
Memberi bekalan jarum suntikan bermakna boleh menagih, tetapi jangan berkongsi. Penagih dadah diberi lesen besar untuk menagih. Kasihan kita. Sementara kondom pula lebih cantik implikasi tersiratnya. Pertama pengidap AIDS boleh membuat hubungan seks, tetapi gunakan kondom supaya kuman HIV tidak merebak. Bermakna hubungan seks tiada masalah, tetapi gunakanlah kondom. Tetapi bukan pengidap AIDS sahaja boleh membuat hubungan seks, anak-anak kita juga boleh membuat hubungan seks, tanpa mengira samada sudah ada akad ataupun tidak. Bolehkah mereka mengawal golongan lain mengambil kesempatan atas pembekalan kondom ini? Yang penting di sini adalah membendung AIDS, sedangkan sepatutnya yang dibendung adalah hubungan seks luar nikah (yang serta-merta mampu mencegah kemungkin merebaknya AIDS) . Di mana rasional agama mereka? Sekiranya anak-anak mereka mahu membuat hubungan seks sebelum menikah, sekiranya mereka melarang, dengan selamba anak menjawab. Ala, kami pakai kondomlah mama, janganlah risau. Adakah mereka lega?
Perhatikan senarai berikut:
Europe Against Drugs (EURAD)
European Cities Against Drugs (ECAD)
HNN International Centre (Hassela Nordic Network)
National Swedish Parents Anti-Narcotic association (RFMN)
Swedish Immigrants Against Drugs (SIMON)
National Association for a Drug Free Society (RNS Sweden)
Nordic Countries Against Drugs (NMN)
Sobriety Movement in Stockholm (NSO)
Swedish Carnegie Institute
National Drug Prevention Alliance (NDPA) UK
Drug Watch International (DWI)
International Drug Strategy Institute (USA)
Foundation of Alcohol and Drug Education (FADE) New Zealand
People Against Drug Dependence and Ignorance (PADDI) Nigeria
PRYDE In New Zealand Parents Resource Institute and Youth Drug Education
Center for Drug Education, Joan Bellm
Drug Free Australia Ltd, Michael D. Robinson, Australia.
Nama-nama persatuan perubatan ini adalah mereka yang menentang kaedah melawan dadah dengan menggalakkan penagih terus menagih dadah. Sudah tentu bermacam-macam journal dan konferensi yang dibincangkan oleh pakar-pakar dari seluruh dunia ini. Di sini, yang membuat keputusan memberi kondom ini berdasarkan apa? Para pimpinan kerajaan kena kaji balik benda ni. Rasanya mereka-mereka yang berkenaan lebih bijak dari kebanyakan rakyat yang berpesta seminggu merana 5 tahun, maka takkanlah tak boleh buat sedikit research dalam setengah jam tentang bagaimana berkesan dan bersesuaiannya kaedah barat dengan negara Islam Hadhari kita.
Lukisan moral di Pusat Kesihatan Kecil Jenjarum tertulis " Mencegah lebih baik dari Merawat ". Mengertikah kita?
No comments:
Post a Comment