Aku tiba agak lewat. Masjid Subang Jaya agak gelap. Aku merayau sekitar tempat orang tidur. Tidak ada pengguna barangan I seperti yg digembar-gemburkan. Selepas berwudhuk dan solat, aku mencari lampu untuk bertilawah. Malangnya tidak ada satupun lampu terbuka, kecuali di tempat mengambil wudhuk. Aku memberanikan diri pergi tempat suis utama dan memasang lampu pintu depan agar tidak menggangu orang tidur di belakang. Alhamdulillah dapat juga baca barang sehelai dua. Aku mengantuk, lalu mencari bahagian belakang masjid yang bersimen, kerana teringat amaran Pahlawan Sejati tentang pak cik itu. Sebelum terlena aku lepak dengan budak-budak remaja yang siapkan sahur untuk jemaah yang akan datang berqiamulail nanti. Di masjid ni biasalah, samada orang tua, ataupun kanak-kanak dan remaja. Nak cari pemuda memang susah sangat. Di balik-balik kesamaran aku seakan-akan terlihat blogger nazrulamir. Entahlah aku tak pasti. Takkan nak pakai lampu suluh tengok muka dia. Sewaktu aku bangun tidur kariah masjid sudah mula memenuhi ruang dewan utama. Aku lihat lampu yang kubuka tadi sudah tertutup. Apa barang? Menggangu ke jemaah yang nak bersolat tasbih tu? Tak terpikir pula begitu. Nak suruh aku datang bawa lampu sendiri? Belum sempat aku berbuat apa-apa, suara pakcik itu, ya pakcik itu, memecah kesunyian, marah-marah tak bagi tidur di masjid. Aku sangka dia marah aku, rupanya kelompok yang tidur dalam masjid yang bercarpet. Kalau dia marah aku, pasti aku marah dia balik (dalam hatipun jadilah). Rumah Allah ke rumah dia?
Aku terasa ada sesuatu yang membuat pakcik-pakcik ni tak berapa suka orang yang semarakkan masjid. Tidurpun sebahagian iktikaf. Kenapa mesti pandang negatif? Geram aku. Aku terasa sangat2 tidak selesa dengan situasi ini. Tambahan pula tiada lampu terpasang, aku duduk di pangkin belakang masjid, tempat paling tenang di masjid ini. Ada lampu. Masih niat iktikaf kerana masih sama dengan bumbung masjid. Kejakianku kepada apa akupun tak mengerti, terasa meningkat, tetapi itu bukan pelemah semangat pemburu janji Allah.
Dengan jemaah yg mula memenuhi dewan utama, suara imam memecah keheningan & ketenangan, ditambah dengan perut di dalam mode bergelora (meragam salah makan), aku simpulkan ia berakhir di sini. Insya Allah ada banyak lagi masjid yang merindui pemburu malam qadr sepertiku. Akan kuterus berkelana ke tempat lain.
Aku lihat Masjid UPM terang benderang sekitar 4.30 pagi. Rupanya ada solat tahajjud berjemaah. Aku masuk tandas, kemudian ambil wudhuk dan sempat solat, zikir & tilawah. Aku menyertai jemaah lewat bacaan doa. Suara ustaz Zahari yang lembut dan menginsafkan, tak sedar airmata ini berderai laju. Tiada sahur di sini, semua jemaah bersurai mengisi perut memenuhi sunnah, maka aku bercadang untuk berkelana lagi. Lepak ke Masjid UNITEN. Terang benderang, tetapi tiada orang. Mungkin semua orang balik sahur sementara tunggu solat subuh. Maka aku memberhentikan kenderaan dan makan bekalan sahur yang dibawa. Lupakan sahur di masjid, jazakillah zaujati yang bekalkan makanan yg boleh dijamah sebagai sahur. Lepas sahur aku terus memecut laju meronda lagi. Menamatkan pemburuan dengan solat fajar dan subuh di Masjid Bandar Baru Bangi. Sampai rumah dalam keadaan tersengguk-sengguk. Mengantuk sangat.
Bagaimana kisah kembara kalian bloggers? Kongsi-kongsi la. Bukan kita berniat lain, sekadar menyebarluaskan keinginan beribadat, mengajak ke arah kebaikan dan berkongsi pengalaman yang mungkin boleh jadi pengajaran kepada orang lain. Jumpa lagi!
No comments:
Post a Comment