Monday, January 07, 2008

Single Parents Dilemma

Tahun 2008 ini membawa suatu kelainan pada aku dan keluarga. Setelah sekian lama meninggalkan Universiti, Zaujati kembali ke kampus, mengikuti diploma pendidikan. Oleh kerana program ini memerlukan pelajarnya duduk asrama, serta-merta rutin kami berubah. Yang kecil tu agak terkesan kerana dia yang manja sangat dengan Zaujati. Hujung minggu baru dapat jumpa, walaupun kalau beliau ada masa senggang kami akan menculiknya sekejap untuk bawa balik ke rumah. Anak-anak menjadi tanggungjawabku sepenuhnya, kecuali masa kerja kerana dihantar ke babysitter. Takut memikul tanggungjawab berseorangan? Sedikit, bohonglah kalau terlalu yakin dengan tanggungjawab ini. Namun apalah besar sangat tanggungjawab ini berbanding peranan si ibu yang mengandung dan melahirkan. Berseorangan hampir setiap waktu. Beban selepas kerja yang memerlukan aku bergerak ke sana-sini mungkin memerlukan penelitian semula. Apakah kemungkinan-kemungkinan untuk single parent ini.

1) Kemungkinan untuk mengetuk rumah babysitter lewat malam untuk ambil anak-anak adalah pilihan yang sukar.
2) Mungkin bawa mereka ke mana sahaja aku perlu pergi, itu pilihan yang praktikal untuk situasi-situasi tertentu sahaja.
3)Ambil bibik? Anak tak penat ke sana-sini tetapi situasi di rumah pasti tidak selesa jika Zaujati tiada (memang kebanyakan masa dia tiada) di rumah.
4)Mak dan Mama ajak bawa anak-anak ke kampung (Banting dan Senai). Kami pula yang rindu ke anak-anak. Depapun psychologically struggle.

Hmm. Mungkinkah ada jalan keluar yang lain?

No comments: