Semakin lama semakin ramai yang bertanya tentang orang baru dalam hidup ini. Ia mendorong saya untuk melakukan sedikit kajian sirah berkenaan Khaulah. Zaujati sebenarnya yang memberikan nama itu. Kami dah decide kalau anak pertama lelaki, mama bagi nama. Kalau anak kedua perempuan, mama bagi nama. Nampaknya bapa masih reserve nama-nama; menunggu giliran lain. Cukuplah cerita tentang itu.
Terdapat dua kisah wanita bernama Khaulah dalam sejarah Islam. Khaulah binti Malik bin Tsa'labah adalah seorang isteri yang hidup di zaman rasulullah, maka beliau boleh dikategorikan sebagai sahabiah. Beliau merupakan contoh isteri yang berpegang teguh kepada rasulullah dan bertindak untuk menyelamatkan rumahtangganya. Kisahnya disebut di dalam al-Quran surah al-Mujadalah 1-4. Daripada suatu perselisihan, suaminya meluahkan kata-kata yang kemudiannya kita pelajari sebagai menzihar (isteri). Menzihar adalah menganggap isterinya sebagai ibunya walau anggota badan. Lantaran itu Khaulah tidak membenarkan dirinya disetubuhi suaminya selagi Allah dan rasulNya memberi keputusan terhadap kejadian itu. Beliau mengadukan kisah itu kepada Rasulullah dan menunggu dengan sabar jawapan baginda. Namun rintihan dan pengaduan beliau bukan sekadar diberi jawapan baginda, tetapi juga didengar oleh Allah; turun ayat yang menjawab persoalan zihar tersebut.
Demikianlah Khaulah, yang ikhlas dan tawakalnya dapat memulihkan rumahtangganya, sekaligus memberikan pengajaran yang penting di dalam hubungan suami isteri.
Dalam suatu riwayat yang lain ada mengatakan, bahawa Umar bin Khattab pada suatu ketika pernah melintasi Khaulah. Ketika itu Umar memangku jawatan khalifah, sedang mengadakan lawatan ke atas tanah jajahan wilayah kerajaan Islam. Dia berada di atas kenderaan dengan dikawal oleh para tentera, lalu Khaulah menghentikannya, seraya memberikan nasihat. Para pengawal berkata kepada Umar. "Wahai Amirul Mukminin, adakah engkau berhenti di tempat ini hanya kerana wanita tua itu?"
Umar merasa tersinggung tetapi dia bersabar sehingga Khaulah berlalu. Lalu beliau menjawab dengan marah, "Tahukah kalian, siapa wanita tua itu? Dialah Khaulah Tsa'labah. Allah S.W.T telah mendengar dan mengabulkan doanya dari langit ke tujuh sana. Kalau Allahpun mahu mendengar perkataannya, takkanlah Umar tidak mahu mendengar? Sesungguhnya ia adalah sesuatu yang memalukan."
Dengan mempelajari kisah Khaulah, jelas menunjukkan bahawa Islam telah membatalkan zihar dan mengenakan hukuman yang berat lagi menakutkan.
Kisah Khaulah yang seorang lagi nanti aaa...
(Maraji': Kisah & Hikmah untuk Wanita Solehah)
No comments:
Post a Comment