Monday, October 31, 2005

Malasnya

Hari ini hari terakhir bekerja sebelum raya. Memanglah tidak produktif. Malas nak kerja. Alhamdulillah dah siapkan dokumen-dokumen yang berkenaan pagi tadi. Masa begini kalau retro bagus juga. Sebuah lagu lama yang masih tersimpan di kotak fikiran di zaman jahiliyyah.


Bilaku pejamkan mata, segalanya menghampiri
Ke rantau resah semalam, termangu sejenak
Malasnya kumelangkah ke sana
Mencari sempadan kehidupan
Yang selalu hilang sebelumnya
Di sebalik suatu perjalanan
Sesungguhnya malas itu indah
Tanpa kuterlibat dengan dosa-dosa
Dalam berusaha mencari sesuatu
Kekurangan di sini sudah cukup buatku
Apa yang kugenggam itulah harapan
Kelebihan yang datang adalah kesyukuran
Selagi dapat menyedut ketenangan
Sehingga terasa di jiwa
Malasnya




Tengah santai kat pulau. Adhoc cameraman spoil sikit heheh.

2 comments:

amar_kun said...

macam kenal je pulau ni?
adakah ini pulau yg geng kita pegi camping dulu?
pulau yg pantainya mempunyai air yg masin amat itu?

Abouti said...

dekat-dekat situ agaknya amar kun
apa cerita orang kat sana?