Tuesday, December 26, 2006

Hilang Motor

Bukan aku. Kawanku Karamov. Bukan. Bukan orang Russia atau bekas jajahannya yang sudah merdeka. Nama yang sering kubuat tersasul memanggilnya. Mengada-ngada atau mengada-ngadakan?

Karamov selalu letak motor di bawah laluan kedai berdekatan rumah kedainya. Bukan. Dia tidak memiliki sebarang rumah kedai. Dia hanya menyewa. Dah bertahun dia letak motor situ. Takde masalahpun sebelum ni.

Mamat tu hilang motor dengan helmet sekali. Rakus betul pencuri tu. Lepas merapu di balai polis, dia pinjam motorku dan terus pergi kedai cari Honda second hand. Bukan. Bukan Honda City EXi. Sekadar Honda EX5. Cepat betul. Banyak ke duit dia? Terpaksa beb. Motor nak buat cari makan. Korek selagi boleh.

Sementara itu ada pak cik kenalan lama simpati bila dengar dia hilang motor, terus call dan infak (?, betul ke ni) motor kapcai dia. Selepas beberapa hari, dengan motor yang baru dibeli sampai, mamat tu dah kumpul 3 biji motor di bawah laluan kedai berdekatan rumah kedainya. Bukan. Bukan nak buat pameran. Rezeki melimpah sampai ada 3 motor pada suatu masa.

Agak-agaknya si pencuri tu berkata-kata dalam hatinya "Peh power tu. Aku curi satu dia boleh dapatkan tiga yang lain. Kalau aku curi ketiga-tiga?" Ewah sempat berangan MLM engkau ye.

Moralnya: Mat fit first round dia mungkin nampak tak berminat pada motor buruk kita, dia memang mengebas motor yang masih berkilat sport rimnya, tapi dalam diam dia sebenarnya dalam peringkat meng'usha' motor kita juga. Bila tiada rotan, akarpun berguna. Second round, dia belasah aja. Janji mashuk. Jadi jangan ingat port parking kita tu sentiasa selamat.

Monday, December 25, 2006

Khaulah Setahun

Genap setahun usiamu di dunia ini puteriku. Kami sempat belikan kek 'rahsia' cheese pilihan mama yang dikongsi dengan Mak Long. Pak Cik bawa balik pizza dan bapak menjamu sate, maka agak meriah juga, dengan hadiah dan sebagainya. Sayangnya malam tu engkau tidur kepenatan. Selepas sehari engkau begitu intensif bertatih, bukan short distance lagi, habis satu laman rumah Wan engkau gagahi. Jalan jatuh, jalan dan jatuh. Sekarang engkau sudah boleh berjalan. Lambat dua bulan dari abang, cuma gigimu dah lapan batang, cepat tumbuh berbanding abang. Oh ya cakap pasal jatuh, perkataan "jatuh" adalah perkataan pertama yang kami dengar secara proper dari mulut Thalhah, selain "mama" dan "bapak". Minggu engkau setahun ini kami mendengar suatu perkataan yang berbutir, selain perkataan "Nak" yang Ibumu ajar sebagai memenuhi keperluan kuat makanmu.

Perkataan pertama selain Mama dan Bapak itu adalah;


"Air".

Air? Air! Ye air. Ntah kenapa ye? Oleh kerana kami fikir benar-benar engkau mahu air, maka kami menjamu engkau dengan air sehingga engkau kembung. Rupanya pisang, biskut, susu dan nasipun engkau panggil air. Hentam sahajalah nak! Suatu hal yang kami perhatikan tentang engkau ialah engkau nampak lebih independent dan tak semanja abang. Dalam usia setahun engkau sudah seronok nak duduk di belakang, menyebabkan Mama terasa macam baru lepas kahwin, santai duduk di depan melayan bapak. Mungkin kerana ada abang. Dulu masa setahun, abang tak suka duduk belakang, bukan ada sesiapa boleh diajak bermain.

Khaulah, semoga engkau punya kecekalan dan ketawakalan seperti Khaulah Tsa'labah. Semoga engkau punya keberanian dan kepetahan seperti Khaulah Azar. Kami berdoa semoga Allah jadikan engkau muslimah yang taat dan beriman. Amin.

Friday, December 22, 2006

George Yang Mujahid

Menjelang Perang Yarmuk berkecamuk, Panglima Romawi bernama George minta bertemu muka dengan Panglima Muslim Khalid bin Walid. George seorang satria hebat yang sangat menghargai kejantanan. Sebelum beradu senjata, ia ingin mengenali sosok yang pedang yang telah membuat banyak korban kepada pasukan Romawi.

Mereka pun saling mendekati, sampai kepala kuda keduanya bertemu. George duduk tegak di pelana mewah kuda kelas satu, dengan baju dinas lengkap bertabur pangkat dan bintang penghargaan. Sementara Khalid tampak seperti perajurit Muslim lainnya, begitu bersahaja. Ia memang tak memerlukan aksesori-aksesori seperti yang dikenakan George untuk membantunya meningkatkan kepercayaan diri
.
''Khalid!'' kata George. ''Aku minta kau berbicara jujur, kerana orang mulia tidak pernah berdusta. Jangan menipuku, kerana orang besar takut pada Tuhan untuk berdusta.
Apa Tuhan menurunkan pedang kepada Nabimu yang kemudian diberikan kepadamu sehingga dengan senjata itu kamu pasti memenangkan peperangan?''

''Tidak!'' tegas Khalid.

''Mengapa kamu dijuluki Pedang Allah?'' kejar George.

''Aku dulu termasuk yang paling membenci Muhammad, sebelum Allah memberikan hidayah kepada kami untuk memeluk Islam. Setelah menjadi Muslim, Nabi Muhammad memberiku julukan Saifullah Maslul (pedang Allah yang terhunus).''

''Apa yang kamu dakwahkan?''

''Kami mengajak bersyahadat dan beriltizam terhadapnya.''

''Kalau kami menolak?''

''Anda membayar pajak perlindungan sehingga Anda aman bersama kami.''

''Kalau kami menolak?''

''Bererti Anda mengalangi dakwah Islam sehingga kami mengumumkan perang pada Anda.''

''Bagaimana kedudukan orang yang masuk Islam hari ini?''

''Sebagai makhluk, di hadapan Allah kita sama saja.''

''Lalu apa hebatnya orang yang masuk Islam belakangan?''

''Kami yang duluan memeluk Islam, sempat hidup bersama Nabi dan menyaksikan turunnya wahyu dari Allah. Tentu lebih mulia orang yang beriman belakangan, kerana ia memeluk Islam meski pembawa risalahnya sudah tiada.''

''Apakah ucapanmu boleh dipercayai?''
''Demi Allah!'' tegas Khalid.

''Aku percaya padamu,'' kata George. Ia kemudian membalikkan perisainya tanda bersahabat, lantas berkata pada Khalid, ''Ajarkan kepadaku agama Islam.''

Khalid membimbing George ke kemahnya. Ia menimba air, lalu mengajari George bersuci. Setelah itu Panglima Romawi dituntun bersyahadat dan sholat dua rakaat.

Di luar kemah, pasukan besar Romawi yang malu dan marah pada panglimanya, merangsek pasukan Muslim. Perang berkecamuk seharian.

Ketika langit senja memerah, di antara jenazah Muslim tampak mujahid berkulit putih. Dialah George, yang hanya sempat sholat sunat dua rakaat. Walaupun hanya sekali bersolat, namun itu pun sudah sangat bererti.

Kiriman Amar di paksi.net

Wednesday, December 20, 2006

Akhbar Alam Islami

Utusan - 3 gempa gegar Sumatera -- 7 maut, 150 cedera seminggu sebelum ulang tahun kedua tsunami
JAKARTA 18 Dis. – Sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh dan lebih 150 yang lain cedera selepas tiga kejadian gempa bumi dengan kekuatan sederhana menggegarkan pulau Sumatera, Indonesia hari ini - seminggu sebelum rantau Asia memperingati ulang tahun kedua tragedi tsunami.

AT: Selain itu juga dilaporkan berlaku gegaran-gegaran kecil berjumlah hampir 30 semuanya di sekitar utara Sumatera. Apa yang menarik adalah sistem pengesan tsunami yang dipasang gagal berfungsi dengan baik. Ini mungkin disebabkan oleh sistem berkenaan yang mungkin belum melalui Acceptance Test. Atau mungkin juga kedudukan sistem pengesan tersebut yang tidak strategik. Apa yang pasti, betapa mana manusia merancang, Allah juga yang empunya perancangan yang terbaik


Gencatan senjata Fatah-Hamas -- * Elak rumitkan krisis politik Palestin * Blair kunjungi Mahmoud Abbas
BANDAR GAZA 18 Dis. – Gencatan senjata yang goyah mula berkuat kuasa antara Hamas dengan Fatah hari ini selepas pertempuran sengit selama beberapa hari hampir membawa Genting Gaza ke ambang perang saudara.

Peristiwa ini adalah lanjutan dari Mahmoud Abas mengisytiharkan pilihanraya Presiden dan kerajaan selepas 11 bulan Hamas menguasai kerajaan. Blair dan sekutu-sekutu Israel pasti gembira, kerana sejarah sudah membuktikan, sekiranya opresi dari luar gagal, talibarut-talibarut dan orang-orang suruhan yang memainkan peranan dari dalam pasti mampu mengubah pendirian mahupun situasi politik Palestin

Lage Raho Munnabhai - Filem Terbaik GIFA 2006

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL

WALAUPUN acara yang dijangka bermula tepat pukul 8 malam itu ditunda dua jam setengah atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, namun ia bukan penghalang kepada peminat-peminat artis Bollywood untuk terus melekat di kerusi masing-masing menyaksikan Anugerah Filem India Sedunia (GIFA) 2006.

Sambutan dan sorakan yang diberikan mereka memang hebat dan meriah meskipun, umum sudah mengetahui sikap ‘diva’ yang ditonjolkan oleh artis-artis Bollywood ini, namun itu bukan masalah bagi mereka untuk mengeluarkan wang membeli tiket yang bukan murah harganya.

Tiket berharga antara RM188 hingga RM888 khabarnya laris dijual. Semuanya hanya kerana mahu melihat artis pujaan mereka secara langsung.

AT: Hmm, atas nama pelancongan dan memperkenalkan Malaysia sempena Tahun Melawat Malaysia 2007, segalanya boleh sahaja dibawa masuk, samada ia virus akhlak, perosak minda atau pencemar budaya. Selain mengutip duit hasil kutipan tiket, belum kelihatan lagi di mana sebenarnya ia berupaya mempromosi Malaysia. Pelancong yang banyak ke Malaysia sebenarnya dari US, Europe dan Jepun. Bukankah baik sekiranya lebih banyak promosi di sana? Sesuaikah persembahan dengan pakaian separuh bogel itu dipertontonkan kepada Raja, Sultan dan rakyat kita? Masih adakah lagi sesiapa yang ingat makna perkataan jati diri?

Banjir: 10,000 dipindah -- Hampir semua tempat di Johor dinaiki air setelah hujan lebat sejak Ahad
KUALA LUMPUR 19 Dis. – Lebih 10,000 penduduk di hampir semua daerah di Johor dan daerah Jasin di Melaka terpaksa dipindahkan akibat banjir selepas hujan lebat berterusan sejak semalam.

AT: Ya Allah selamatkanlah semua yang terlibat Amin

Semua sumber dipetik dari Utusan, akhbar Orang Melayu Dulu, Kini dan Tak Lama Lagi.

Monday, December 18, 2006

Pengorbanan

Pengorbanan


Merenung dan bermuhasabah dengan Al-Quran

Telah lama
Aku perhatikan segala
Ombak nafsu
Menghancurkan fitrah dunia

Pedih
Luka meresah jiwa
Memusnahi impian indah

Biarkan ku tempuhi
Segala halangan pasti mendatang
Dengan sepenuh jiwa

Biarkan aku pergi
Meninggalkan dunia yang dicalar
Kerakusan manusia

Sesungguhnya yang mulia di sisi-Nya
Hanya ketaqwaan diri kita

Iringilah sayangku
Semua pengorbanan dengan doa
Harapan yang bermakna
Tempatkan Ya Tuhanku
Di singgahsana terindah di syurga
Dengan para syuhada

Biarkan aku pergi
Meninggalkan dunia yang dicalar
Kerakusan manusia

Tempatkan Ya Tuhanku
Di singgahsana terindah di syurga
Dengan para syuhada

Album : Jalan Sehala
Munsyid : NowSeeHeart
http://liriknasyid.com

Tuesday, December 12, 2006

Kombinasi halal dan alternatif


Dalam rangka melawan Israel dan sekutunya, adalah penting mengingati bahawa semua orang yang di dalamnya tersemat syahadatain (dua kalimah syahadah) untuk sama-sama berjihad melawan musuh-musuh Islam ini. Seperti hadis Rasulullah " Sesiapa yang tidur nyenyak dan bangun pagi tanpa memperdulikan urusan orang Islam, maka dia bukanlah tergolong di kalangan mereka". Oleh itu urusan Palestine juga urusan seluruh umat Islam. Jihad ekonomi usah diperkecilkan kemampuannya. Ia mampu memberikan kesan kepada multinasional-multinasional yang menentang dan menyalurkan dana kepada Israel atas nama memerangi pengganas, iaitu umat Islam. Maka perlulah ia bermula dari saat ini. Maka marilah kita sama-sama melihat barang keperluan dan makanan kita setiap hari. Boikot sebarang produk yang menyokong Israel secara terbuka mahupun tersembunyi. Sekarang ini orang-orang bukan muslim juga memboikot atas sebab-sebab tertentu. Lihat website-website yang memboikot seperti Inminds dan Boycott Israel.

Ruangan di sini akan cuba melihat produk-produk terutama makanan/minuman yang bukan sahaja tidak diboikot, tetapi juga halal dan sedap. Kalau halal tapi tak berapa sedap pun tak enjoy makan betul tak?

Monday, December 11, 2006

Tetap Hebat Walaupun Bertudung



Selalunya tajuk blog di atas untuk iklan syampu. Tetapi di Bahrain semangat bertudung mungkin lebih dari sekadar memiliki rambut cantik di sebalik tudung yang kemas dan memenuhi ciri muslimah.
Dari aspek muslimah, pakaian Ruqaya ini masih dikategorikan sebagai tak lengkap dan ada unsur-unsur aurat, tetapi, sementara kita belum ada pemenang pingat emas acara lari 200m Sukan Asia menggunakan baju kurung dan tudung labuh, mungkin ini model terbaik busana muslim dalam sukan kompetetif. Syabas buat Ruqaya Al Ghasara dari Bahrain!

Monday, December 04, 2006

Akhbar Alam Islami

Malaysiakini - Dutch proposed burqa ban condemned
Nov 20, 06 12:11pm

Foreign Minister Syed Hamid Albar has criticised the Netherlands over a proposed government ban of face veils, saying it was discriminatory and violated the rights of Muslims.

"This is again another imbalance treatment. Why can't people have the freedom to dress the way they want to dress.

"People can go naked and wear scanty dresses and yet you do not condemn them. And when people want to cover themselves that is their right," he told reporters.

Malaysia currently chairs the 57-nation Organization of the Islamic Conference (OIC).

AT - Persoalan Burqa hampir sama dengan memakai serban di Malaysia. Cuma ia tidak begitu kritikal berbanding larangan memakai tudung di Peranchis, kerana burqa dan serban pilihan untuk lebih dekat dengan sunnah, namun tidak memakainya bukannya dosa. Namun ia tetap pilihan dan hak yang wajar diperhatikan dan dipertahankan.


Utusan - AS perlu berundur 2008 -- Syor badan kajian mengenai Iraq dilihat tamparan kepada Bush
WASHINGTON 3 Dis. – Badan tertinggi yang mengkaji pelbagai pilihan strategi yang boleh diambil oleh Amerika Syarikat (AS) di Iraq mahu askar negara itu diundurkan dari bumi Iraq pada awal tahun 2008.

AT - Dengan tiada lagi sokongan dari Kongress yang kini dikuasai Demokrat, Bush dilihat tersepit bukan dari segi kuasa tetapi dari segi kelulusan kewangan. Namun umat Islam usah terlalu gembira kerana sejarah sudah membuktikan walau Presiden bertukar-ganti, namun dasar luar US tetap sama. Presiden-presiden ini hanya meneruskan agenda Yahudi dan para musuh Islam, dinaikkan menerusi pilihanraya, dipergunakan sehingga menjadi tidak popular di kalangan rakyat mereka, dibenci dan diturunkan untuk digantikan dengan Presiden yang lain, yang pada mulanya popular di atas kertas undi. Kemudian meneruskan agenda Yahudi dan para musuh Islam, sehingga menjadi tidak popular di kalangan rakyat mereka, dibenci dan diturunkan untuk digantikan dengan Presiden yang lain. Aturan yang berulang dan berulang.



IslamOnline Fri. Nov. 24, 2006 - PARIS —Seeking the best candidate to serve interests of the sizable minority, French Muslims are still undecided on whom they would vote for in the country's 2007 presidential elections.

"French Muslims are looking for a candidate whose platform lives up to their aspirations and defends their interests," Lhaj Thami Breze, Chairman of the Union of French Islamic Organizations (UOIF), told IslamOnline.net Friday, November 24.

"We will vote for any candidate who has a clear stand on burning Muslim issues like Islamophobia, racism and discrimination, the right of Muslims to build schools and mosques and to wear hijab."


AT - Melalui pilihanraya, disertakan dengan sedikit kesedaran Islam dan kesatuan atas nama Muslim, sebenarnya Umat Islam punya kekuatan dan kelebihan untuk mencorakkan masa depan sesuatu negara. Apatah lagi jumlah saudara-mara Zinedine Yazid Zidane ini berjumlah sekitar 6 juta orang. Kesatuan umat Islam secara umum selalunya boleh dicapai dengan penindasan dan tekanan fizikal dan psikologi. Inilah 'musuh' yang bisa membuat umat Islam bangkit. Kerana itu juga umat Islam di Malaysia tidak bangkit-bangkit. Musuhnya pandai bersembunyi, kabur di celah-celah istilah-istilah dan slogan kosong. Satu lagi sebab adalah jaminan kehidupan yang selamat dan dimomok-momokkan dengan hiburan yang berlebihan. Untuk apa bekerja untuk Islam kalau hidup mewah dan senang? Allahu a'lam.

Sunday, December 03, 2006

Reciter CDROM

Setelah sekian lama aku dilanda kebosanan lantaran menggunakan quran online reciter.org yang servernya asyik down. aku tekad. Untuk membulatkan tekad itu, aku pasrah dengan berterbangannya kertas-kertas, yang di dadanya tertera bahawa ianya sah diperlakukan dengan harga satu dollar US, sebanyak 18 helai semuanya. Convert ke RM, ada sekitar RM80 termasuk pos penghantaran. namun aku yakin ia mampu membuat aku ceria.


Reciter.org edisi CDROM memang tiada bezanya dengan versi internet, cuma aku tidak lagi perlu menunggu server IANA yang slow (akupun secara fitrahnya jadi DOWN GILERRR) untuk download surah yang ingin kubaca atau hafal. Versi CDROM juga sama seperti versi internet, membenarkan kita untuk menukar qari atau bahasa Inggeris atau Arab. Cuma tafsir dalam Arab dan terjemahan hanya satu bahasa yakni Inggeris. Boleh update barangkali dan kali barangnya. Insya Allah semoga diperkuatkan keazaman untuk bermuamalah dengan lebih intense dengan surat-surat cinta Allah (wording Mas Dadang) ini.

Nak copy? Boleh lagipun RM80 tu masih boleh dikongsi ongkosnya hehehe.

Saluran Berita dan Infomasi

Singapura memang sudah lama berbangga dengan ChannelNewsAsia. Indonesia pula meraikan 6 tahun operasi MetroTV. Kedua-dua saluran ini khas untuk berita dan infomasi. Malaysia bila lagi? Kalau benar-benar mahu telus, sebaiknya suara semua pihak (NGOs, personaliti mahupun parti politik pembangkang dan neutralis) tidak dihalang malah diberikan liputan media elektronik.

Thursday, November 23, 2006

Marah Meninggalkan Kesan

Tazkirah dari blogger Fadhlee Fitri Abu Bakar. JazakAllah

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.
Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut. "Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.
Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.
Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal. Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita. Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang/kesalahan di dinding hati kawan2/anda semua. Manusia tidak dapat lari dari kesilapan. kan?

Monday, November 13, 2006

Jendela hati (Saujana)



Aku ingin hidup secerah mentari
yang menghias di taman hatiku
aku ingin seriang kicauan burung
yang terdengar di jendela kehidupan

Aku ingin segala-galanya damai
penuh mesra membuat ceria
Aku ingin menghapus duka dan lara
melerai hina di dalam dada

Sedamai pantai yang memutih
sebersih hembusan embun tempat ini
dan ukhuwah ini pasti terbukti
menghiasi taman kasih yang harmoni

Seharum kesturi
seindah pelangi
segalanya bermula di sini

Thursday, November 02, 2006

Aplikasi perbankan online

Dari blogger Roy

Sekarang ini, terlalu ramai orang yang suka menipu. Termasuk lah menipu dalam perkhidmatan internet. Ada yang menggelarkan mereka ini pakar, tetapi dikalangan programmer-programmer professional, mereka ini tidak sepakar mana.

