Fatwa Fiqh Harian: Hukum Sapu Atas Stokin Dalam Wudhu' | |
Kiriman: PanelSyariah pada Rabu, 07 Januari, 2004 - 06:01 AM EST
| |
| Soalan
Harap tuan dapat memberi penjelasan berhubung menyapu khuf mengikut sunnah dan syarat-syaratnya. Adakah stokin tebal dianggap khuf ataupun terhad kepada kasut kulit sahaja. Nabiroh Kasim 20 Dec. 2003 Jawapan. Dengan nama Allah yang maha pemurah dan maha penyayang, Segala puji baginya dan selawat dan salam atas junjungan besar s.a.w. wa ba'du; Salah satu rukun wudhu' ialah membasuh kaki. Ini berdasarkan firman Allah dalam surah (al Maidah) ayat(6). Ayat ini memberi erti bahawa orang yang mengambil wudhu' hendaklah membasuh kaki" mereka dengan air dan ia adalah hukum asal dalam masalah berwudhu'. Menyapu khuf seperti yang bincangkan oleh ulama' adalah satu bentuk kelonggaran yang dibolehkan oleh syarak berdasarkan athar atau hadis yang diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w. yang menunjukkan bahawa baginda menyapu khuf menggantikan fardhu membasuh kaki. Jumhor ulama' mengharuskan "sapu khuf" sebagai ganti kepada basuh kaki dalam wudhu', sesetengah pula mensyaratkan keadaan musafir dan ada golongan yang mengetatkan sehingga tidak mengharuskannya langsung. Adakah Harus Sapu Atas Stokin? Ulama' yang mengharuskan sapu pada khuf beselisih pendapat mengenai stokin. Mereka yang mengharuskan antaranya Mohd, Abu Yusuf(kedua-duanya merupakan murid kepada Abu Hanifah) dan Sufwan at Tahuri, bersandarkan kepada hadis yang di sahihkan oleh Termizi yang menyebut bahawa Nabi s.a.w menyapu atas stokin. Mereka juga menyamakan stokin dengan khuf dan mengkias hukum stokin dengan hukum khuf. Mereka yang tidak mengharuskannya antaranya Syafe'i, Malik dan Abu Hanifah, menganggap hadis itu tidak sahih atau ia tidak sampai kepada mereka. Dan mereka juga menganggap bahawa isu sapu khuf adalah persoalan ibadah yang tidak boleh dikiaskan. Al Qardhawi mentarjih pendapat pertama yang mengharuskan sapu pada stokin. Abu Hanifah dikatakan telah merujuk kepada pendapat muridnya dan mengharuskan sapu pada stokin dengan syarat tebal. Begitulah yang difatwakan dalam mazhab Hanafi. Kata al Qardhawi;" apabila sesaorang mengambil wudhu' dan memakai stokin dalam keadaan suci, kemudian terbatal wudhu'nya dan ia ingin memperbaharui wudhu'nya, ia boleh menyapu atas stokin selama 24 jam bagi muqim dan 3 hari tiga malam bagi musafir". Cara, Tempoh Dan Syarat Menyapu Khuf Jumhor mengatakan khuf wajib disapu dibahagian atas dengan sekurang-kurangnya tiga jari ditarik dari bawah keatas pergelangan kaki. Ulama' berselisih mengenai sapu dibahagian bawah, ada yang mengatakannya wajib dan ada yang sunat. Malik tidak menghadkan tempoh bagi menyapu khuf. Selama sesaorang tidak memecatnya atau berjanabah ia boleh menyapu khuf. Abu Hanifah dan Syafe'i menetapkan tempoh tiga hari bagi musafir dan satu hari bagi muqim bersandarkan hadis Ali dan Hadis Safwan. Tentang syarat menyapu khuf ulama' bersepakat bahawa kaki sebelum memakai khuf hendaklah dalam keadaan suci berwudhu'. Wallahu aklam Dipetik dari massej.info |
Wednesday, February 09, 2005
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment