Monday, June 06, 2005
Jual Beli di Ebay
Minggu lepas, setelah berbulan-bulan mendaftar sebagai ahli, akhirnya saya menang 'bid' untuk membeli digital camera. Murah sahaja RM100. 300kpixel, ok la tu...Bukan apa, saja try berjual-beli ala siber. Mula-mula memang rasa ragu-ragu.. Bak kata Waheeda "Boleh percaya ke? Tapi saya cuba juga." Pertama masalah ketulusan penjual. Kerana tak ramai yang jujur di alam siber ni. Kedua masalah shipment. Namun saya cuba juga. Kalau kita menang, nanti Ebay akan kirim email untuk pemberitahuan. Langkah seterusnya ialah menghubungi penjual (email atau hp). Kalau seller yang experience dia terus minta shipment charge (biasanya RM5 sekitar semenanjung). Kita masukkan dalam akaun dia, dan dia akan uruskan penghantaran. Kalau dia bagus, kita boleh beri feedback yang baik tentang dia di dalam Ebay. Maka ia akan jadi semacam CV seller tu. Track record baik, maka lebih yakin 'bidder' atau 'buyer' untuk berurusan dengannya. Tak sabar nak dapat digicam tu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
aiseh, bila nak letak gambar peribadi kat blog nih?..Boleh la kita mengembara dalam alam glamer same2..
Alamak... susah sikit Encik Roy. Makwe lama cari nanti susah dibuatnya heheh
Post a Comment