Membaca tulisan saudara Hishamudin Rais sedikit sebanyak membuka minda saya tentang persoalan minyak. Saya berharap saya tidak menjadi bebal minyak seperti yang sering disungut oleh tokoh sosialis yang ada pemikirannya yang boleh dipakai. Namun saya merasakan persoalan minyak bukanlah absolute atau segala-galanya. Seperti juga kita dimomok-momokkan dengan kemungkinan negara boleh dibeli oleh penyangak ekonomi sekitar 1997. Pasti ada yang boleh melawan tekanan politik minyak, tekanan ekonomi dan ketenteraan. Tidak ada yang absolute bahkan AIDS sendiripun ada penawarnya. Kita asyik berada di dalam kerangka fikiran AIDS tiada ubatnya sehingga kita tak faham apa yang lebih berharga dari sekadar ubat.
Begitu juga dengan minyak. Mungkin kita rasakan bahawa kenaikan memang tidak dapat dikawal dan sumber minyak itu sendiri semakin kepupusan. Oleh itu tidak ada jalan keluar kepada semua permasalahan itu. Checkmate. Hanya menunggu leher yang dijerut hilang ketimbang bangku. Begitukah sepatutnya? Pasti ada jalan keluar. Dalam agama kita tidak diajar semua dah ditakdirkan, maka tak perlu usaha dan tawakal sahaja. Bukan begitu. Kalau kita rasa kita pandai tentang persoalan Puncak Minyak dan hanya tunggu dan lihat, mungkin kita akan jadi lebih bebal dari si bebal minyak yang saudara Hishamudin maksudkan.
sambung nanti...
Kalau sempat nak ulas tentang boikot dan kuasa orang ramai.
No comments:
Post a Comment