Saya mengenali seorang kawan di kalangan kawan. Orangnya warak dan baik, hensem. Kalau jalan sebelah menyebelah orang perempuan macam tak nampak saya, nak kata kuatnya tarikan dia. Dah sampai seru nak kahwin. Tapi nak kejar karier dulu katanya. Sebagai bujang memang ke mana sahaja kita pergi, kalau sebarang urusan melibatkan kena bercakap dengan perempuan dan sebagainya, pasti kita jadi bahan usikan. Kawan saya ni cool bila diusik. Memang ciri jejaka idaman.
Begitulah kalau belum kahwin. Kalau rakan di sekeliling sudah kahwin pasti kita tidak tertekan. Tetapi kalau satu demi satu kawan kahwin, kita pasti rasa tergugat walaupun secara syariatnya kita belum sampai tahap wajib menikah. Baru jatuh ke tahap harus sahaja. Dan yang paling banyak di fikiran bujang, sekaligus menjadikan dia kurang stabil mentally, ialah hal-hal melibatkan hubungan dengan wanita, tak kira rakan sekerja, sekuliah mahupun serumah (bagi non-muslim-usnuzunally).
Istilah gossip bagi orang biasa itu juga boleh jadi, mengikut istilah orang luar biasa, fitnah. Fitnah di sini menurut masyarakat kita tidak mengapa sekiranya mengusik, kerana bukan cakap belakang. Tetapi bukan fitnah dari mulut manusia yang saya nak sentuh di sini. Fitnah yang saya nak 'highlight'kan di sini ialah dari aspek yang terlihat dan terzahir. Satu contoh yang mudah, kebetulan dari Masjid Jamek ke Sg. Besi, Ujang bin Bujang (bukan nama sebenar, tetapi IC nya ialah 7652403-14-8272, bekerja di Delcol Sg Besi) terjumpa dengan Miraswathy a/p Elanggovan (boleh contact dia di 0127863565), secretary boss yang baru masuk kerja. Berborak bukan main seronok sampai terlepas ke Bukit Jalil (Ataupun LRT rosak tersangkut lama kat Cheras, pandai-pandai ler buat cerita). Bila sampai office, semua orang dah sampai termasuk boss. Fitnah pertama yang terdetik di hati boss, Ir. Irwan bin Dr. Drani ialah "Aii, si bujang sorang ni, secretary akupun kau nak mengurat?" Fitnah kedua "Si Mira ni tak pernah datang lewat, tup tup hari ni boleh lewat, mesti Ujang ajak minum dulu ni". Konon-konon je ye. Ini rekaan sahaja tau. Belum kira yang terdetik di hati member-member. Kalau ada yang tanya boleh Ujang explain. Kalau takde yang tanya member-member berspekulasi sendiri. Bersangka buruk. Itulah fitnah hidup orang bujang. Moral of the story, jadi bujang tak bagus :(
No comments:
Post a Comment