Entah apa yang saya fikirkan ketika menulis tajuk di atas? Nak ketawa ada. Nak sedihpun ada. Nak menyewelpun ada.
Habsah Jaafar bukanlah terkenal seperti Habsah Hassan penulis lirik dan penggiat seni yang terkenal. Berbanding Habsah pertama, apa sangat sumbangannya berbanding sumbangan Habsah Hassan di dalam industri muzik mahupun filem. Namun di dalam perspektif berbeza, Habsah (yang lagi satu, lost count) juga memberikan suatu sumbangan yang kita dan dia sendiri tidak pernah terfikir. Persamamaan antara dua Habsah ini adalah mereka bertudung. Namun bezanya, Habsah Jaafar perlu berjuang untuk menutup kepalanya sekaligus melaksanakan tuntutan agama yang kadangkala dipanggil fesyen oleh mereka-mereka yang huhahuha mahupun Islamnya SIS atau geng-geng Astora.
Mendapat hidayah ketika menunaikan haji merupakan sesuatu sinar yang sangat bermakna. Haji yang mabrur sangat berkah dan ibarat dilahirkan semula. Justeru itu Habsah nekad untuk berhenti setelah diberi kata dua, oleh majikan hotel lima bintang (bukan hotel bulan bintang --> istilah bagi mereka yang qiyamullail di masjid). Jawatan pengurus akaun merupakan tanda pengorbanan yang besar, dan ia sepatutnya menjadi pengajaran betapa hebatnya sumbangan wanita ini kepada wanita muslimat; mempertahankan maruah dan tuntutan agama walaupun periuk nasi tergadai. Walau menteri sudah maklumkan majikan terbabit perlu menawarkan semula jawatan, Habsah sudah tekad untuk berhenti dan mahu memperjuangkan hak bertudung di kalangan para pekerja. Inilah sumbangan yang kadangkala sekali pandang tiada yang signifikan, dua kali pandang ia lebih hebat dari tokoh maal hijrah!
Peristiwa ini juga menjadi tanda bahawa orang Islam perempuan tertekan dan diperlakukan seperti kelas dua, apabila mereka di tempat kerja ataupun menghadiri temuduga. Semenjak bila pula tidak memakai tudung boleh menjadikan seorang pekerja itu lebih hebat dari yang bertudung? Diskriminasi masih dan tetap berlaku; terutama ketika memohon kerja. Tidak mampukah kita memperbetulkan keadaan ini? Kita lemah kerana Islam kita hanya untuk laungan; pengisiannya tiada.
Untuk Habsah (Jaafar sudah tentu), semoga niat yang betul akan dilimpahi rezeki yang baik dan urusan yang dilancarkan mudah-mudahan.
Abouti: Seronok juga nak tengok berapa ramai NGO yang tampil untuk menyatakan sokongan kepada Habsah atas nama "human right" yang selalu mereka laung-laungkan. Sungguh prejudis dan tidak konsisten.
No comments:
Post a Comment