Bagaimana mereka berkerja ?. Mereka hanya mampu mereka-bentuk paparan pengguna yang ditiru bulat-bulat dari perkhidmatan internet online (maybank2u.com) misalnya, dan membuat engine budah dibelakang paparan tersebut. Engine mudah ini akan menyimpan rekod username dan password dan maklumat2 lain seperti no telefon, alamat, dsb. Setiap maklumat yang ditaip pengguna akan disimpan dalam database software atau hanya disimpan dalam template text biasa berbentuk .txt, .xml atau sebagainya (bole dibuka pula menggunakan notepad, wordpad untuk window). Jadi jangan teruja sangat dengan kepintaran dan kejahatan mereka. Sebab itu pihak polis dapat memberkas mereka kerana mereka tidak mampu meng'create' pengguna akaun bank berbentuk anonymouse / fake didalam sistem perbankan yang sebenar.

Bagaimana polis berjaya memberkas mereka ?. Ingat, mereka hanya mampu membina aplikasi melibatkan interaksi pengguna dan system mereka sahaja. Interaksi sistem mereka masih belum berjaya menembusi sistem perbankan yang sebenar. Mungkin ada para penggodam yang berjaya memasuki sistem perbankan online, tetapi di Malaysia, masih tiada kes kehilangan wang besar2 ran yang melibatkan kommuniti penggodam. Jika ada pun, mesti melibatkan orang dalam. Ingat, penggodam yang beretika tidak akan menganiaya org lain. They're playing just for fun. Dan lagi satu, penggodam yang bijak tidak akan kantoi !.

Apabila pengguna telah memasukkan username dan password dan segala maklumat melalui webpage fake ciptaan mereka ini, ape yang mereka buat ialah, mereka akan buka online banking yang sebenar (cthnya www.maybank2u.com). Dan mereka akan masukkan username dan password yang mereka telah curi dari pengguna tadi. Kemudian, mereka transfer wang pengguna tadi kedalam akaun mereka yang sebenar. Dan yang bodohnya, mereka mengcreate akaun bank mereka sendiri menggunakan maklumat asal mereka di kaunter-kaunter bank. Pihak polis hanya perlu pergi ke bank2 dan memeriksa akaun pengguna yang tertipu dan melihat transaksi terakhir mereka dan kemana duit mereka pergi. Tentu sekali duit mereka masuk ke dalam akaun penjahat2 ini. Dan penjahat ini pula menggunakan maklumat sebenar mereka semasa mendaftar akaun, atau setidak-tidaknya cap jari mereka melekat pada buku akaun. Jika mereka bijak, mereka akan cipta nama pengguna berbentuk anonymouse atau pengguna yang pseudo di setiap inci field2 dalam pangkalan data termasuk data primary key, data secondary key, password encryption, ATM details, MEPS dan dsb (database).

Memang benar, sesetengah sistem perbankan seperti maybank2u ada mempunyai aplikasi authorization dan authentication yang bole prevent dari penceroboh seperti sistem TAC. Namun perlu diingat, TAC ini bole dimanipulasi jika ada 'orang dalam' yang terlibat dalam sindiket2 tersebut. TAC ini adalah komputer generated, sepeti juga code top up hand set anda. Hanya admin sahaja yang boleh generate code ini secara automatic utk seseorg user. Kekurangan sistem ini, setiap pengguna tidak dilimitkan TAC code mereka. Jadi setiap pengguna akan mendapat TAC yang random sahaja untuk apa2 transaksi. Dan code TAC ini mempunya jangkahayat agak lama iaitu 24 jam kalo x silap. Jadi, jika admin generate code utk pengguna A contonhya pada siang hari, maka pada sebelah petang, code ini akan digunakan untuk transaksi pula. Code ini x memerlukan proses yang sulit semasa melalui proses code authorization antara pengguna dan machine pelayan (server). Sudah cukup jika kode yang dimasukkan sama dengan code yang di generate pada server(authorization process / handshaking atau dbs). Bagi mereka yang tiada basic programming dan networking, perkara ini agak memeningkan.

Jadi bagaimana untuk mengelak ?. Bagi pengguna yang kurang arif tentang selokbelok bahasa pengaturcaraan, sistem/rangkain teragih atau tidak tahu langsung tentang sistem perbankan online, elakkan dari menggunakan komputer semasa membuat pemindahan wang tunai. Jalan jauh sikit utk ke bank xpe janji duit x hilang. Jika dapat email atau sms supaya anda mengupdate akaun bank, langkah pertama hubungi bank anda dan pastikan maklumat itu betul. Atau lihat pada link yang diberi di email anda..jika dia suruh anda masuk kedalam link seperti www.johandt.tk/www.maybank2u.com/index.html , maka anda perlu hati-hati. Penjahat ini tahu, pengguna yang kurang bijak mudah tertipu dengan perkataan www.maybak2u.com. Jadi dia meletakkan perkataan itu di dalam link. Sebenarnya, perkataan itu cuma salah satu dari name directory sahaja. Seperti anda biasa lakukan bila nak create folder baru di window anda. Yang paling penting, lihat pada pangkalnya. jika pangkalnya ( www.johandt.tk atau apa sahaja) nampak meragukan, sila abaikan atau lapor pada bank2 anda. kadangkala, mereka juga bole routekan laluan surfing/internet trafik anda dengan mengaburi mata anda. Kununya mereka suruh anda klik pada www.maybank2u.com, tetapi apabila anda klik, ada tidak akan masuk ke www.maybank2u.com, tetapi anda akan masuk ke laman2 web persendirian yang palsu.

Lagi satu sila bersihkan cookie anda.

Anda tak faham ?..

Jika tidak faham, kurangkan dari menggunakan aplikasi online. Itu sahaja. Atau hubungi bank anda jika anda mendapat apa2 maklumat dari pihak yang anda tidak ketahui. Bagitahu rakan-rakan anda.

--
Regards,
Roime Bin Puniran

Saturday, October 21, 2006

Ramadhan bakal pergi, Syawal kan tiba

Sudah tidak banyak yang tinggal buat para pecinta Ramadhan. Tatkala menahan penat dan mengantuk berterawih, memang terasa keberatannya. Namun tatkala ia semakin hampir untuk meninggalkan kita, pasti akan terasa rindu kepaadanya. Begitu juga dengan lailatul qadra. Sesungguhnya sungguh banyak dugaan di sepuluh malam terakhir, bak ngomel zaujati, pada masa inilah terlalu banyak temptation membeli-belah. Pakaian dijual dengan harga diskaun dan sebagainya, perabut dijual dengan harga promosi dan sebagainya. Ia ibarat sebuku roti. Kita disibukkan untuk mendapat kulit roti, yang sekaligus melencungkan perhatian kita dari menjamah bahagian yang lebih sedap yakni isi roti. Mungkin Allah sediakan penapis paling ekstrem buat hambanya yang mahukan nikmat lailatul qadr. Pada masa ini lebih penat berjaga malam, lantaran siang sibuk mengemas rumah, bershopping mahupun memandu jauh pulang ke kampung. Semua ini perlu juga dilakukan, tetapi ia juga mengancam peluang merebut isi roti yang berharga. Semoga Allah melancarkan urusan kita.

Selamat jalan Ramadhan yang bakal meninggalkan kita. Semoga kita diberi umur setahun lagi untuk berjumpamu tahun depan.
Salam Idil Fitri. Maaf atas segala kekurangan dan kesilapan. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita.

Sunday, October 15, 2006

Ziarah Rumah Yang Pasti

Selalu aku melalui tempat itu, namun tidak pernah kuziarahi. Namun semalam aku 'digerakkan' oleh sesuatu untuk melabuhkan kenderaanku di tempat itu. Kubur tempat tinggal yang pasti.

Di dalam pemerhatianku, ada banyak kubur di sini, paling tua kubur bertarikh 1928. Ada yang baru sekitar 2005. Ada yang memang meninggal tua. Ada ramai orang yang matinya muda, ada yang belasan tahun dan ada yang sekitar 20an. Mereka ini tentunya ada cita-cita yang belum dapat dilaksanakan ketika hidup, lantaran tidak tersangka bahawa nyawa akan diminta kembali oleh Tuhan. Begitulah kita, kadangkala dalam mengejar cita-cita duniawi kita terlupa bahawa Allah boleh menarik nyawa kita bila-bila masa sahaja. Jangan sampai kita terlalu mengejar dunia dan segala isinya sehingga kita terlupa bekalan kita nak bawa kepada Allah sebenarnya masih tak cukup.

Bak sabda Rasulullah, mereka yang paling bijak adalah yang selalu mengingat mati dan membuat persediaan untuk menghadapinya. WAllahu a'lam

Saturday, October 14, 2006

Customer Support

Email lama. Asal dalam bahasa Indonesia.

Perusahaan software di Sby sedang menangani seorang client
untuk Menginstall Kasih Sayang

Customer Service (CS) : Ya, ada yang boleh saya bantu?
Pelanggan (P) : Baik, setelah saya pertimbangkan, saya ingin menginstal KASIH-SAYANG. Bolehkah anda membantu saya menyelesaikan prosesnya?

CS : Ya, saya dapat membantu anda. Anda siap melakukannya?
P : Baik, saya tidak mengerti secara teknik, tetapi saya sedia untuk menginstalnya sekarang. Apa yang harus saya lakukan dahulu?

CS : Langkah pertama adalah membuka HATI anda. Tahukan
anda di mana HATI anda?
P: Ya, tapi ada banyak program yang sedang aktif. Apakah saya
tetap boleh menginstalnya sementara program-program tersebut aktif?

CS : Program apa saja yang sedang aktif?
P: Sebentar, saya lihat dulu, Program yang sedang aktif adalah SAKITHATI.EXE, MINDER.EXE, DENDAM.EXE dan BENCI.COM.

CS : Tidak apa-apa. KASIH-SAYANG akan menghapus SAKITHATI.EXE dari sistem operasi Anda. Program tersebut akan tetap ada dalam memori anda, tetapi tidak lama karena akan overwritten dengan program lain.
KASIH-SAYANG akan overwrite MINDER.EXE dengan modul yang disebut PERCAYADIRI.EXE. Tetapi anda harus mematikan BENCI.COM dan DENDAM.EXE. Program tersebut akan menyebabkan KASIH-SAYANG tidak terinstal secara sempurna. Dapatkah anda mematikannya?
P: Saya tidak tahu cara mematikannya. Dapatkah anda membantu saya?

CS : Dengan senang hati. Gunakan Start menu dan aktifkan
MEMAAFKAN.EXE. Aktifkan program ini selalu sehingga BENCI.COM dan DENDAM.EXE terhapus.
P: OK, sudah. KASIH-SAYANG mulai terinstal secara automatik. Apakah ini wajar?

CS : Ya, anda akan membaca mesej bahwa KASIH- SAYANG kan terus diinstal kembali dalam HATI anda. Apakah anda melihat mesej tersebut?
P: Ya. Apakah sudah selesai terinstal?

CS : Ya, tapi ingat bahwa anda hanya punya program dasarnya saja. Anda perlu mulai menghubungkan HATI yang lain agar untuk mengupgradenya.
P : Oops. Saya mendapat mesej error. Apa yang harus saya lakukan?

CS : Apa mesejnya?
P: ERROR 412 - PROGRAM NOT RUN ON INTERNAL COMPONENT". apa ertinya?

CS : Jangan risau, itu masalah biasa. Ertinya, program KASIH-SAYANG diset untuk aktif di HATI eksternal tetapi belum bisa aktif dalam HATI internal anda. Ini adalah salah satu kerumitan pemprograman, tetapi dalam istilah non-teknik ini berarti anda harus
meng-"KASIH-SAYANG"-i mesin anda sendiri sebelum meng-"KASIH-SAYANG"-i orang lain.

P: Lalu apa yang harus saya lakukan?

CS : Dapatkan anda klik pulldown direktori yang disebut "PASRAH"?
P: Ya, sudah.

CS : Bagus. Pilih file-file berikut dan salin ke direktori "MYHEART" MEMAAFKAN-DIRI-SENDIRI.DOC, dan MENYADARI-KEKURANGAN.TXT. sistem akan
overwrite file-file konflik dan mulai memperbaiki program-program yang bermasalah. Anda juga perlu mengosongkan Recycle Bin untuk memastikan program-program yang salah tidak muncul kembali

P: Sudah. Hei! HATI saya terisi file-file baru.
SENYUM.MPG aktif dimonitor saya dan menandakan bahwa
DAMAI.EXE dan KEPUASAN.COM dipindahturun ke HATI.Apakah ini wajar?

CS : Kadang-kadang. Orang lain mungkin perlu waktu untuk memindahturunnya.
Jadi KASIH-SAYANG telah terinstal dan aktif. Anda harus boleh menanganinya dari
sini. Ada satu lagi hal yang penting.

P: Apa?

CS : KASIH-SAYANG adalah freeware. Pastikan untuk memberikannya kepada orang lain yang anda temui. Mereka akan share ke orang lain dan seterusnya sampai
anda akan menerimanya kembali.
P : Pasti. Terima kasih atas bantuannya.

CS : Jangan lupa diberi ANTI VIRUS shg file-file penting di direktori
myHEART tidak rusak.
P : Ok...Ok...Thanks

Thursday, October 12, 2006

Kurma Membotakkan Kepala!

Assalamualaikum,

Dari ceramah Yg Bhg. Ustaz Ismail Kamus. :-)

Dari pemerhatian Us. Ismail Kamus, beliau menasihatkan bagi golongan kebanyakan supaya mengurangkan makan kurma terutama kurma nabi atau kurma Najwa.

Ini adalah kerana kurma ini boleh mendatangkan side effect kepada kesihatan
manusia, iaitu mendatangkan masalah kebotakan kepala terutama bagi rakyat
kebanyakan.

Kesan sampingan kurma nabi ini diperakui oleh para doktor , akan wujudnya
masalah kebotakan bagi golongan rakyat kebanyakan jika di amalkan hari-hari.

Tapi yang pasti ramai tak percaya , termasuk lah saya .

Tapi Yg. Bhg Ustaz Ismail Kamus ada hujahnya ;










" Mana Tak BOTAK kepala, kalau hari - hari makan atau sedekah Kurma Najwa
yang harganya RM120 sekilo, orang kaya boleh le, ni kita bukan kepala je
BOTAK , poket pun Rabak. "


wassalam

Tuesday, October 03, 2006

Radio Pembina Minda

Ketika siaran radio lain sibuk dengan isu wanita muda mencari lelaki berusia, matang dan kaya, atau mendail bagai nak rak untuk mendapat peluang menelefon untuk bercakap hal-hal yang tak berfaedah, ataupun peluang menang hadiah yang belum tentu dapat melebihi bil telefon ataupun sms, ada satu siaran radio yang ternyata matang dan membina. IKIM banyak mengenengahkan tentang peluang menjadi usahawan, info tentang produk halal, perkembangan mutakhir umat Islam seluruh dunia, ulasan buku dan belajar bahasa, selain dari ceramah, bacaan al-Quran dan lagu-lagu nasyid yang menjadi trademarknya. Kepada sahabat-sahabat yang sudah barangkali bosan, bolehlah tune ke radio IKIM, lebih berinformasi dan menenangkan jiwa.

Sunday, October 01, 2006

Thalhah 3 Tahun

Anak bapak, itu panggilan kami yang merujuk kepadannya. Memang ia strategi kami warisi dari Tuk Ayahnya. Dalam peringkat awal menerima adik, si abang biasanya masih mahu bermanja dan ingat adik merupakan semacam rival untuk mendapat perhatian. Jadi ayah akan memainkan peranan dan memanjakan si abang lebih-lebih supaya dia tidak terasa terpinggir oleh ibu yang perlu memberi perhatian lebih kepada si adik. Memang dalam transisi perhatian begini, agak struggle kerana ia efektif kalau kedua-dua parents ada, tetapi kalau ayah belum balik kerja, si abang memang memerlukan perhatian ibu. Mujur juga Thalhah gentlemen, jarang mengapa-apakan adik. Selalu kami tekankan bahawa dia adalah abang yang perlu sayang dan jaga adik.

Message untukmu Thalhah
Sudah tiga tahun umurmu ya Thalhah. Sudah mula mengerti arahan-arahan dan perkara-perkara mudah yang bapak minta atau ceritakan. Sudah boleh dilawan berborak. Dah tak pakai diapers kecuali malam, itupun sampai terjerit-jerit kami minta engkau ke tandas ketika masih di dalam toilet train. Harijadimu kami sambut sederhana, kerana Rasulullahpun takde siapa buatkan kek untuknya, baginda pun tak ajar kita untuk celebrate birthday. Cuma sekadar mengingati, dan mengulang-ngulang sebut tentang tuanya engkau sekarang ini. Kek lapis prun yang Mama tempah telah kami agih-agihkan ke ibu dan keluarga Wan di kampung.

Thalhah, sudah tiga tahun ni jangan asyik nak mengada-ngada. Ada banyak perkara yang perlu engkau fahami. Tumpuanmu bukan lagi kepada Mama semata-mata. Tetapi peringkat ini Shahmi, Muazam dan Hamzah adalah teman-temanmu yang akan engkau habiskan masa bersama. Banyak yang kulihat engkau belajar daripada mereka. Kepetahanmu menyebabkan aku kadangkala rimas menjawab soalan-soalanmu. Aku masih menanti-nanti bilakah masanya engkau akan bertanya soalan yang bermula dengan "Kenapa?". Ketika itu sudah tentu engkau semakin ingin tahu dan kompleks. Sekiranya engkau membaca catatanku ini, aku mahu engkau tahu leter dan cubitku bukan atas rasa marah. Aku dan mama akan cuba menghindari sekiranya kami menghukummu dalam keadaan marah. Kami sayangkan engkau.

Aku juga minta maaf kera tidak semua masa luangku, terutama di sebelah malam atau hujung minggu diperuntukkan untukmu, sedangkan engkau sangat-sangat membutuhkan masa dan kesempatan itu untuk bersamaku. Aku akan cuba memanfaatkan masa luang yang ada dengan sebaiknya insya Allah. Semoga suatu masa nanti aku boleh menceritakan mengapa dan bagaimana sesuatu perkara itu terpaksa dilakukan. Berjumpa lagi dalam catatan ke empat tahun.

Ramadhan yang datang bersama hujan

Ramadhan yang kembali bagaikan mutiara
Berkilau bersinar berkerdipan
Subur hati seluruh bumi beramal
Dan zikir berpuput lembut

Ramadhan yang bersemi di waktu hujan turun
Menyirami ketandusan hati
Dan hujan mungkin turut mengiringi lailatul qadr ini

Begitu banyak rahmat bercurahan
Begitulah Ramadhan ini
Semesra terawih yang dirindui
Begitulah hati ini

Hujan yang sering turun bersama tahajud ini
Bersama sebak, bersama rindu
Ramadhan datang dan bakal pergi jua
Rindu lagi...

Lirik asal lagu Sudirman Hujan

Wednesday, September 27, 2006

Blog yang semakin perlahan

Bukan main susah nak tulis blog sekarang. Lambat betul server blogger lately. Frekuensi menulis juga semakin berkurang. Harap-harap prestasi Ramadhan ni jangan begitu. Selamat berRamadhan!

Tuesday, September 26, 2006

Tazkirah: Semut

Semut adalah makhluk yang istimewa kerana di sebut di dalam al-Quran. Sila lihat
27.18-19

Secara umumnya kita boleh mendapat beberapa ibrah dari semut dan sifatnya:
Sifat bekerja sama
Rajin
Ada pelbagai specialization
Ketaatan
Ada halatuju - wandering aimlessly tapi sebenarnya mencari makanan
Bila jumpa makanan, dia tak makan sorang tetapi dia akan inform yang lain
bagaimana? Tiada microphone atau walkie-talkie. Dia akan tinggalkan pheramone trail.
Yang lain akan menyusul kemudian.
Path ini akan dioptimumkan oleh semut2 lain.

Semut adalah contoh terbaik untuk beramal jamaie atau kata umumnya semangat bekerja-sama dan bermuafakat. Tidak pernah kepentingan peribadi mendahului kepentingan peribadi. Sila rujuk juga CD Presentation dari Harunyahya.com untuk melihat keajaiban semut.

Thursday, September 14, 2006

Retro: Aku Geram Ni

Email lama. Mengenai Boikot.

AKU GERAM NI...
Aku geram ni,
US, Israel, Yahudi tak sedar diri,
Mengganas, membunuh kerjanya lagi,
Orang Islam bagai hilang gigi,
Melawan dikata Islam zalim, keji,
Nak lawan, dihalang birokrasi,
Tak lawan, alasan menggunung tinggi,
Tambah dosa lagi.

Aku geram ni,
Benci punya benci,
Rupanya aku ada juga 'support' si bedebah ni,
From head to toe, diorang dalangi,
Badan dan jiwa campur benda tak suci,
Sebab tulah, doa tak makbul hingga kini.


Aku geram ni,
Dulu syampu Pantene aku langgani,
Head & Shoulder, Sunsilk pun digemari,
Sekarang sebab marahkan Yahudi,
Sabun ketul pun, rambut ku boleh cuci.

Aku geram ni,
Zest, Lux, Camay, Dove rangkaian sabun mandi,
Sental badan buang peluh dan daki,
Rupa-rupanya dana mereka bertambah bila kita beli,
Aku tak rela, langsung sabun cap kapak ku guna pun wangi.

Aku geram ni,
Dulu, sebab nafsu perut ku ni,
'Santap' di Pizza Hut, McDonald, Paradise, Kantis + KFC,
Tak cukup dengan itu, McBurger, Arby's, Tika pun disinggahi,
Sekarang allergik, meluat lagi,
Walaupun tak pandai masak, lebih rela makan nasi basi.

Aku geram ni,
Jejaka di sana minum Coca Cola & Pepsi,
Rupa-rupanya Pay Every Penny To Save Israel,
Di sebelahnya pula sedang 'tonyoh' gincu Revlon bikin mulut seksi,
Berkepit ke sana ke mari,
Betapa hukum diinjak dengan kaki.

Aku geram ni,
Memang aku hantu biskut dan roti,
Samba, Fun, Hohos, Cup Cake & Twinkies,
Sampai bila-bila pun ku takkan sentuh lagi,
Ibarat memuaskan selera dnegan peluru besi,
Membunuh muslim mujahidin termasuk baby.

Aku geram ni,
Dengar kaset nasyid & ceramah, walk man guna bateri,
Duracell, Energizer, & Eveready,
Harapkan pahala bertambah, ilmu pun dapat lagi,
Sedar tak sedar, dosa ku beban diri,
Cari bateri lain barulah ilmu diberkati,
Lebih mudah dihayati dan di amali.

Aku geram ni,
Mulai saat ni,
Perisytiharaan baraah perlu dalam diri,
Putuskan hubungan dengan Amerika & Yahudi,
Yang selama ini Islam dimusuhi,
Lumpuhkan ekonomi mereka itulah janji,
Buat apa kita beli

p/s : Bantulah saudara islam kita di palestin dengan memboikot barangan Israel.

Thursday, August 31, 2006

Makan dulu!

Dari blogger A'sim:

kita biasa dgr org kata (kite pun pernah cakap camtu gak kot)..antara makan dgn solat,kene dahulukan makan dulu...betul ke?!
takkan makan lagi penting dari solat kot?
ke orang yg cakap mcm ni, depa memandai je kot
so camne?

dari `Aisyah r.a, katanya: "Saya dengar RasuluLlah saw bersabda: "Tidak sempurna solat seseorang ketika ada makanan di depannya dan tidak sempurna juga solat orang yg menahan dua kotoran"-keinginan utk buang air dan buang angin-

Riwayat Muslim-Hadith 1750, Riyadussolhin, jilid 2,bab 339.

nampaknya org yg cakap macam rupanye depa x memandai..ada hadis rupanya sebut macam tu..

Friday, August 25, 2006

Si Ibu peminta sedekah

Bila kita mempunyai anak, secara sedar atau tidak, kita akan punya lebih sensitiviti tentang sesuatu yang berlaku di sekeliling kita. Lebih-lebih lagi bila melibatkan ibu & anak-anaknya. Di Lahore ini, atau umumnya di Pakistan, sensitiviti itu memang sentiasa terusik & kadangkala bikin jiwa jadi insaf. Apatah lagi bila berjauhan dari keluarga.

Pemandangan selepas solat Jumaat adalah sangat biasa. Peminta-peminta sedekah terlalu ramai. Perempuan tua & kanak-kanak. Namun bila terpandang seorang ibu muda menatang bayi lepas hari, terus naluri kemanusiaan tersentuh.

Bukan kerana tidak pernah jumpa ibu mengendong anak kecil meminta sedekah. Ia bukan sesuatu yang luar biasa, samada di sini mahupun di tanahair.

Pengalaman indah bersama bayi berumur sesaat sebanyak dua kali memberi pengajaran mengapa ibu sangat RasuluLlah muliakan. Oleh itu pemandangan seorang ibu dengan anak adalah bahan tazkirah yang sangat menginsafkan.

Perkara yang menyentuh hati adalah bayi itu bukan bayi setahun mahupun sebulan tetapi seminggu, mungkin tidak sampai seminggu usianya. Memang sukar membezakan umur sehari dengan seminggu dari sekali lmbas, namun berdasarkan pemerhatian bayi berkenaan terlalu kecil untuk survive cuaca & udara panas & berdebu. Si ibu pula sudah tentu masih berpantang, menimbulkan pertanyaan: Mana sibapa?
Tangannya yang kecil mulus tetapi tampak kering & malnutrisi sudah cukup membuat diri sebak. Sukar menahan air mata ego seorang lelaki dari mengalir.

Hidup ini memang susah, sempit & perit. Tetapi apalah sangat dugaan hidup ini jika dibandingkan dengan perjuangan sesuap gandum yang terpaksa ditempuh siibu ini setiap hari?

Emak... terima kasih kerana bersusah payah membesarkan aku. Mungkin tidak sampai ke peringkat meminta belas kasihan orang lain, tetapi keperitan hidup dalam menyara anak tetap terasa di dalam kapasiti yang berbeza. Semoga kita akan tetap memelihara hubungan dengan ibu kita atas apa jua perbezaan dan perselisihan.

Tuesday, August 22, 2006

Posting dari Karachi III

Kunjungan kali kedua ke Karachi. Memang tidak ada banyak yang berubah. Mungkin lebih teruk kerana banjir besar. Oleh kerana jarang hujan. Karachi merupakan antara bandaraya atau ibu negara yang, tidak mempunyai sistem perparitan. Namun, rasanya cukuplah cerita yang negatif di sini. A lot of lesson already learned. Mari kita lihat dari aspek positif.

Di Karachi ni sangat-sangat jarang jumpa kita boleh berjumpa dengan orang gemuk, kebanyakan kurus atau sederhana. Jarang juga kita lihat orang memakai cermin mata. Rasanya kadar darah tinggi, kencing manis dan sakit jantung juga kurang. Mereka jarang demam atau batuk selsema walaupun cuaca panas terik kering dan berdebu. Mungkin faktor adaptasi paru-paru. Namun satu perkara yang pasti, mereka merupakan masyarakat yang kuat dan sihat. Macam kata nenek "Negara kita orang mati pasal makan, bukan macam negara susah yang orangnya mati pasal tak makan".

