Sabda Nabi " Sesiapa yang tidak memperhatikan urusan umat Islam, maka ia bukan tergolong di kalangannya". Namun apakan daya, umat Islam dibunuh oleh penyerang ala gerila yang tidak jelas identitinya. Media Thailand pula hanya memburukkan keadaan dengan menyebut ketakutan orang Buddha yang minoriti di keempat-empat wilayah terbabit. Seolah-olah mereka diancam oleh orang Islam, sedangkan pengganas, sebenar entah siapa. Sekiranya mereka (pengganas) itu orang Islampun, mereka bukan mewakili orang Islam. Tindakan media ini umpama melagakan umat Islam dengan Buddha. Tidak ada rasa percaya walaupun entah siapa-siapa yang baling batu sembunyi tangan.
Bila Thaksin mengumumkan akan terus bertegas memerangi umat Islam, ia mengeruhkan lagi keadaan. Tambahan pula dia mencabar rakyat supaya menyingkirkannya sekiranya gagal memerangi keganasan di selatan. Ketika itu rasanya tidak berguna lagi kerana ketika Thaksin bakal disingkirkan, sudah tiada lagi airmata untuk menangisi yang telah pergi. Selatan Thai sudah dibanjiri darah Muslim. Mudah baginya untuk meminta disingkir sekiranya gagal. Apa dia ingat berurusan dengan nyawa ni macam main CM4 ke?
Perkembangan terbaru juga tidak memihak umat Islam. Tentera marin dan darat dibunuh. Tidak dapat dipastikan siapa punya angkara tetapi umat Islam sudah dijatuhkan hukuman. Siapa yang bunuh tentera dicari, tetapi fakta umat Islam yang dibunuh terlebih dahulu oleh askar terbabit seolah-olah tidak penting. Paling terbaru akan dibuat kad pengenalan khas dengan cap jari untuk umat Islam dengan alasan menjejaki kemungkinan rakyat selatan Thailand terlibat dengan pengganas. Cukuplah dengan perkembangan yang tidak pernah positif untuk umat Islam.
Ada satu kemungkinan yang boleh merubah keadaan di Selatan Thai. Dua institusi. Pertama Thaksin boleh diseimbangkan oleh kuasa tentera. Mereka agak dominan dan boleh mengambilalih kuasa sekiranya kedegilan Thaksin menyebabkan rakyat Thailand melakukan apa yang rakan mereka di Filipina buat terhadap Presiden mereka, atau apa yang rakyat Indonesia lakukan sekitar 1998. Namun kuasa tentera tidak boleh diharapkan sangat, kadangkala lebih teruk dari Thaksin. General-general yang sekolah tinggi tetapi tidak pakai otak lebih bersifat merosak. Mana mungkin berpuluh-puluh manusia ditindih di dalam satu lori pickup?
Institusi kedua adalah Bhumibol. Situasi terbaru menunjukkan ada semacam protes secara dingin, apabila Raja Thailand masih belum meluluskan pemilihan senat untuk auditor-general walaupun sudah 90 hari berlalu. Sebagai salah satu institusi beraja tertua di dunia, monarki masih dianggap relevan di Thailand. Tindakan tidak meluluskanpemilihan senat ini dianggap satu tamparan kepada Thaksin, dan ia bukan pertama kali dibuat oleh Bhumibol. Maka mungkin ada sesuatu yang boleh diharapkan dari pewaris takhta Siam ini di Selatan Thai. (Boleh rujuk A. Asohan di Asia News Network).
2 comments:
penyembelihan umat islam di sepadan thai berkemungkinan ada beberapa sebab.
1. Cubaan Thaksin untuk menutup banyak penyelewengan seperti rasuah. Ingat, banyak pemimpin yang buat begitu termasuk Clinton yang sengaja mengebom iraq kerana mengalihkan isu skandal dengan Monica lewinski.
2. Cobaan pihak CIA untuk meletuskan huru hara dan menutup sekolah pengajian agama di situ yang telah berdekad wujud.
3. Semacam suatu strategi penghapusan etnik menyeluruh seperti kebanyakkan yang berlaku di balkan. Sure Yahudi punya kerja. Sebab ape ?. Sebab Thaksin kebulur senjata. Dengan ada kununnya ancaman keganasan, Thaksin dengan mudah mendapat bekalan senjata terbaik dr US. Rasanya dah keluar media semalam. Oleh yang demikian, Thaksin berjaya mendapat short cut untuk memenangi perlumbaan senjata asia tenggara selepas najip berjaya bersekutu dengan cina dalam hal ketenteraan.
4. Rasanya ada kaitan menda ni dgn harga minyak..hmmm...
wamakaru wamakarAllah wAllahukhairu makirin
roy...
belanjawan apa cerita?
Post a Comment