke couple-couple ni menyusahkan orang lain? Apa bahaya yang boleh dibawa oleh mereka?

Pertanyaan dari orang berfikiran dangkal memang boleh merosak kalau tak belajar dan berguru. Kalau keluar dalil dan ayat Quranpun tidak mampu menyentuh hati. Kita lihat dari perspektif lain untuk menjawab persoalan-persoalan tadi. Perspektif
realiti.

Mula-mula cakap-cakap dan SMS, kemudian berjumpa kat mana-mana. Kemudian pegang tangan. Kemudian gesel-geselan. Biasanya tidak berakhir di situ. Kerana sudah ada anasir ketiga. Tidak perlu ditulis di sini. Nanti jadi macam blog cerita lucah, tak pasal-pasal naik ranking Top Ten Malaysia Topblog. Jesteru itu tidak hairanlah kalaulah Berita Harian baru-baru ini mendedahkan bahawa sejak 1971, telah direkodkan sekitar 380000 kes khalwat dan berdua-duaan yang melibatkan IPTA. Memang parah impak budaya couple ini. Dari pendedahan ini, kita boleh anggarkan telah berlaku secara purata 10,000 kes setiap tahun. Katakan ada 20 IPTA, maka dalam setahun, terdapat 500 kes di setiap universiti. Purata 1 atau 2 kes setiap hari di sesebuah IPTA sepanjang tahun!

No comments: