Thursday, December 01, 2005

Selamat Mengundi

Semalam saya berborak dengan Tok Guru (dia bukan betul-betul Tok Guru macam Nik Aziz, dia cuma Prof. Dr. Ir. dalam bidang engineering) saya tentang pengalamannya di
Eropah. Rotterdam, Paris, Rome dan London adalah antara tempat-tempat yang pernah dikunjunginya. Tok Guru bercerita tentang komuniti-komuniti Islam yang ditemui di
setiap ceruk di benua atas angin itu. Menurutnya, oleh kerana orang Muslim tidak
ramai, walaupun dia tidak memperkenalkan diri, dengan mudahnya beliau dikenali oleh
orang-orang Islam di sana yang kadang-kala memberi salam sebagai pembuka bicara.

Begitulah Islam, ia tidak dipunyai oleh wajah putih berhidung mancung atau wajah
gelap bertelinga capang. Ia tidak dimiliki oleh sebarang rupa manusia. Ia milik
universal manusia. Dan itu menurut Tok Guru merupakan akar kekuatan umat Islam. Ia tidak melekat atau dijenamakan pada sesuatu bangsa.

Jika banyak bangsa, banyak pula ragamnya, banyak pula pendekatannya, banyak pula
ideanya. Oleh itu Rasulullah selalu bersyura untuk mendapatkan pandangan para
sahabat. Bila berjumpa umat Islam di komuniti Eropah, cara berfikir juga berkembang
dan banyak idea terhasil. Semuanya lahir dari hanya berbincang dan berborak.

Berbincang merupakan kaedah yang sangat berkesan dalam melahirkan idea yang hebat dan realistik. Kerana ia mengambilkira pengalaman dan kebiasaan seseorang di dalam
masyarakatnya. Contohnya Salman Al-Farisi yang mencadangkan penggalian parit ketika
perang khandak. Ataupun Bilal bin Rabah yang punya suara yang kuat untuk menjadi
muazzin pertama umat Islam. Keduanya bukan bangsa di tanah Arab.


Dipaparkan dari Roslan SMS, tokoh blog aliran kiri yang disegani.


Orang barat masakini menceduk idea ini tanpa kita sedari. Kaedah multinasional
company (MNC) yang berjaya adalah mengambil individu-individu terbaik dari setiap
negara. Individu ini akan mewakili mereka di pasaran tempatan supaya dapat memahami
kehendak dan memikat hati pengguna atau pembeli tempatan. Ini kaedah Islamik sejak
zaman Rasulullah sebenarnya. Setiap kaum atau bangsa ada kelebihannya. Islam agama
yang memperkenalkan kesatuan bangsa dan bahasa melalui konsep ketuhanan, sekaligusnya memanfaatkan kepelbagaiannya untuk menjadi agama yang dinamik dan sesuai dengan tabii manusia.

Oleh kerana itu saya tertarik apabila membaca posting Roslan SMS mengenai
strategi PAS menggunakan Exco negeri mereka, Datuk Annuar (Annuar Musa?) Tan sebagai
pemancing undi orang Cina yang mewakili 5% undi di DUN Pengkalan Pasir. Ia bertepatan dan sinonim dengan kaedah MNC dan lebih tepatnya negara Islam pimpinan Rasulullah.

Walau apapun, selamat mengundi. Selamat berpesta sakan selama seminggu!

1 comment:

nbn said...

Over here... being a Muslim can make a lot of different.......