Ketika menyaksikan sambutan Maal Hijrah peringkat kebangsaan, saya tertarik dengan dua penerima anugerah Ma'al Hijrah. Walaupun panel (pada mulanya saya sangka buat lawak seram depan Agong) mengumumkan tiada yang layak menjadi tokoh tahun ini berdasarkan kriteria-kriteria yang disenaraikan, namun mereka memilih dua nama untuk menerima semacam anugerah khas sempena sambutan Maal Hijrah. Seorang tu pensyarah UKM, selalu keluar TV, penyelidik background Fizik yang boleh mengupas persoalan Islam dengan baik. Seorang lagi tidak begitu popular, tetapi namanya menarik, Mustapha Chin Ma (ambil galah tolong jolokkan...). Terus saya teringatkan Cheah Thong Keat, kawan lama di sekolah. Selepas sekolah, satu-satunya perkara yang saya dengar tentang beliau (selain pengajiannya) adalah tentang beliau memeluk Islam. Tahun ini, minggu ini, bagi Thong Keat atau Azhar (nama panggilan sahaja kerana beliau masih kekalkan nama Cina, tiada masalah), ia merupakan double celebration kerana upacara makan besar wajib bagi si ibu, tak kiralah anaknya masih taoisme, penganut buddha mahupun pengucap (dan pelaksana) dua kalimah syahadah.
Cheah mengerti dari siaran TV bahawa hijrah adalah dari buruk kepada baik dan dari baik kepada lebih baik. Sekurang-kurangnya itu yang banyak disebut oleh artis-artis kita kalau bercerita tentang Tahun Baru Hijrah. Dari PERKIM Cheah belajar tentang sejarah tentang permulaan Tahun Hijrah dan falsafah di sebalik hijrah. Cheah memahami bahawa hijrah sentiasa berlaku di dalam diri manusia.
Selamat Tahun Baru kuasa dua Cheah!
No comments:
Post a Comment