Tuesday, January 03, 2006

New Mujahidah

Alhamdulillah Zaujati selamat melahirkan anak kedua 25 Disember 2005. Kali ini tiada Catatan Seorang Bakal Bapa lagi. Syukurlah ibu ceria dan anakpun selamat dilahirkan.
Baby tak kena jaundis, takde G6PD (memang ler, perempuan) macam Bathol. Perut tak berapa selesa, asyik berak cair. Kalau tak nangis, mukanya kelihatan sangat tenang dan berkarisma, sesuatu yang tidak kulihat pada Bathol. Mesti dah besar nanti jadi cool gal. Mamapun ceria aje, cuma bisa perut ketika baby mula-mula hisap susu badan. Kondisi normal. Masa contraction terasa macam pinggang kena strench, keadaan yang sama ketika selepas bersalin. Alhamdulillah dah berurut selama tiga hari.


Hari pertama bekerja sejak 23 Dis, banyak catching up kena buat. Alahai, rindunya kat semua rutin. Meja yang berselerak, coffee cup, my Mac, officemate, PAKSI, member ngaji, anak2 buah, soccernet, blog ni, jalan nak pergi office. Rasa macam budak baru masuk kerja heheh.

3 comments:

Anonymous said...

Syukur dan Tahniah atas kelahiran anak ke2. .

Korakora said...

sila buat nota kaki untuk
1. jaundis
2. g6pd (mcm kumpulan G7 pula :P)

apa pun tahniah... dapat sepasang... lepas ni cita2 apa pula.. kembar?

Abouti said...

Hehehe sifu. Dah try buat nota kaki tapi tak superb sangat

1. Jaundis - nama lain bagi kuning kot
2. G6PD - Penyakit alahan kepada setengah-setengah bahan makanan dan bahan kimia. Bukan penyakit tapi deficiency.

cita-cita ada tapi segan nak share :)