sambungan dari bahagian I...
Kalau kita masih rasa setakat berkhalwat dan berdua-duaan tidak merosak akhlak dan iman, mungkin kita jenis manusia yang nerd atau buat hal sendiri ketika di kampus. Saya masih teringat ketika check in di Hotel Genting suatu masa dahulu. Saya check in dengan rakan saya (memang betul, dia lelaki). Bersama kami seorang student IPT, dari cara dia berpakaian. Pelik juga tengok dia tak bawa sebarang bagasi dan check in berseorangan. Sewanya bukannya murah, walaupun kami tong-tong bayar. Nampak macam resah, seolah-olah risau terserempak dengan kenalannya. Selepas check in, dia memandang pada seseorang dan terus berlalu. Seseorang itu, ialah seorang budak perempuan, bertudung sopan walau tidak labuh dan menyandang backpack. Selepas beberapa ketika dia juga berlalu ke lift, mungkin tidak suka cara kami memerhatikan gelagatnya. Kami sibuk dengan urusan conference dan presentation tetapi selepas itu, ketika dalam keadaan tenang, saya terfikir apa yang sebenarnya berlaku. Saya rasa saya lebih jelas sekarang.
Baru-baru ini juga Kosmo telah membuat highlight tentang hotel murah yang menjadi sasaran remaja dan pasangan kekasih Melayu melepaskan nafsu seks. Juga diceritakan bagaimana strategi yang biasa digunakan supaya orang tidak syak pasangan yang menyewa bilik. Seperti yang saya ceritakan tadi.
Itu kes yang biasa terjadi. Couple pelajar yang buat maksiat di hotel murah, yang sudah tentunya di luar Universiti, tidak termasuk di dalam statistik yang didedahkan di akhbar tadi.
Itu belum buka lembaran berkaitan remaja Melayu di disko. Siap minta kod etika berpakaian. Akhirat nanti tanyalah Tuhan.
Begitulah seriusnya persoalan yang berakar umbi dari pergaulan bebas dan persekitaran yang tidak Islami. Kalau kita serius tentang masalah ummat, inilah yang menjadi agenda utama. Membenteras budaya couple. Bukan membenteras student buat usrah. Semoga kita berupaya melahirkan graduan yang memelihara kehormatan dirinya khas buat couplenya yang diikat dengan akad nikah.
No comments:
Post a Comment