Dah hampir dua minggu aku mengharung hidup tanpa Konica Minolta DImage X31 yang 'terpaksa' kujual demi harijadi setahun anak tunggal sedaraku di Pakistan. Akhirnya setelah lama membuat kajian features dan harga, aku berpuas hati dan tanpa ragu-ragu lagi menangkapnya. Ya, Panasonic Lumix DMC FX-07. Dulu aku mengidam adiknya FX-01, tetapi tak berbaloi kerana X31 dah cukup memuaskan. Namun aku pilih FX-07 kerana ia lebih power save dan lebih 1.2Megapiksel dari predessesor (mantan?)nya.
Nak cerita ke pasal featuresnya? Ada banyak di website kerana ia baru enam bulan di pasaran. Ia antara 5 yang bertanding dalam editor review di Berita Harian, Intech The Star dan beberapa majalah.
Pada diri aku sendiri, yang dah pernah main kamera RM 200 dan RM 600, harganya memang setimpal dengan keupayaannya. Selain megapiksel sebanyak 7.2 (tak gunapun ada MP besar-besar), ia ada wide angle 28mm, feature yang aku struggle ketika dengan X31 dulu. Nak tangkap gambar kena undur, undur dan undur. Sekarang OK sikit. Selain gambar yang crisp (rangup?), ia menangkap gambar dengan baik pada waktu malam. Kalau X31 kalau malam nasibla. Pandai-pandai cari sumber cahaya. Kalau FX-07 dia akan berikan sedikit cahaya LED supaya lensa boleh fokus pada objek.
Yang lain seperti saiz kompak, saiz LCD, zoom optik, kecepatan shutter, pembolehubah OIS, anti gegaran dan firmware adalah antara beberapa ciri yang kuperhati dan kubandingkan. Saiz paling utama, aku tidak mahu terasa kehilangan X31 yang comel dan boleh tersorok di poket kemeja itu. Yelah takkan pergi program nak bawa berbagak-bagak. Nanti orang ingat DSLR. Kerana itu Canon awal-awal lagi terkeluar. Sony pula terkeluar kerana semua gadgetku menggunakan kad SD. Ternyata ia adalah kamera digital ultra kompak yang ku rekomendasi kepada penggemar kamera kelas ini.
Gambar FX-07 menggunakan Panasonic NV-GS15 ini klasik kerana pertama cara zaujati operate yang bergaya. Sebab kedua klasik ialah ini antara gambar terakhir beliau dengan spek mata itu. Ia telah tiada di dalam possision beliau atas sebab-sebab yang pastinya beliau sendiri segan nak ceritakan heheh.
No comments:
Post a Comment