Minggu lepas, berakhirlah zaman bujang anak makcik rumah depan. Tujuh tahun kumpul ilmu nak jadi doktor, alhamduLillah berjaya membuang sebentar kesibukan standby, keributan di wad dan kena buli dengan doktor senior, untuk melengkapkan sebahagian dari hidup sebagai muslim.
Sayapun turut mengerah tenaga membantu dan merewang mana-mana yang patut. Memang seronok kat kampung ni. Kalau majlis tengahari Ahad, hari Khamis lagi ibunda dah tutup kedai. Dapur kat rumah tak berasap pasal semua makan kat luar sambil menyiapkan kenduri. Macam pesta pendekata.
Yang memeningkan kepala orang beranak kecil ni bila anak nak tidur. Apa tidaknya, speaker besar nak main lagu dipasang di sebelah rumah. Walaupun lagu hanya main bermula Sabtu malam Ahad, namun ia sudah cukup untuk buat saya dan wife struggle untuk pastikan anak tidur nyenyak. Syukur bila hampir pukul 11 malam ada orang tua suruh berhenti.
Hari langsung, pagi-pagi lagi pakcik rumah berdekatan dah mengangkut himpunan CD-CD lagu dia. Semua ada, lagu Melayu, Hindustan, rock, English, Indon, dangdut dan nasyid. Pulun habis. Nak marah dah tua. Lagipun majlis orang. Takkan nak tunjuk diri ini pejuang Islam dan bakal melopor pergerakan kebangkitan semula sistem khalifah di muka bumi ni? Kena berhemah dan tertib. Kalau belajar Fiqh Dakwah itu dah kira fail course work. Carry mark pun tak boleh support nak score 3 pointers. Apa yang mengarut ni? Maka senjata terbesar yang boleh dikeluarkan hari itu adalah sabar. Senyum mana-mana yang patut.
Berbalik kepada topik pasang lagu speaker besar tadi. Maka berkumandanglah segala macam lagu. Automatically update database lagu yang lapuk. Yang menariknya ialah buat pertama kali saya dapat mendengar lagu-lagu dari album Mawi World semasa pertandingan Akademi Fantasia. Di radio pernah dengar Gadis Melayu, Aduh Saliha dan yang baru dengan M. Pasir tu. Tetapi ini pertama kali dengar yang lain, siap dengan karaoke dan VCD sekali.
Realitinya.... Mengecewakan. Saya tidak ada sebarang perasaan suka mahupun benci kepada Mawi. Pada saya dia artis seperti artis lain juga. Pada saya suaranya sedap dan baik. Penampilannya sopan, karisma dan tenang. Namun saya rasa hairan: Inikah album yang terjual lebih 100k? Banyak not yang sumbang pada telinga amatur seni seperti saya. Salah lirik tu biasa. Pitching lari. Bunyinya macam tak tune dengan lagu. Mungkin ketika itu dia baru belajar dan tidak cukup persediaan. Tetapi telinga ni rasa sakit mendengar. Tambah pula mengantuk, saya buat-buat sibuk dan buat-buat tak dengar. Syukur lepas tu pakcik tu dan pakcik rumah sebelah pasang Peter Pan kemudiannya.
Dalam diam saya mengkagumi para pembeli album Mawi kerana sanggup berhabis duit hantar SMS dan beli album kesayangannya. Saya rasa Mawi memenuhi satu kekosongan. Kekosongan yang dicari oleh masyarakat dewasa ini. Kekosongan ini yang sangat diperlukan. Sayang ia diisi oleh artis bukan seorang tokoh cendikiawan muda, atau seorang huffaz atau alim ulamak muda yang petah dan mampu menarik hati ramai remaja untuk mendekatinya.
Tapi, takpelah. Tiada siapa yang peduli. Tiada siapa yang mampu menjawab persoalan intelek berkaitan kehendak manusia yang kompleks. Tiada siapa yang suka diajar bila ia berkait dengan apa yang mereka suka dan apa yang perlu mereka suka. Semua tak kisah. Begitu juga hari ini. Semua orang kat dalam majlis berkenaan relax dan happy sahaja. Samada mereka memang peminat Mawi, atau mereka buat-buat tak dengar album yang teruk tu dan pekakkan telinga, atau mereka rasa OK aje, atau apa ye?
No comments:
Post a Comment