Tuesday, May 17, 2005
Newsweek dan Kredibiliti Wartawan
Kalau Newsweek pun tunduk kepada tekanan, memang peluang kita mendapat liputan yang adil tiada lagi. Memang dunia ni akan terus porak peranda bila manusia mendapat kuasa yang tidak dipandu oleh wahyu. Kesian dia kerana Allah tutup hatinya. Kesian kita kerana terpaksa mendengar Quran dihina di Guantanamo, dipijak dan dibuang ke toilet tetapi tak mampu untuk mempertahankan maruahnya. Hebat kita diuji, tetapi umat Islam dewasa ini masih seronok dan bersenang-lenang. Sekadar menulis atau membaca di weblog tak cukup. Tetapi sekurang-kurangnya kita prihatin. Apa agaknya sumbangan kita di dalam hal ini?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment