Monday, June 27, 2005

Akan kusabar keranamu motorku

Semalam saya dikejutkan oleh satu surat layang (disyakki dari jiran rumah besar). Saya diminta untuk tidak meletakkan kenderaan saya yang sekadar motorsikal di kawasan parking rumah jiran yang boleh memuatkan 9 buah kancil. Rasanya motorsikal saya yang buruk dan tidak sehensem tuannya itu, bukannya besar sangat, sehingga melahirkan rasa sempit terhadap datin jiran sebelah. Rumah saya mana ada ruang parking, takkanlah tak boleh barang sekaki dua. Kenapalah nak berkira sangat, saya merungut sendiri kesal. Ayat yang digunakan kurang sedap dan peluang bersemuka tidak diambil. Kalau ikutkan perasaan, mahu sahaja saya membalas di atas kertas yang sama, lantas mengetuk pintu rumah sebelah dan menyerahkan kembali surat yang dilekatkan di motorsikal berkapasiti 100cc itu kembali ke penghantarnya. Namun dalam perjalanan mengambil pen saya teringat supaya sabar. Melenting dan emosional tidak sesuai dengan hidung saya. Lalu saya duduk dan pura-pura surf di lelong.com walaupun masih teringat hal itu.

Kadangkala hidup berjiran berupaya mengajar kita menjadi insan yang lebih sempurna. Saya teringat tazkirah seorang sahabat bahawa mendidik diri menjadi sabar itu suatu cabaran yang besar baru remaja dan dewasa. Perlu ada self-control mechanism, umpama absorber, semakin banyak ditekan semakin santak ia menyerap hentakan.

Tapi adakah orang yang semacam itu? Jawapannya ada. Rasulullah ketika melalui kawasan perkuburan menemui seorang ibu yang sedang menangisi kematian anaknya. Baginda bersabda "Wahai ibu, bersabarlah". Jawab siibu "Engkau tidak rasakan apa yang aku rasakan, mudah bagimu berkata begitu". Namun apabila beliau diberitahu bahawa orang yang menegurnya adalah Muhammad, beliau lantas bangun, mengejar dan meminta maaf kerana kurang sopan terhadap kekasih Allah. Lalu baginda bersabda "Sabar yang terbaik adalah ketika yang pertama" yang bermaksud ketika sebelum beliau menjawab teguran rasul tadi. Baginda sendiri bersabar dari terus menjawab kata-kata siibu walaupun dia rasul yang lebih tahu.

Di dalam ayat al-Quran pula Surah Al-Imran ayat 146 ada dinyatakan ciri-ciri orang bersabar yang dipandang tinggi di sisi Allah.
"Dan berapa banyak nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar dari pengikut (nya) yang bertakwa. Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan Allah, dan tidak lesu dan tidak (pula) menyerah kepada musuh). Allah menyukai orang-orang yang sabar."
Menurut satu penjelasan tentang ayat ini, terdapat tiga aspek utama perlu diperhatikan di dalam membina kesabaran. Pertama tidak menjadi lemah. Maka peribadi-peribadi yang sabar ini tidak lemah bila dilanda musibah. Kedua tidak lesu. Tidak lesu di sini tidak lesu dan tidak nampak lesu. Ia berkait-rapat dengan penampilan seorang yang sabar. Mungkin dia tidak tergugat dengan musibah tetapi dia kurang bersemangat dan aimless. Ia merbahaya kerana boleh mempengaruhi orang lain. Manakala yang ketiga pula adalah tidak menyerah. Tidak menyerah di sini berkait rapat dengan keazaman yang tidak mudah padam, yang disusuli oleh gerak kerja yang sentiasa berjalan dan tidak mudah diperdaya lawan.

Jadi bersabarlah kerana bumi Allah ni luas, banyak lagi tempat boleh parking. Semoga Allah lancarkan segala urusan kita yang baik.

Wednesday, June 22, 2005

Policy Testbed

In policy point of view, there are several things need to be defined. First we need a groups of clients or subnets. Next we must have a list of servers or sinks. Lastly we need the policy server itself. The policy testbed is shown here:

yahoo

It comprises of several machines (Mac, PCs and Sun) and OSes (XP, Win2000, Fedora, Solaris and Mac OS X). The XP at the left will be the content server. Here we will load several streaming movies and bulky images.

Monday, June 20, 2005

Konsep Keperluan Manusia Kepada Perantara

Memerlukan adalah satu sifat semulajadi manusia. Tidak ada mana-mana orang di bumi ini, termasuk Bush, Roman Abrahamovic mahupun Michael Jackson (yang tak sekolah tinggi, apatah lagi belajar undang-undang) yang boleh mendabik dada mengatakan dia tidak perlu pertolongan sesiapa sepanjang masa, sepanjang ketika dan setiap keadaan. Ia adalah fitrah ataupun lumrah manusia. Untuk memahami hidup ini dengan lebih baik, kita memerlukan orang lain untuk terus hidup. Orang pintar seperti Socrates terkenal dengan pertanyaan asas mengenai hidup seperti "Siapakah aku", "Apa tujuan aku berada di sini" adalah contoh bagaimana terdesak atau desperate manusia untuk mengenal diri. Mungkin kita akan ketawakan Socrates sekarang tetapi sebenarnya kita juga masih belum mengenal diri dan tujuan kita yang sebenarnya dengan sejelas-jelasnya. Maka datanglah kepada kita seseorang yang lebih bijak dan berpengetahuan untuk mengajar kita tentang hidup ini. Sudah tentu kita bukan seperti gajah di zoo yang lahir dan mati meneruskan lumrah haiwan sejak berkurun (walaupun semakin pupus, ini kena buka cerita lain). Dialah yang membawakan kerangka fikiran kita lebih jelas dan lebih faham tentang kelahiran dan kematian kita. Sebagai manusia kita dilahirkan secara fitrahnya memerlukan tuhan untuk disembah. Ini adalah semulajadi manusia. Sesiapapun, bahkan ateis apabila terperangkap di dalam gaung, mahupun hanyut selepas dipukul ombak dilautan tak bertepi, akan pasti terlahir rasa mahu meminta tolong dengan sesuatu kuasa yang hebat; seakan pencipta keajaiban untuk keluar dari belenggu masalah. Kuasa itulah Tuhan yang kita perlukan. Dialah perantara yang memperkenalkan kita kepada siapa kita, siapa yang menjadikan kita dan apa tujuan kita hidup, adakah sama seperti gajah tadi ataupun bagaimana. Jiwa kita seterusnya dipenuhi dengan keinginan untuk melahirkan rasa hamba dan kecil kita berbanding Tuhan yang kita sembah. Kita juga secara fitrahnya mahukan hidup yang teratur dan baik dan bahagia. Ada sesiapa yang mahu keluarganya porak-peranda, hidupnya tidak pernah aman kerana sering diburu untuk dibunuh, ataupun merempat dan merompak dan hidup di jalanan seperti hippies? Tentu sekali tidak. Maka keinginan dan naluri ini akan dapat disalur dan dipenuhi sekira kita dibantu oleh perantara tadi. Dialah yang mengajar dan memperkenalkan kita dengan tuhan. Perantara inilah yang mengajar kita cara hidup yang sesuai, seperti yang dikehendaki oleh Tuhan kita. Oleh kerana Tuhan itu sifatnya extremely powerful dan bijaksana dari kita, maka Dia telah menyediakan kaedah yang cantik dan menenangkan, agar kita dapat memenuhi keperluan-keperluan yang disebutkan tadi, iaitu keperluan untuk mengenal Tuhan, keperluan untuk mengabdi dan berserah kepada kuasa Tuhan yang maha hebat ini, serta dapat menjalani hidup yang teratur dan sesuai dengan fitrah manusia. Dengan mengenal Tuhan dan mengamalkan cara hidup yang diajarkan oleh perantara tadi, maka dapatlah kita mendekatkan diri dengan Tuhan sekaligus yakin kita mengabdikan diri kepada tuhan yang benar dan mutlak. Oleh itu besarlah jasa dan tugas yang dipikul oleh perantara, kerana tanpanya sukarlah kita memahami hidup ini dengan jelas dan benar. Perantara inilah Rasulullah kita Muhammad.

Melawan Penyakit dengan Penyakit

Di dalam apa jua langkah yang akan dianbil oleh kerajaan, rakyat akan menilai dan mengaitkannya dengan institusi atau slogan yang dilaungkan oleh pemimpin yang berada di dalam kerajaan. Malangnya kadang-kala, atas entah apa panduan dan rasional, ia tidak dapat dimanifestasikan dengan jelas dan beretika. Ternyata slogan dan tindakan tidak selari. Tidak ada satu kerajaan di dunia ini yang melaungkan Islam Hadhari kecuali Malaysia. Namun tindakan dan prinsip mahupun pendekatan tidak pernah mengikut Islam biasa, apatah lagi Islam Hadhari yang khabarnya hebat itu. Selepas para pemimpin kerajaan (yang di dalamnya termasuk seorang ustazah) menunjukkan bagaimana cara yang betul menangani masalah remaja Melayu Islam di disko, datang pula tindakan yang lebih bijak dan hebat untuk mengawal merebaknya AIDS dan menagih dadah. Saranan seorang mufti yang lebih bersifat konservatif dan Islami tidak dipedulikan, tetapi disindir dan diperli dengan emosi oleh seorang pemimpin NGO menentang AIDS cara barat, tentunya senada dengan mereka yang tidak suka ulama dan mereka yang ikhlas memperjuangkan Islam. Akhirnya, inilah kaedah yang terbaik yang mereka hasilkan, iaitu menceduk idea barat yang memang tidak ada panduan selain akal dan nafsu (lihat http://society.guardian.co.uk/publichealth/story/0,11098,730633,00.html).

Contoh Jarum, ini bukan saya punya!

Memberi bekalan jarum suntikan bermakna boleh menagih, tetapi jangan berkongsi. Penagih dadah diberi lesen besar untuk menagih. Kasihan kita. Sementara kondom pula lebih cantik implikasi tersiratnya. Pertama pengidap AIDS boleh membuat hubungan seks, tetapi gunakan kondom supaya kuman HIV tidak merebak. Bermakna hubungan seks tiada masalah, tetapi gunakanlah kondom. Tetapi bukan pengidap AIDS sahaja boleh membuat hubungan seks, anak-anak kita juga boleh membuat hubungan seks, tanpa mengira samada sudah ada akad ataupun tidak. Bolehkah mereka mengawal golongan lain mengambil kesempatan atas pembekalan kondom ini? Yang penting di sini adalah membendung AIDS, sedangkan sepatutnya yang dibendung adalah hubungan seks luar nikah (yang serta-merta mampu mencegah kemungkin merebaknya AIDS) . Di mana rasional agama mereka? Sekiranya anak-anak mereka mahu membuat hubungan seks sebelum menikah, sekiranya mereka melarang, dengan selamba anak menjawab. Ala, kami pakai kondomlah mama, janganlah risau. Adakah mereka lega?

Perhatikan senarai berikut:

Europe Against Drugs (EURAD)

European Cities Against Drugs (ECAD)

HNN International Centre (Hassela Nordic Network)

National Swedish Parents Anti-Narcotic association (RFMN)

Swedish Immigrants Against Drugs (SIMON)

National Association for a Drug Free Society (RNS Sweden)

Nordic Countries Against Drugs (NMN)

Sobriety Movement in Stockholm (NSO)

Swedish Carnegie Institute

National Drug Prevention Alliance (NDPA) UK

Drug Watch International (DWI)

International Drug Strategy Institute (USA)

Foundation of Alcohol and Drug Education (FADE) New Zealand

People Against Drug Dependence and Ignorance (PADDI) Nigeria

PRYDE In New Zealand Parents Resource Institute and Youth Drug Education

Center for Drug Education, Joan Bellm

Drug Free Australia Ltd, Michael D. Robinson, Australia.


Nama-nama persatuan perubatan ini adalah mereka yang menentang kaedah melawan dadah dengan menggalakkan penagih terus menagih dadah. Sudah tentu bermacam-macam journal dan konferensi yang dibincangkan oleh pakar-pakar dari seluruh dunia ini. Di sini, yang membuat keputusan memberi kondom ini berdasarkan apa? Para pimpinan kerajaan kena kaji balik benda ni. Rasanya mereka-mereka yang berkenaan lebih bijak dari kebanyakan rakyat yang berpesta seminggu merana 5 tahun, maka takkanlah tak boleh buat sedikit research dalam setengah jam tentang bagaimana berkesan dan bersesuaiannya kaedah barat dengan negara Islam Hadhari kita.

Lukisan moral di Pusat Kesihatan Kecil Jenjarum tertulis " Mencegah lebih baik dari Merawat ". Mengertikah kita?

Sunday, June 19, 2005

Konica Minolta DImage X31

15 June haritu, selepas membelikan handphone baru buat kekasih tercinta, saya berpeluang menjenguk kedai kamera digital tempat membeli video kamera dahulu. Memang sudah lama berangan, tetapi tidak disangka digital camera dibeli di tempat yang sama. Bertuah tauke kedai tu. Konica Minolta X31, kamera digital budget 3.2MP, 3x optik zoom, ada SD card dan ada flash dan paling utama, sleek design dan boleh simpan dalam kocek baju. Requirement yang minimum begini memang susah nak dicari pada harga RM600. Siap dapat tripod dan SD 128Mb. Good and wise bargain kata ramai kawan-kawan. Contoh gambar:
PICT0140

Friday, June 17, 2005

Tribute to Smicer

He is not that superb, not that popular. His 6 years spell at Anfield can be considered as disasterous. A lot and some long injuries limit his appearances. But after 10 years from now, many people will forget about it. But they will never forget two main occasion where this tiny and sleek midfielder play major roles. 2001 where we won UEFA Cup and 2005 where we won European Champion League. In 2001 campaign Gerard Houllier always use him as sub and when he on the field, somebody will get yellow card. Penalty will be given. A dribble (or gentel) type of football that any defender least like to face. And who will forget when brought in by Rafael Benitez, he score that second goal during 2005 CL final, when people thought that Liverpool first goal from Gerard is just a retaliate goal, no harm to even get equal (to 3-3) score. From that moment, Liverpool went crazy and AC Milan just like a schoolboy team, know nothing about what actually hitting them. His penalty shoot-out is simple but enough to secure the lead thanks to the Brazillian (who) and that Pirlo (i suppose) blunders. Well dude, I'm not your die hard fan, but even you are not here anymore, we salute you for your contribution to the club.



Thursday, June 16, 2005

My Mac and Me

A Mac to me is like
My dream of Toyota Innova
My dream of Ericsson Z520i
My dream of Palm Tungsten E
My dream of Canon SLR
My dream of Semi-D
My dream of Sony DVD Double Layer Writer
All is a sweet dream but a Mac Mini
As it is already on my desk
Lets talk about this tiny but splendid creature
As I explore why those mat salih
Always tied to their Mac laptop
During their visit here
Me to posses a Mac laptop?
Later
Dream on...
(budget ciput)



Mac, a lot to be explored soon


This the Mac Screen in general. To screen capture it, it is not that easy. You have to use Grab (Tukar Melayu ler). Caranya dari Finder (yang ada karikatur muka tak hensem tu), pergi Application, Utility, Grab.
Tengok kat atas screen, dari menu Grab, pilih Capture. Kalau yang tipikal ambillah capture screen. Kalau nak self timer macam kamera, boleh ambil Timed Screen. Selepas 10 sec baru dia snap. Kelas gitu.
Tapi yang tak bestnya dia save sebagai *.tiff bukan *.jpg. Ada discussion dan sebab kenapa Mac save gambar sebagai tiff bukan jpg. Kalau anda die hard image processing technology, sila baca dan peningkan kepala di sini.
http://macusersforum.com/lofiversion/index.php?t4549.html

So agak susah nak publish ke internet dan blog. Oleh itu kena tukar ke jpg dulu. Dbclick gambar tiff tadi. By default application called Preview will be prompted. Pada menu Preview, pilih Export. Di sini kita boleh menukar format tiff tadi ke jpg. Kalau Window kena download sebarang image batch converter. Guna Mac tak payah susah-susah beb.

Tapi Mac ni dia tak guna Shift+Insert untuk paste, tak seperti Windows, Linux mahupun Sun Solaris. Programmer dia terlupa buat agaknya.

Tuesday, June 14, 2005

Akulah Pejuang Setia

Di sini kuucap satu rahsia
Berpegang di atas jalan ini
Di sini kutegar atas goncangan
Sekalipun berbeza pandangan

Andai tarbiyyah yang tak diterima
Andai dakwah disingkirkan
Ke mana harus kubawakan
Ke mana harus kusemaikan
Ad deen ini

Betapa di bumi ini kujaulahi
Ke utara selatan timur dan barat kumuwajih
Aku bukan murabbi yang terhebat
Teguh membina berjuta
Namun hati rela dicaci
Namun diri rela difitnah
Demi cinta ini

Kuingin menjaga tekad bertahun
Biarpun dianggap tak faham
Kuingin katakan pesanan
Akulah pejuang setia

- rapalaman -

Gubahan lirik dari lagu Sudirman

Monday, June 13, 2005

Intel Xeon

Xeon mungkin berbunyi Zionis tetapi baik kita elakkan pening-pening kepala fikirkan perkara itu walaupun ramai blogger anti MNC termasuk Intel. Kalau anda biasa dengan Pentium, bermakna anda samada tak kisah dengan processor atau tak reti-reti nak guna alternatif processor seperti AMD dan Winmx (ke apa nama processor Taiwan tu). Bagi yang memiliki komputer mudah alih (terlalu mudah, sehingga kadang-kala beralih ke orang yang bukan pemilik asal), Intel Centrino adalah kerabat Xeon dan Pentium. Macam Ultraman juga. Xeon dikatakan mempunya dual processor yang boleh digunakan untuk applikasi 64 bit. Ntah apa-apa ntah. Walaubagaimanapun untuk memaksimakan processor ini gunakan OS yang sepadan dengannya. Kalau Windows guna yang Office Edition. Kalau Linux Fedora guna yang 64 bit installation. Baru power.
Peralatan canggih seperti server Dell (satu lagi MNC) 2850 menggunakan Xeon. Gambar di bawah menunjukkan 'kuli-kuli upahan' memunggah dan memeriksa konfigurasi dan spesifikasi setiap server 2850 dan SC1420. Bukan sebarangan punya kuli upahan, boleh check spec dan buat installation. Kuli-kuli yang ada degree engineer dan IT nerd. Kehenseman tidak menghalang mereka berpeluh di dalam aircond. Tahniah.

Ramai, tetapi hanya seorang bekerja

Macam kenal mamat ni, tapi di mana ye?

Kerja kuat sampai patah pinggang

Network Engineer tekun

Sunday, June 12, 2005

Membaca coretan kenalan cyber Roime tentang IbuBapa menarik minat saya untuk mengulas sedikit. Persoalan ibubapa dan mendidik adalah persoalan yang biasa. "Pendidikan bermula dari Rumah" adalah slogan yang biasa kita dengar dan ada betulnya. Ketika kita menyedari ibubapa memainkan peranan yang penting, jangan dilupa peranan guru. Pemikiran dan sahsiah anak-anak juga dibentuk oleh rakan-rakan, orang dewasa yang rapat dengannya dan media-media seperti TV, akhbar dan CD/VCD/DVD. Berkenaan kisah seorang bapa yang tegas mendidik anaknya, tetapi masih belum cukup lantaran hidup anaknya musnah dengan menjadikan ganja sebagai sarapan paginya. Rakan-rakan yang merosak dan pengaruhnya terhasil dari kesilapan ibubapa juga kerana tidak memantau dengan siapa anak-anaknya berkawan. Namun si bapa mungkin sibuk mencari rezeki di siang hari, walaupun berada di rumah sepenuhnya untuk bersama si anak. Bermakna di sekolah, si anak terdedah kepada pengaruh kawan dan sudah tentu tidak ada anak yang suka bapa mereka berada di sekolah mereka setiap masa bagi memantau pergerakan mereka. Maka di situ ada semacam penyerahan tanggungjawab buat sementara kepada para guru di sekolah. Dan yang menambah sedih si bapa yang anaknya hisap ganja tadi, ialah ketika dia rasa dia perlu orang lain selain dirinya sendiri untuk mendidik dan memelihara sahsiah anaknya (seperti guru, jiran-miran, ketua kampung, penghulu dan polis serta banyak lagi), ada pula tokoh-tokoh yang kononnya cerdik pandai berpendapat kita tak perlu orang lain mendidik anak kita. Anak-anak yang berpeleseran di disko dan menikmati ice (sudah tentu bukan ais kacang)? Biarkahlah... ibubapa mereka di kampung yang tak pandai jaga. Begitukah yang sepatutnya?
Mungkin agak terlalu jauh untuk melihat musnah masa depan anak-anak kerana kesilapan memilih pemimpin. Namun ada benarnya. Lihat dari perspektif begini. Kelahiran pub, lounge, disko, cafe dan pelbagai nama lagi berlaku di bawah hidung (under the nose of - teruk bunyinya kalau translate dari English) atau pengetahuan dan kebenaran pendaftar syarikat. Sekiranya tidak ada undang-undang yang melarang atau semacam kouta, maka pendaftar syarikat tidak boleh berbuat apa-apa selain meluluskan syarikat berdasarkan hiburan yang pendaftarannya tidak ada masalah. Tidak melarang bermakna redha, sekiranya suka bermakna menggalakkan. Maka bermakna ada sedikit sebanyak saham dosa menggalakkan maksiat. Dasar tidak ambil kisah soal ketumbuhan pusat-pusat hiburan adalah dasar kerajaan yang dilantik oleh rakyat terbanyak. Kesilapan memilih pemimpin. Mungkin itu kesilapan kepada ibubapa yang sedar, kepada yang tidak sedar, ahh... lumrahlah kalau setandan pisang, ada beberapa biji yang tidak elok. Benarkah begitu?

Thursday, June 09, 2005

VNC? Sejenis logam ke?

Virtual Network Computing
What?
TightVNC is a free remote control software package derived from the popular VNC software. With TightVNC, you can see the desktop of a remote machine and control it with your local mouse and keyboard, just like you would do it sitting in the front of that computer.
(http://www.tightvnc.com/)

Why?
To access a bundle of PCs from my so-called lab. It is GPL, so don't have to worry about those licensing. First of all, distance does matter, 2nd it is cost(keyboard, mouse and monitor)less.

How?
First of all, you have to have the remote PCs in your network, where you can access LANly (the better) or WANly (never try it). At least you can ping them.
At Linux it is pre-installed if you are using Fedora 2 and above, not sure the others. At Solaris you have to install but tightvnc charge you the download access. Any Window based operating system will do.
At Linux open terminal using non-root user, type this:
vncpasswd
(insert any password and verify it)
Then set the remote machine by typing:
vncserver
Make sure you know the IP of the remote machine
Type ifconfig

Now set your local machine:
vncviewer

You will be prompted to fill the IP address of the machine you want to remote control. Sometimes you have to add the :x after the IP address. The x is stated at the remote machine (when you type vncserver, it will state the :x)

You will be prompted to fill the password. Then ooo-la-la, you are controlling the remote machine. Selamat mencuba.

Wednesday, June 08, 2005

Kisah Benar yang Membosankan

Dari zaman dahulu kala sehingga kini, drama mingguan Kisah Benar akan disiarkan pada waktu perdana di TV3. Muzik intro dia dah sinonim dengan para penonton yang ada kotak televisyen di rumah. Isu yang dikupas agak menyeluruh, dari bab rumahtangga sehingga bab student sibuk main PS2. Namun yang saya tak berapa nak gemar, ialah kebenaran kisah itu memberi unsur negatif kepada watak. Asyik-asyik kisah negatif. Cuma ada dua kisah yang positif yang saya pernah saksikan. Pertama seorang bekas penagih yang keluar penjara, berjaya menangkap pengedar dadah dengan bantuan orang kampung. Kedua kisah kejayaan seorang peniaga kecil-kecilan. Selain itu, kebanyakan kisah di dalam Kisah Benar sangat negatif. Bukannya susah nak tahu kisah benar, 999 di stesen yang sama disiarkan 2 kali seminggu. Kisah Benar memang memberi pengajaran, tetapi tidak semestinya dengan cara yang 'terhantuk baru tergadah'. Lihatlah juga dari aspek positif. Jalan cerita yang boleh diramal dengan mudah tidak akan menarik minat penonton yang mahu berfikir sambil menonton. Berubahlah sedikit wahai Kisah Benar.

Gossip atau Fitnah

Saya mengenali seorang kawan di kalangan kawan. Orangnya warak dan baik, hensem. Kalau jalan sebelah menyebelah orang perempuan macam tak nampak saya, nak kata kuatnya tarikan dia. Dah sampai seru nak kahwin. Tapi nak kejar karier dulu katanya. Sebagai bujang memang ke mana sahaja kita pergi, kalau sebarang urusan melibatkan kena bercakap dengan perempuan dan sebagainya, pasti kita jadi bahan usikan. Kawan saya ni cool bila diusik. Memang ciri jejaka idaman.
Begitulah kalau belum kahwin. Kalau rakan di sekeliling sudah kahwin pasti kita tidak tertekan. Tetapi kalau satu demi satu kawan kahwin, kita pasti rasa tergugat walaupun secara syariatnya kita belum sampai tahap wajib menikah. Baru jatuh ke tahap harus sahaja. Dan yang paling banyak di fikiran bujang, sekaligus menjadikan dia kurang stabil mentally, ialah hal-hal melibatkan hubungan dengan wanita, tak kira rakan sekerja, sekuliah mahupun serumah (bagi non-muslim-usnuzunally).
Istilah gossip bagi orang biasa itu juga boleh jadi, mengikut istilah orang luar biasa, fitnah. Fitnah di sini menurut masyarakat kita tidak mengapa sekiranya mengusik, kerana bukan cakap belakang. Tetapi bukan fitnah dari mulut manusia yang saya nak sentuh di sini. Fitnah yang saya nak 'highlight'kan di sini ialah dari aspek yang terlihat dan terzahir. Satu contoh yang mudah, kebetulan dari Masjid Jamek ke Sg. Besi, Ujang bin Bujang (bukan nama sebenar, tetapi IC nya ialah 7652403-14-8272, bekerja di Delcol Sg Besi) terjumpa dengan Miraswathy a/p Elanggovan (boleh contact dia di 0127863565), secretary boss yang baru masuk kerja. Berborak bukan main seronok sampai terlepas ke Bukit Jalil (Ataupun LRT rosak tersangkut lama kat Cheras, pandai-pandai ler buat cerita). Bila sampai office, semua orang dah sampai termasuk boss. Fitnah pertama yang terdetik di hati boss, Ir. Irwan bin Dr. Drani ialah "Aii, si bujang sorang ni, secretary akupun kau nak mengurat?" Fitnah kedua "Si Mira ni tak pernah datang lewat, tup tup hari ni boleh lewat, mesti Ujang ajak minum dulu ni". Konon-konon je ye. Ini rekaan sahaja tau. Belum kira yang terdetik di hati member-member. Kalau ada yang tanya boleh Ujang explain. Kalau takde yang tanya member-member berspekulasi sendiri. Bersangka buruk. Itulah fitnah hidup orang bujang. Moral of the story, jadi bujang tak bagus :(

Monday, June 06, 2005

Jual Beli di Ebay

Minggu lepas, setelah berbulan-bulan mendaftar sebagai ahli, akhirnya saya menang 'bid' untuk membeli digital camera. Murah sahaja RM100. 300kpixel, ok la tu...Bukan apa, saja try berjual-beli ala siber. Mula-mula memang rasa ragu-ragu.. Bak kata Waheeda "Boleh percaya ke? Tapi saya cuba juga." Pertama masalah ketulusan penjual. Kerana tak ramai yang jujur di alam siber ni. Kedua masalah shipment. Namun saya cuba juga. Kalau kita menang, nanti Ebay akan kirim email untuk pemberitahuan. Langkah seterusnya ialah menghubungi penjual (email atau hp). Kalau seller yang experience dia terus minta shipment charge (biasanya RM5 sekitar semenanjung). Kita masukkan dalam akaun dia, dan dia akan uruskan penghantaran. Kalau dia bagus, kita boleh beri feedback yang baik tentang dia di dalam Ebay. Maka ia akan jadi semacam CV seller tu. Track record baik, maka lebih yakin 'bidder' atau 'buyer' untuk berurusan dengannya. Tak sabar nak dapat digicam tu.

Wednesday, June 01, 2005

Jesus Book Found?

On New Straits Times, Life & Times Friday May 13 2005, compiled by Malina Shamsudin, which start a bunch of interesting news with this "A newly-found manuscript, believed to date back to the 17th centery, will likely flutter the hearts of The Da Vinci Code enthusiasts. Currently being analysed by experts at London auction house Christie's, the 594-page document appears to contain the complete genealogy of Jesus Christ, reports the BBC.

Well seem like the missionaries are doing whatever you cannot imagine, to convince people that Bible is the words of God. Not enough with Matthews and friends narration, they come with another book. What is the idea? To reconstruct the story so that the mistally fact and 'bloopers' history made by Mark and his friend dissapear? (Please read Ahmad Deedat book) What is the status of the newly found manuscipt? Could be higher than Bible I guess, since it contain the complete genealogy of Jesus. Poor people. Unlike Bible, Quran is the absolute and primary reference. It has a very clear history, how it was documented and how the wahyu is separated from hadith to avoid future confusion. Go around the world and you will find the content is similar. Not the one in Iran of course, it is another topic to be discussed. The contents is preserved so that what rasulullah heard from Allah (wahyu) can be reached and learned by generations. It can be translated by any other language, but the way it was and will be read is always in Arab. You can understand Quran by translation, but you can understand better if you learn Arab and explore more than just Quran itself. That is the beauty of Quran.