Bersembunyi di sebalik kebebasan bersuara akhbar. Itulah yang boleh diperkatakan tentang media massa Eropah. Untuk mengamalkan kebebasan bersuara, rasa sensitiviti penganut Islam diabaikan. Mengapa memilih agama? Mengapa tidak menghentam Bush dan sekutunya? Mengapa tidak hentam kerajaan sendiri?
Situasi di Malaysia adalah agak berbeza kerana rakyatnya sangat bersyukur sehingga hendak demonstrasi terhadap anti-Islam sekalipun tidak berani. Mengapa tidak ada demonstrasi secara aman tidak diadakan bagi memberi tekanan kepada puak-puak yang membenci Islam ini?
Kepentingan Membangkit Sentiviti Ummah
Demonstrasi mungkin tidak membawa impak yang besar, namun ia boleh memberi tekanan kepada kerajaan negara yang gagal menyatakan pendirian berkenaan sensitiviti agama vs kebebasan akhbar. Tekanan inilah yang akan buat mereka bertindak untuk memastikan penghinaan terhadap rasulullah dan keluarganya tidak berterusan.
Apabila Islam dihina dan dicela, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk sekurang-kurangnya menyuarakan bantahan. Rasanya kita belum sampai selemah-lemah iman seperti yang disabdakan oleh rasulullah, iaitu hanya dengan mengutuk di dalam hati. Kerana masyarakat kita masih prihatin terhadap isu-isu melibatkan Islam, begitu juga dengan kerajaan dan pembangkangnya.
Para musuh Islam sentiasa menguji kita dengan isu-isu begini. Ia bertujuan untuk melihat sejauh mana kita masih sensitif terhadap pembelaan terhadap Islam dan ummah. Sekiranya kita berdiam diri, maka bertambah naiklah tocang mereka, makin beranilah mereka melontarkan racun-racun berbentuk kelalaian, penghinaan, penindasan dan pelbagai lagi serangan. Puncanya hanya kerana kita tidak lagi merasa sensitif terhadap agama kita.
No comments:
Post a Comment