Semalam kawan saya call saya nak pinjam router Juniper opis saya. Saya cakap sayapun tak reti pakai. Pertama tak muat, kedua tak berapa pandai configure. Saya cakap nanti saya pergi tanya network engineer saya dulu. Dia kata OK lah.
Mamat ni satu opis dengan saya tapi lain unit. Saya dah nak tutup Skype saya bila dia masuk topik lain. Saya kekadang boring dengan dia pasal di otaknya dipenuhi pandangan kritis. Ada aje yang tak betul dengan sesuatu. Mungkin dia sendiri yang tak betul, tapi saya tak berani nak cakap begitu takut dia kecil hati. Biasalah saya ni orang Melayu yang suka pendam dalam hati.
Dia tanya saya pakai Maybank2u tak? Saya kata saya pakai juga sekali-sekala. Dia marah saya. Dia kata baik tak payah pakai kalau sikit-sikit. Kemudian dia merungut tentang pengusaha stesen minyak tak nak terima pembayaran melalui kad kredit. Dia kata ini semua bank punya pasal, suka-suka dia aje letakkan komisen terlalu tinggi. Pertama pihak bank kenakan bayaran terlalu tinggi kepada pengusaha stesen minyak. Itu memanglah patut kerana siapa suruh pengusaha minyak ambil kredit. Ait, saya cakap dalam hati. Tadi dia juga yang nak guna kredit ketika membeli minyak. Sewel saya sebentar dibuatnya. Kedua pihak bank, selain ambil duit dari mereka, suka-suka dia aje ambil duit dari kita. Bagaimana? Melalui bayaran tahunan kad kredit. Mahal pulak tu. Suka-suka dia aje letak charge perkhidmatan. Setahun hingga beratus, bergantung kepada berapa besar batas kredit yang ada pada kad kredit itu. Suka-suka dia aje. Saya bersyukur bila Skype dia tiba-tiba kong, macam line telefon saya sekarang. Baru hutang RM100 pun dah potong. Memang Skype dah tak sebagus dulu, mungkin ramai sangat orang guna. Baik guna Yahoo Voice atau Google Talk. Tak terkira banyaknya saya dengar dia bercakap "Suka-suka dia aje". Pening sel-sel otak saya. Tak boleh proses kalimat-kalimat tu.
Borak-borak dengan kawan saya itu memberi saya sedikit input tentang kehebatan bank menyedut duit. Dahlah keluar ATM sekali dia charge RM0.50 walaupun akaun ATM dari bank yang sama. Senario kad kredit itu hanya menguntungkan bank.
Takkan tak nak beli minyak langsung, kalau kereta boleh jalan guna air takpe.
Alternatifnya ialah tak payah susah-susah pakai kad kredit macam kawan saya. Cuma bawak cash ke mana-mana. Namun ia merbahaya kerana mendedahkan kita kepada perompak (yang masa sekolah tak rajin buat homework tapi masa nak merompak, cepat pula siap homeworknya) yang memerhati dan mengintai dompet di saat kita tak sedar. Kalau kita tak kisah beli RM10 demi RM10 dengan harapan bawa duit sikit tak menjadi sasaran perompak, tak mengapa. Maka alasan ini menyebabkan ramai orang memiliki kad kredit pada mulanya, katanya nak beli minyak. Tapi kalau pakai kad kredit, kita mungkin terselamat dari perompak jalanan, tetapi terpaksa berdepan dengan pihak bank yang cara sedutan wangnya bolehlah dipanggil perompak terhormat. Hmm ada jalan keluar tak?
No comments:
Post a Comment