Tuesday, December 26, 2006

Hilang Motor

Bukan aku. Kawanku Karamov. Bukan. Bukan orang Russia atau bekas jajahannya yang sudah merdeka. Nama yang sering kubuat tersasul memanggilnya. Mengada-ngada atau mengada-ngadakan?

Karamov selalu letak motor di bawah laluan kedai berdekatan rumah kedainya. Bukan. Dia tidak memiliki sebarang rumah kedai. Dia hanya menyewa. Dah bertahun dia letak motor situ. Takde masalahpun sebelum ni.

Mamat tu hilang motor dengan helmet sekali. Rakus betul pencuri tu. Lepas merapu di balai polis, dia pinjam motorku dan terus pergi kedai cari Honda second hand. Bukan. Bukan Honda City EXi. Sekadar Honda EX5. Cepat betul. Banyak ke duit dia? Terpaksa beb. Motor nak buat cari makan. Korek selagi boleh.

Sementara itu ada pak cik kenalan lama simpati bila dengar dia hilang motor, terus call dan infak (?, betul ke ni) motor kapcai dia. Selepas beberapa hari, dengan motor yang baru dibeli sampai, mamat tu dah kumpul 3 biji motor di bawah laluan kedai berdekatan rumah kedainya. Bukan. Bukan nak buat pameran. Rezeki melimpah sampai ada 3 motor pada suatu masa.

Agak-agaknya si pencuri tu berkata-kata dalam hatinya "Peh power tu. Aku curi satu dia boleh dapatkan tiga yang lain. Kalau aku curi ketiga-tiga?" Ewah sempat berangan MLM engkau ye.

Moralnya: Mat fit first round dia mungkin nampak tak berminat pada motor buruk kita, dia memang mengebas motor yang masih berkilat sport rimnya, tapi dalam diam dia sebenarnya dalam peringkat meng'usha' motor kita juga. Bila tiada rotan, akarpun berguna. Second round, dia belasah aja. Janji mashuk. Jadi jangan ingat port parking kita tu sentiasa selamat.

No comments: