Apabila NST memenuhkan muka depan mereka pada hari Jumaat lalu dengan ucapan meminta maaf kerana menyiarkan karikatur menghina junjungan besar Nabi Muhammad, beberapa persoalan timbul di benak saya.
Mengapa selepas 700 akhbar seluruh dunia?
Apakah editor dan pekerja NST tidak mengikuti perkembangan semasa tentang implikasi penyiaran karikatur tersebut?
Kalau Ya: Mengapa siar?
Mengapa pula minta maaf?
Kerajaan kita lemah kalau hanya menghukum akhbar petang negeri dan akhbar berbahasa ibunda, bukan akhbar aliran perdana yang meminta maaf tanpa benar-benar meminta maaf. Hidup Star! (buat masa ni)
1 comment:
kartunnya lain. kata berita itu.
Post a Comment