Monday, August 22, 2005

Buat Saufy dan Najwa

Assalamu'laikum
Kepada Pengantin Baru Saufy dan Najwa
Tahniah kerana sudah bergelar suami dan isteri
Selamat menempuh alam yang sangat-sangat berbeza

Aku teringat pesan Ayah Johor sebelum walimah
Sentiasalah sabar dalam apa jua tindakan dan perasaan
Aku ambil ringan kata-katanya
Kerana aku yakin aku orang yang sabar dan lambat marah
Tetapi benarlah perkahwinan alam yang serba berbeza
Secara tidak disedari mudah hilang sabar dan cepat nak marah
Sekiranya kalian berada di dalam situasi itu
Maka sentiasalah ingat pesan Ayahku tadi

Semoga dapat menjalani hidup yang stabil
Boleh concentrate kepada kerja-kerja yang belum dibereskan
Selamat Selamat Selamat

A&U T


Apa kena-mengena branding dalam ini event. Ada penaja ke?



Welcome to the club!

Doakan kepada mereka:
Barakallahu lakuma
Wabaraka A'laikuma
Wajamikna bainakuma bil khair
(betul ke wording rumi dia ni?)

Takziah kepada Najwa sekeluarga atas pemergian ayah tercinta Rabu 24 Ogos 2005. Kuat hati dan tabahkan diri

3 comments:

Jumalisa said...

Bismillah...

pandainye abu_t,
ana tak perasan le pulak

ubat gigi tu...

Abouti said...

Biasalah cameraman tak bertauliah + sense of humor. kebetulan salah satu hantaran dari pihak lelaki dan satu lagi pihak perempuan (pasal mangkuk hantaran berbeza), cuma tak tahu mana satu pihak lelaki hantar.

Muhammad said...

Jazakallah abuT atas nasihat...

insyallah kami akan hadapi semua jalan-jalan kehidupan ini dengan bekalan iman dan kesabaran.

doakan kami istiqamah sehingga pulang kepangkuan kekasih.

wsalam

SaufyNajwa