Utusan - 3 gempa gegar Sumatera -- 7 maut, 150 cedera seminggu sebelum ulang tahun kedua tsunami
JAKARTA 18 Dis. – Sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh dan lebih 150 yang lain cedera selepas tiga kejadian gempa bumi dengan kekuatan sederhana menggegarkan pulau Sumatera, Indonesia hari ini - seminggu sebelum rantau Asia memperingati ulang tahun kedua tragedi tsunami.
AT: Selain itu juga dilaporkan berlaku gegaran-gegaran kecil berjumlah hampir 30 semuanya di sekitar utara Sumatera. Apa yang menarik adalah sistem pengesan tsunami yang dipasang gagal berfungsi dengan baik. Ini mungkin disebabkan oleh sistem berkenaan yang mungkin belum melalui Acceptance Test. Atau mungkin juga kedudukan sistem pengesan tersebut yang tidak strategik. Apa yang pasti, betapa mana manusia merancang, Allah juga yang empunya perancangan yang terbaik
Gencatan senjata Fatah-Hamas -- * Elak rumitkan krisis politik Palestin * Blair kunjungi Mahmoud Abbas
BANDAR GAZA 18 Dis. – Gencatan senjata yang goyah mula berkuat kuasa antara Hamas dengan Fatah hari ini selepas pertempuran sengit selama beberapa hari hampir membawa Genting Gaza ke ambang perang saudara.
Peristiwa ini adalah lanjutan dari Mahmoud Abas mengisytiharkan pilihanraya Presiden dan kerajaan selepas 11 bulan Hamas menguasai kerajaan. Blair dan sekutu-sekutu Israel pasti gembira, kerana sejarah sudah membuktikan, sekiranya opresi dari luar gagal, talibarut-talibarut dan orang-orang suruhan yang memainkan peranan dari dalam pasti mampu mengubah pendirian mahupun situasi politik Palestin
Lage Raho Munnabhai - Filem Terbaik GIFA 2006
Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
WALAUPUN acara yang dijangka bermula tepat pukul 8 malam itu ditunda dua jam setengah atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, namun ia bukan penghalang kepada peminat-peminat artis Bollywood untuk terus melekat di kerusi masing-masing menyaksikan Anugerah Filem India Sedunia (GIFA) 2006.
Sambutan dan sorakan yang diberikan mereka memang hebat dan meriah meskipun, umum sudah mengetahui sikap ‘diva’ yang ditonjolkan oleh artis-artis Bollywood ini, namun itu bukan masalah bagi mereka untuk mengeluarkan wang membeli tiket yang bukan murah harganya.
Tiket berharga antara RM188 hingga RM888 khabarnya laris dijual. Semuanya hanya kerana mahu melihat artis pujaan mereka secara langsung.
AT: Hmm, atas nama pelancongan dan memperkenalkan Malaysia sempena Tahun Melawat Malaysia 2007, segalanya boleh sahaja dibawa masuk, samada ia virus akhlak, perosak minda atau pencemar budaya. Selain mengutip duit hasil kutipan tiket, belum kelihatan lagi di mana sebenarnya ia berupaya mempromosi Malaysia. Pelancong yang banyak ke Malaysia sebenarnya dari US, Europe dan Jepun. Bukankah baik sekiranya lebih banyak promosi di sana? Sesuaikah persembahan dengan pakaian separuh bogel itu dipertontonkan kepada Raja, Sultan dan rakyat kita? Masih adakah lagi sesiapa yang ingat makna perkataan jati diri?
Banjir: 10,000 dipindah -- Hampir semua tempat di Johor dinaiki air setelah hujan lebat sejak Ahad
KUALA LUMPUR 19 Dis. – Lebih 10,000 penduduk di hampir semua daerah di Johor dan daerah Jasin di Melaka terpaksa dipindahkan akibat banjir selepas hujan lebat berterusan sejak semalam.
AT: Ya Allah selamatkanlah semua yang terlibat Amin
Semua sumber dipetik dari Utusan, akhbar Orang Melayu Dulu, Kini dan Tak Lama Lagi.
No comments:
Post a Comment