Sunday, January 20, 2008

Susu Badan Dari Tempat Kerja?



Gambar ini kurakam di peti ais pejabat. Siapa kata wanita bekerja tidak boleh memberikan yang terbaik untuk anak mereka? Susu ibu ternyata berkali-kali lebih baik dari mana-mana susu formula. Antara kelebihan susu ibu:

1. Pertama kali selepas bersalin, si ibu akan menghasilkan kolsterum yang sangat diperlukan oleh bayi untuk tumbesaran otak dan sebagainya.
2. Susu ibu mempunyai anti virus yang terbaik. Pengalaman bersama Tha yang setahun setengah menyusu penuh dari ibunya, sangat-sangat jarang dia demam di dalam tempoh itu. Namun kalau ibu sakit perut, dia akan terkena juga. Oleh itu ibu kena jaga pemakanan.
2. Kalau bayi kecil, selepas menyusu susu formula perlu ditepuk perlahan supaya sendawa. Ini kerana susu formula agak sukar dihadam oleh bayi. Ini tidak berlaku sekiranya menyusu badan.
3. Bentuk buah dada ibu akan menjadi cantik secara firah dan tidak sembab. Kelebihan ini tidak dapat diulas panjang. Sila tanya isteri masing-masing kepada yang sudah berkeluarga.
4. Membentuk hubungan istimewa antara ibu dengan bayinya. Emosi dan perasaan ibu akan tercurah sekali ke dalam bayinya melalui susunya. Ini pengalaman Zaujati.
5. Bayi tenang ketika menyusu kerana ia berasa seolah-olah masih berada di dalam perut. Ia dapat mendengar degup jantung ibu dengan jelas dan terasa selamat berada dipangkuan ibu.

Banyak lagi kelebihan-kelebihan susu badan seperti yang doktor selalu terangkan. Oleh itu berkorban sedikit demi memberikan yang terbaik untuk anak-anak kita. Kepada Breastfeeding-Working Mama, you rocks!

No comments: