Tuesday, May 10, 2005

Ku ingin merasai kepayahanmu sebagai isteri

Suriaku,
Hari ini hampir seminggu engkau tidak kutemui. Ungkapan-ungkapan mesramu yang sentiasa kudengar, hanya mampu kubayangkan sahaja. Terasa sepi diri ini dari gelak dan tangis Bathol. Di semua sudut teratak ini, pastinya tersimpan memori indah dan kadangkala pahit dan payau mengenai kita. Engkau masih belum boleh pulang kerana takdir ini. Sepeninggalanmu, aku sentiasa cuba menyibukkan diri. Kerja di kantor dan makmal membuatkan aku tidak sedar begitu cepat masa berlalu. Sebelah petang aku sibuk di gelanggang. Bolasepak, badminton, olahraga mahupun ping pong memenuhi waktuku. Sebelah malam aku meeting kelab motivasi, berpesatuan sana sini dengan aktif dan berjumpa kawan di sana sini. Malam ketika sampai di rumah, selepas membaca Quran terus aku terlelap tanpa sebarang masalah. Tetapi gelak ketawa rakan-rakan tidak sehebat suaramu yang mampu membuat aku gembira dan tersenyum sendiri. Ketika tiba hujung minggu pasti aku terasa kesunyian dan keseorangan. Aneh, kerana aku jenis manusia yang tuhan jadikan sebagai cepat bosan dengan sesiapa, sesuatu mahupun seseekor. Namun aku tidak dapat menipu yang aku .... (malunya nak tulis) merinduimu.

Apahal ni mat?

Gelak ketawa kawan tidak dapat mengubat kesepian.

No comments: