Utusan: Israel lancar operasi terbesar, kuat kuasa perintah berkurung
NABLUS 26 Feb. – Operasi terbesar tentera Israel di Tebing Barat dalam tempoh beberapa bulan memasuki hari kedua hari ini.
Pegawai perubatan menyatakan bahawa seorang penduduk Palestin, Anan al-Teibi, 42, sebagai mangsa pertama maut dalam operasi itu akibat ditembak di bahagian leher.
Puluhan ribu penduduk Palestin di bandar ini dikenakan perintah berkurung sementara askar Yahudi memeriksa kawasan sesak untuk mencari kumpulan yang disyaki pejuang bersenjata.
Tentera Israel mendakwa askarnya menemui makmal bahan letupan yang kedua di bandar ini semalam.
Rejim itu berikrar untuk meneruskan operasi tanpa batas itu di setiap jalan dan lorong sempit di sini sehingga matlamatnya untuk menangkap ketua-ketua pejuang dan mencegah serangan ke atas Israel dicapai.
Serbuan itu bermula sebelum 3 pagi semalam (8 pagi waktu Malaysia) apabila kira-kira 80 jip, kereta berperisai dan jentolak menceroboh masuk ke bandar ini, kata saksi.
Pegawai Palestin berkata, operasi itu mengancam usaha untuk menghidupkan semula proses damai.
AT: Memang sudah menjadi kebiasaan, sudah dinyatakan dalam Quran, sudah dipelajari dari sejarah, bahawa Yahudi Israel ini memang bangsa yang degil dan licik. Selepas tiada lagi bom-bom syahid, Israel sudah tiada alasan untuk menyerang Tebing Barat dan Semenanjung Gaza. Apabila Fatah dan Hamas bersatu untuk membentuk kerajaan, Israel semakin tersepit kerana tiada alasan untuk menggagalkan proses damai. Amat jelas sekali mereka mengulangi sejarah, apabila di dalam keadaan persetujuan hampir dicapai, mereka membuat angkara. Dakwaan-dakwaan mereka tentang aktiviti keganasan rakyat Palestin mengaburi mata dunia sehingga anak-anak dan wanita-wanita yang terkorban tidak diperhatikan. Entah sampai bila kita boleh berdiam diri melihat mereka menceroboh bumi Palestin.
No comments:
Post a Comment