Wednesday, June 08, 2005

Kisah Benar yang Membosankan

Dari zaman dahulu kala sehingga kini, drama mingguan Kisah Benar akan disiarkan pada waktu perdana di TV3. Muzik intro dia dah sinonim dengan para penonton yang ada kotak televisyen di rumah. Isu yang dikupas agak menyeluruh, dari bab rumahtangga sehingga bab student sibuk main PS2. Namun yang saya tak berapa nak gemar, ialah kebenaran kisah itu memberi unsur negatif kepada watak. Asyik-asyik kisah negatif. Cuma ada dua kisah yang positif yang saya pernah saksikan. Pertama seorang bekas penagih yang keluar penjara, berjaya menangkap pengedar dadah dengan bantuan orang kampung. Kedua kisah kejayaan seorang peniaga kecil-kecilan. Selain itu, kebanyakan kisah di dalam Kisah Benar sangat negatif. Bukannya susah nak tahu kisah benar, 999 di stesen yang sama disiarkan 2 kali seminggu. Kisah Benar memang memberi pengajaran, tetapi tidak semestinya dengan cara yang 'terhantuk baru tergadah'. Lihatlah juga dari aspek positif. Jalan cerita yang boleh diramal dengan mudah tidak akan menarik minat penonton yang mahu berfikir sambil menonton. Berubahlah sedikit wahai Kisah Benar.

No comments: