Ada sesuatu yang menyebabkan saya tertarik membaca suatu forum di internet berkenaan Aisyah yang dikahwinkan pada usia 7 tahun (sayapun confuse, tajuk atas sekali tulis 6 tahun) dengan Rasulullah yang ketika itu berumur 50 tahun. Saya petik kata-kata di dalam forum tersebut:
Seorang teman kristen suatu kali bertanya ke saya, "Akankah anda menikahkan saudara atau adik perempuan anda yang berumur 7 tahun dengan seorang tua yang berumur 50 tahun?" Saya terdiam. Selanjutnya dia berkata," Jika anda tidak akan melakukannya, bagaimana mungkin anda menyetujui pernikahan anak gadis berumur 7 tahun (Aisyah), dengan Nabi anda?" Saya katakan padanya," Saya tidak punya jawaban untuk pertanyaan anda pada saat ini." Teman saya tersenyum dan meninggalkan saya dengan guncangan dalam batin saya akan agama saya.
" "
Selepas itu pelbagai kiriman berkenaan hujah yang menidakkan umur Aisyah 7 tahun dan berdasarkan dalil-dalil yang dikemukan, dicadangkan umur Aisyah yang sebenar sekitar 19 ketika bernikah dengan Rasulullah. banyak lagi hujah-hujah yang menarik. Kalau bloggers berminat boleh baca sendiri. Entahlah, saya bukan berada di dalam posisi untuk menyelidik atau mengulas mana satu yang benar. Namun dari konteks logik, saya merasakan kita perlu melihat dari aspek dasar kemusykilan. Atas apa sahaja komen atau kekeliruan spontan atau provokatif dari non muslim, kita perlu yakin dan percaya apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Walau perkara yang tak nampak faedah yang nyata seperti perang Jamal atau Siffin. Saya tidak memihak kepada pandangan umur Aisyah 7 tahun, tetapi mungkin kalau itu yang kita pegang pada asalnya, bersedia untuk memahami hikmahnya walaupun sukar. Penjelasan awalnya mungkin dengan peringatan bahawa pada umumnya terdapat khilaf di kalangan para ulama dalam menentukan sesuatu, termasuklah umur Aisyah ketika bernikah dengan Rasulullah. Penjelasan seterusnya mungkin dengan memahami bahawa perkahwinan Rasul yang agak berumur dengan seorang gadis (secara umumnya semua ulama sepakat Aisyah ketika belasan tahun sudah menjadi Ummul Mukminin) adalah salah satu strategi perkembangan dakwah. Dari aspek penerusan tarbiyyah juga, terutama kepada muslimah, yang sangat tinggi darjahnya, datang dari para Ummahat Muslimin, yang rapat dengan baginda dan menyamai ilmu para sahabat. Selain itu perkahwinan rasul atas sebab menjaga kehormatan (Ummu Salamah) dan juga untuk berdakwah kepada sesuatu kaum. Tapi itu bukan persoalan utama di sini. Maka persoalan umum adalah sangat ranting, jangan sampai matlamat utama sebagai pendakwah dilalaikan dengan persoalan-persoalan yang mengeliru dan membuntukan.
Blogger Rashidi: Kalau orang tanya saudara persoalan ni, bagaimana jawapan saudara?
AT: Mudah sahaja. Tak payah pening-pening kepala
BR:Yela, jawapannya?
AT:Kalau orang tanya apa?
BR: Akankah anda menikahkan saudara atau adik perempuan anda yang berumur 7 tahun dengan seorang tua yang berumur 50 tahun
AT: Ye saya mahu. Tetapi ada tiga syarat. Pertama kalau saya mampu menjadi sethiqah Abu Bakar. Kedua kalau saya yakin anak saya dididik sesempurna dan setaat Aisyah. Dan ketiga, kalau saya jumpa insan semaksum Rasulullah. Jawapannya ya, pasti saya akan kahwinkan saudara saya yang tujuh tahun itu dengan insan 50 tahun itu.
Persoalannya, mampukah kita meletakkan diri kita sampai ke peringkat tiga orang ni? Kenapa pening-pening kepala? Adakah kita seorang ayah yang punya kefahaman serupa dan sehebat Abu Bakar dalam hal ini? Kalau kita sehebat Abu Bakar, mampukah kita cari seorang kualiti sehebat Rasulullah? Kalau zaman sekarang ni, dengan kualiti umat Islam yang semakin tenat, mana mungkin kita bayangkan apa yang terjadi lebih 1400 dahulu dan cuba jawab soalan-soalan bodoh seperti yang diutarakan oleh kawan Masihi sahabat kita? Ada banyak perkara yang kita, muslim yang bertaraf manusia biasa ini boleh lakukan. Perkara-perkara lain yang tak mampu kita fahami, ada rujukan dan ilmuan serta ulama yang boleh dipelajari. Entahlah, semoga kita diberi kekuatan untuk memahami agama ini dan menyampaikannya walau satu ayat. WAllahua'lam.
No comments:
Post a Comment