Friday, September 30, 2005

Pengajian Master, Realiti Cari Kerja dan Merapu bah II

Macam tulah susahnya ketika itu. Maka aku, dengan rasa penuh tanggungjawab, mengambil keputusan untuk sambung belajar. Antara sebabnya nak bagi peluang kawan-kawan lain dapat kerja.
"Ceh! Alasan tu. Sebenarnya malas nak cari kerja. Aparaa"
"Okey okey, mungkin aku ada agenda lain jadi student. Tapi sudah ada peluang depan mata, ambillah"

Tapi aku bersyukur, kerana mulanya tak yakin boleh buat. Zaman itu amat jarang orang ambil master. Proses nak apply juga sangat mudah. Nak membuatnya yang tetap tak berubah, susah dan sakit. Bagai nak rak. Sengal otak dan jiwa berontak. Kalau tension, masa present paper di conference pun boleh cari pasal dengan audiens. Tambah tekanan bila ada kawan-kawan yang memulakan senarai penghantar kad wangi; kahwin, ada yang mula berkenderaan kaki empat (kereta) dan sebagainya.
Aku ada rakan-rakan yang sama-sama buat research di fakulti yang sama tetapi berlainan bidang. Kalau tiba-tiba dia datang ziarah lab, itu maknanya dia tengah stuck dalam experiment atau tengah tension project tiada progress atau due date submit write up sudah dekat dan sebagainya. Menjadi kawan yang baik ialah mendengar walaupun tidak faham. Lending your ears. Ada masanya kita pula perlu bercerita. Jadilah seperti ayam bercakap dengan itik.

Ramai junior tanya susah tak ambil master? Aku jawab "Mudah sahaja kalau kita mahu fikir mudah. tapi kena ingat. Jalan mesti ke depan bukan ke belakang. Ops itu iklan Petronas. Mudah sahaja, tapi kena ingat kalau apa yang you buat tu nampak tidak ada masalah, maknanya kekuatan thesis kita untuk dianugerahkan master pasti bermasalah. Master tu resamnya susah dan mencabar".
Kalau orang tanya apa persediaan pula, aku lebih suka cerita tentang persediaan jiwa dan mental. Research methodology penting, tetapi ia boleh diperolehi melalui kursus dan pengalaman sendiri. Persediaan dalaman ketika buntu, stres ataupun frust. Aku selalu ibaratkan seperti berperang. Bila barisan pertama sudah ramai yang tumbang, ketika itu barisan kedua perlu menyusul untuk cover. Persediaan dalaman bermaksud bersedia untuk masalah yang bertimpa-timpa. Belum kita pulih dari masalah A, akan menyusul masalah B. Kalau tidak diselesaikan perlu diluahkan kepada sesiapa walaupun dia tak faham apa-apa tentang research area kita.

Namun akhirnya aku dapat submit thesis dengan jayanya walaupun sebelum itu selalu menghadapi stress dan frust yang bertimpa-timpa. Namun aku percaya ada hikmahnya ambil master. Ia mengajar aku tentang realiti sebenar penyelidikan. Macam nak pecah kepala memikirkan cara nak apply suatu teori di dalam system yang cuba dibangunkan. Namun apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan ilmuan Islam seperti yang ditunjukkan dalam Ilmuan Islam (sayang tak dapat tengok kerana masa tu ada liqo). Cukuplah merapu di situ. Sambung topik lain pula.

2 comments:

Jumalisa said...

Salam..
kakak lisa nak buat master..
lisa pun nak buat juga..
tapi hati lisa kuat lagi kat dakwah..
doakan lisa mampu buat dua2 sekali..
exam pun nak dekat...
lisa nak ucapkan selamat berpuasa..

Abouti said...

Tengok ler Lisa
Kalau by course memang susah nak pulun benda lain... assignment, quiz, exam sangat2 menyesakkan
kalau by research lain sikit
tengok camana kita olah project schedule kita
kita kita boleh rangka dengan baik, banyak masa terluang untuk pulun. ada progress project, boleh pergi kelas programming dengan senang hati :)
Selamat berpuasa