Sunday, October 23, 2005

10 Malam Terbaik Sepanjang Hidup

10 malam terakhir Ramadhan ini adalah malam yang sangat sangat sangat penting. Kalau kita sudah rasa exhausted dan mula terfikirkan rasa, mungkin sunnah nabi ini boleh dijadikan panduan.

Kalau Rasulullah menurut 'Aisyah, kesungguhannya ketika 10 malam terakhir dimanifestasi dengan mengemaskan kembali pakaiannya, lebih bersemangat dan lebih kuat komitmennya, nak kata betapa bersungguhnya baginda menghadapi 10 malam terakhir ini. Baginda juga berkurung di masjid, sehingga para isteri keluar masuk masjid untuk membawakan makanan dan pakaian keperluan, kerana baginda tidak mahu keluar dari masjid sepanjang 10 hari, bimbang tidak dapatkan malam lailatul qadr dan segala ganjaran-ganjaran lain yang Allah janjikan. Sedangkan dia maksum dan kekasih Allah.

Bagaimana kita. Inilah masa kita perbaharui tekad. Umpama atlit terkemuka Qatar, Saif Saaeed Shaheen jaguh dunia dan pemegang rekod acara 3000 meter lari berhalangan. 2000 meter pertama dia relax sahaja, lari di celah-celah atlit lain. Tiba 1000 meter terakhir dia mula mengorak langkah. Makin nak habis makin laju dia berlari. Begitulah Allah menguji ketahanan mental dan fizikal kita di bulan puasa ni. Macam kacau emm nyum nyum dodol, makin lama makin pekat makin susah nak dikacau.

So bloggers, mari kita mengemaskan kembali azam kita, panggil dan susun dengan utuh barisan saf-saf semangat Ramadhan kita yang masih bersaki-baki tu, sesuai dengan sunnah Rasulullah. Kita sertai mereka-mereka yang meninggalkan tilam dan sofa, isteri (bagi yang dah kahwin) dan bantal golek (bujang), semata-mata mengharapkan keredhaan Allah, memohon syurga Allah dan merayu dijauhkan dari api neraka.

Di sini ada beberapa tempat yang aku tahu boleh beriktikaf dengan tenang dan khusyuk di sekitar Kawasan Parlimenku:

Masjid UKM: Ramai student, best, semua semangat mengejar lailatul qadr. Ada berbuka dan ada sahur.

Masjid Jamek Kajang: Pun best. Juga ada berbuka dan sahur. Agak-agak boring, boleh rasa Sate Kajang di gerai sepelaungan.

Masjid KUIS: Tiada info tentang penyediaan berbuka dan sahur. Antara tempat paling tenang.

Info dari blogger Pemburu Janji, Masjid Subang Jaya (depan Subang Parade). Ada buka dan sahur, tapi jangan tidur kat dalam, nanti pak cik dia marah dan pukul dengan sejadah. Tidur kat kawasan bersimen OK kot.

Masjid KLCC. Sahur dan berbuka disediakan. Aku agak-agak sahaja. Kelemahan tempat muslimat agak terbuka.

So jom iktikaf!

1 comment:

jiwakitamerdeka said...

tq krn info. So, kna pulun cari lailatul qadr. Tinggalkan tempat tidur...
Lepas ni, terus tolong agama Allah di mana jua. jom bersama2.