Thursday, December 22, 2005

Banjir dan yang berkaitan

Definisi:

Banjir adalah suatu peristiwa di mana terjadi peluapan air yang berlebihan di
suatu tempat.

Sumber dari Wikipedia.

Hebat Wikipedia. Selain berita-berita yang dongeng dan separa dongeng, rupanya ada juga fakta.


http://www.bharian.com.my/m/BHarian/BHimages/20banjir.jpg


Mangsa:

ALOR STAR: Banjir yang melanda Kedah dan Perlis sudah sampai ke tahap paling buruk sejak 30 tahun lalu dengan lebih 15,956 mangsa terpaksa dipindahkan ke 113 pusat pemindahan yang dibuka di dua negeri berkenaan, semalam.

12,000 - Hektar sawah padi di Kedah rosak kerana ditenggelami banjir

Sementara itu, tiga orang menjadi korban banjir pada 20 Disember dengan masing-masing satu di Perlis; Kelantan dan Terengganu.

Menakjubkan:

Perlis Banjir - Beliau (Shahidan) berkata, banjir di Perlis sukar dikawal kerana air dari kawasan Empangan Timah Tassoh yang mencecah paras paling tingginya iaitu 29 meter, turut melimpah sehingga menenggelamkan sebahagian besar negeri itu.


Politik:
Umno - Ketua Sekretariat Sukarelawan Banjir Putera UMNO, Abdul Rahman Dahlan Melawat Dan Bertanya Khabar Salah Seorang Mangsa Banjir Warga Emas Yang Di Tempatkan Di Pusat Pemindahan Banjir Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Star, Kedah Di Sini, Khamis. Beliau Yang Juga Penolong Setiausaha, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Yang Turun Padang Ke Pusat-pusat Pemindahan Banjir Di Kedah Dan Perlis Turut Menyampaikan Bantuan Berupa Makanan Dan Barangan Keperluan Asas Kepada Mangsa Banjir. Setakat Ini Lebih 200 Sukarelawan Putera UMNO Di Tempatkan Di Beberapa Pusat Pemindahan Banjir Yang Dikenalpasti Kritikal Untuk Membantu Pihak Berkuasa Penyelamat Yang Melakukan Tugasan Di Tempat Berkenaan.

PAS - MEREDAH BANJIR....Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Pusat, Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali meredah banjir di Kedah bagi menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di sana. Dengan ditemani oleh Muslimat PAS Kedah beliau menyerahkan bantuan berupa makanan kering, pakaian wanita, buah-buahan dan sebagainya untuk membantu bebanan mangsa banjir. Untuk permulaan, kira-kira RM10,000 telah dibelanjakan Tabung Bantuan Banjir PAS Pusat untuk mangsa di Kedah sahaja.


http://www.harakahdaily.net/gambar/lolo_banjir.jpg


Roti Banjir:
Tidak membahayakan nyawa tetapi membahayakan kesihatan. Terlalu banyak minyak tambahan di dalam hidangan yang sedia maklum mengandungi banyak kolesterol (roti canai). Capati & toosai rules!

Banjir Kilat:
Sejenis banjir yang hanya menyerang kawasan yang sudah tidak semula jadi dan ekosistem yang tidak stabil. Antaranya Kuala Lumpur, kawasan susur keluar NKVE Shah Alam dan kawasan rumah berdekatan tempat pembinaan (sila rujuk banjir lumpur)

Banjir di Pagi Raya:
Ungkapan yang biasanya merujuk kepada airmata yang dikeluarkan ketika mendengar takbir, bagi yang teringat keluarga lantaran tak dapat beraya bersama, bagi yang beraya tanpa yang tersayang kerana sudah tiada, juga ketika sessi bermaaf-maafan.


"Sesungguhnya perumpamaan kehidupan duniawi itu, adalah seperti air (hujan) yang Kami turunkan dari langit, lalu tumbuhlah dengan suburnya karena air itu tanam-tanaman bumi, di antaranya ada yang dimakan manusia dan binatang ternak. Hingga apabila bumi itu telah sempurna keindahannya, dan memakai (pula) perhiasannya, dan pemilik-pemiliknya mengira bahwa mereka pasti menguasainya, tiba-tiba datanglah kepadanya azab Kami di waktu malam atau siang, lalu Kami jadikan (tanaman tanamannya) laksana tanam-tanaman yang sudah disabit, seakan-akan belum pernah tumbuh kemarin. Demikianlah Kami menjelaskan tanda-tanda kekuasaan (Kami) kepada orang-orang yang berpikir." (10:24)

Janji Allah itu pasti...

2 comments:

Korakora said...

satu lagi banjir. banjir dalam tag board (flood!)

Abouti said...

betul juga :-)