Monday, May 08, 2006

Penjelmaan Kedua Khaulah

Khaulah yang kedua adalah Khaulah binti Al-Azwar Al-Kindi. Ketika wilayah Syam dibuka pada zaman Khalifah Abu Bakar as-siddiq, dia mengunjungi wilayah tersebut. Beliau terkenal sebagai seorang gadis yang berani, pandai dan hebat menunggang kuda, selain dari rupa paras yang cantik. Keupayaannya mengalahkan orang lelaki dalam menunggang kuda menjadikan dia secara naturalnya menjadi mujahidah yang hebat. Beliau terlibat di dalam banyak perang yang masyhur, terutama di dalam pembukaan wilayah Syam dan Mesir. Namun kisahnya di medan peperangan Shahura di Syam antara yang boleh dijadikan ikhtibar. Khaulah dan sekumpulan Muslimah Arab telah dijadikan tawanan oleh orang-orang Rom. Sebaik sahaja ada peluang, beliau terus berdiri dan berpidato panjang, menaikkan semangat rakan-rakan yang lain agar berusaha untuk meloloskan diri dari tawanan itu. Dengan strategi dan kebijaksanaan, serta keberanian Khaulah, mereka telah menjadikan tiang khemah sebagai senjata dan menyerang hendap pengawal tawanan dengan tersusun dan muslihat. Akhirnya mereka dapat melepaskan diri dari cengkaman tentera Rom.
Khaulah diberikan umur yang panjang. Beliau meninggal dunia pada akhir pemerintahan khalifah Ustman bin Affan. Semoga Allah memberikan rahmat kepadanya.

1 comment:

Korakora said...

Tuhan mendengar
keluhannya
Tuhan mengangkat
dukanya
maka apakah aku
harus meminggirnya?