Apabila Asia Barat mula dihangatkan oleh kemungkinan suatu lagi perang, kita terpaksa mengakui betapa bodohnya manusia bernama Bush. Setiap 10 ayat yang terkeluar dari mulutnya, pasti kita dapat mengesan 11 kebodohan, penipuan dan kelucuan. Rasional untuk menyerang Iraq sampai sekarang dipersoal. Alasan untuk perang disokong oleh fakta-fakta yang direka. Namun sebodoh-bodoh Bush, bodoh lagi orang yang menyokong (saya tak nak salahkan pengundi Bush, kerana tiada banyak pilihan) dan bersekongkol dengannya. Hujah Bush sangat dangkal dan syok sendiri. Contohnya alasan mengapa mahu menyerang Iran.
Point Bush hanyalah tentang rakyat Iran yang mahukan kebebasan, sepertimana rakyat Iraq yang bergembira dengan 'kebebasan' yang dinikmati selepas jumlah kematian selepas perang hampir sama banyak dengan jumlah rakyat Iraq yang dibunuh Saddam ketika dia berkuasa. Benarkah mereka mahukan kebebasan? Kebebasan dari apa? Dan sanggupkan mereka menerima US dan sekutunya sebagai penyelesaian?
Pendirian kita sebagai umat Islam memang rasanya mudah, Bush yang anti Islam dan kafir durjana perlu ditentang. Namun ada pula 'rakan-rakan' yang menganggap sokongan kepada kerajaan Iran lebih penting kerana ia melibatan kerajaan Islam, bukan seperti Iraq yang ditadbir secara zalim oleh Saddam yang sekular. Namun benarkah Iran kerajaan Islam. Entah, tapi kalau kita mengaji balik, kenyataan tu masih boleh diperdebatkan. Syiah bukan sebahagian dari Islam. Perbincangan Syiah memang terlalu panjang untuk dihurai di sini. Ilmu sayapun terhad. Buatlah apa-apa yang patut. Yang penting untuk diberitahu di sini ialah para sympatizer, pendokong dan penganut Syiah makin ramai dan merebak dengan cepat di sebelah sini, Malaysia tak terkecuali. Politician dan media massa juga tidak terkecuali. Berhati-hati dan banyakkan mengaji!
No comments:
Post a Comment