Selain itu, amat jarang untuk kita lihat perkara-perkara berunsurkan maksiat. Tiada konsert-konsert, disko atau lounge. Juga tiada couple-couple, takde awek berpakaian sendat dan perempuan biasanya berjalan bersama teman sejantina ataupun suami dan anak-anak. Mereka sangat menjaga wanita. Lelaki semacam menjauhkan diri atau memberi ruang secukupnya kalau wanita berlalu atau bergerak. Mereka semacam ada formula untuk memelihara maruah wanita, sekalipun wanita itu bukan ahli keluarga mereka. Formula yang menjadi semacam budaya. Formula dari langit. Sesuatu yang masih belum ditemui oleh Kementerian Wanita atau SIS. Di hotel kami menginap juga sangat menjaga bab-bab maksiat ini. Papantanda tidak membenarkan tetamu hotel membawa masuk tetamu wanita ke bilik mereka, terpampang di mana-mana. Agak-agak boleh tak hotel-hotel di Malaysia buat seperti ini?

Basnya terbahagi tiga, kawasan pemandu, kawasan wanita dan lelaki. Kaunter sepasang seperti di Imegresen, supermarket dan sebagainya, pasti dihuni oleh rakan sekerja sejantina. Apa agak-agaknya formula itu? Entah Mungkin "La takrabuzzina"?

Wednesday, August 16, 2006

Logo Halal Yang terkini dan sebenar

Rasanya tidak ramai termasuk saya yang sedar tentang kronologi logo halal. Oleh itu bila saya dapat ppt tentang ini, rasanya elok kalau kita kongsikan bersama.

Biasa dengan logo halal begini?


Ia adalah logo halal yang biasa kita lihat. Ia tidak dijamin kehalalannya.

Bagaimana pula dengan ini? Ia logo lama. Sepatutnya pengeluar makanan dah tak guna logo 1994-1997 ini.

Ini pula logo halal yang haram. Ia merupakan logo tiruan yang dibuat oleh pengeluar yang pandai menggunakan Adobe Photoshop.

Ini logo yang terkini dan sebenar. Label H-10 melambangkan kod Selangor (10). Negeri lain mungkin H1-9. Itu saja.

Tuesday, August 08, 2006

Terkini

TERKINI!!!Umat Islam seluruh dunia diminta membaca surah AL-FATH ayat 26 (tgk maksud) kerana sejumlah 10000 tentera yahudi sedang memasuki Lebanon...

48.26 While those who disbelieved were enraged, and their hearts were filled with the pride of the days of ignorance, GOD blessed His messenger and the believers with peaceful contentment, and directed them to uphold the word of righteousness. This is what they well deserved. GOD is fully aware of all things.

A Big Thank you To All Starbucks Customers

A Big Thank you To All Starbucks Customers
Written by Howard Schultz
Tuesday, 11 July 2006

Dear Starbucks Customer,

First and foremost I want to thank you for making Starbucks the $6.4 billion global company it is today, with more than 90,000 employees, 9,700 stores, and 33 million weekly customers. Every latte and macchiato you drink at Starbucks is a contribution to the close alliance between the United States and Israel, in fact it is - as I was assured when being honoured with the “Israel 50th Anniversary Friend of Zion Tribute Award” - key to Israel’s long-term PR success. Your daily chocolate chips frappucino helps paying for student projects in North America and Israel, presenting them with the badly needed Israeli perspective of the Intifada.
Starbucks, through the Jerusalem Fund of Aish HaTorah, an international network of Jewish education centres, sponsors Israeli military arms fairs in an effort to strengthen the special connection between the American, European and Israeli defense industries and to showcase the newest Israeli innovations in defense. As my contribution to the fight against the global rise of anti-Semitism, the reason behind the current conflict in the Middle-East, I help Aish HaTorah sponsoring the website "honestreporting.com” and produce material informing of Israel’s side of the story.



Without you, my valued customer, I wouldn’t be able to raise hundreds of millions of dollars each year to support Israeli citizens from terrorist attacks and keep reminding every Jew in America, to defend Israel at any cost. $5 billion per year from the US government are no way near enough to pay for all the weaponry, bulldozers and security fences needed to protect innocent Israeli citizens from anti-Semitic Muslim terrorism. Corporate sponsorships are essential.
Having the bigger picture in mind, Starbucks have donated a store to the US army to help in the “War on Terror”. I cannot emphasise enough, how vital the “War on Terror” is for the continued viability and prospering of the Jewish State.
So next time you feel like chilling out at a Starbucks store, please remember that with every cup you drink at Starbucks you are helping with a noble cause.
Howard Schultz
Chairman & Chief Global Strategist
Starbucks Coffee Stores

Last Updated ( Friday, 14 July 2006 )


please go to this website to know more

www.ziopedia.org/content/view/578/1/

Tuesday, August 01, 2006

Lina Joy dan Yahudi

Lina Joy dan Artikel 11

Ramai orang apabila ditanya tentang isu Lina Joy, terkebil-kebil tidak tahu. yang tahu pula, mengaitkannya pula dengan isu politik kerana ada political milage yang boleh dikutip oleh pihak-pihak yang tertentu. Namun sebenarnya ia adalah isu akidah kerana ia melibatkan proses meruntuhkan institusi keluarga Islam yang dirancang dengan perlahan tetapi halus dan teliti.

Ia mungkin bersifat kes peribadi tetapi ia boleh digunakan untuk meminda perlembagaan dan menukar sistem kepercayaan dan kekeluargaan. Bayangkan jika anak-anak kita lahir tanpa agama yang diiktiraf dan boleh mengisytiharkan agama ketika berumur 18?

Palestin dan Lubnan

Ramai orang apabila ditanya tentang isu Palestin dan Lubnan, terkial-kial cuba memahami. Yang tahu pula, tidak ambil peduli. Pada mereka ia adalah peperangan dua bangsa yang terlalu biasa berlaku. Ada juga yang menganggap ia isu membenteras keganasan. Sedangkan ia adalah isu agama dan kedaulatan watan Islam. Justifikasi memerangi kedua-dua negara sangat lemah iaitu sebahagian usaha US-Israel membenteras keganasan dan Israel mempertahankan diri.

Pembunuhan, perkosaan dan penyiksaan setiap hari ke atas umat Islam di Iraq adalah
keganasan. Sukar untuk melihat media barat memaparkan hasil kerja peluru dan bom Israel di bumi Lubnan dan segala isinya. Seolah-olah ia berkenaan Hezbollah dan Israel sahaja. Memerangi negara lain atas alasan mempertahankan diri adalah bukti dunia ini sudah gila dan tidak rasional, apatah lagi jika ia kenyataan Presiden Amerika dan di sokong PM Britain.

Kalau rakyat US atau Israel, pastinya mereka kutuk dan balas sehabis-habisnya. Kalau
kanak-kanak dan wanita Islam yang berdarah atau hilang anggota badannya, tidak ada
sedikitpun rasa simpati. Adakah sebegitu murah nyawa umat Islam? Tidak adakah manusia yang rasional di dunia ini?

Wednesday, July 26, 2006

Anti Murtad

HEBAHKAN: Himpunan Raksaksa Anti Murtad Ahad ini!!!!


--------------------------------------------------------------------------------


Urusetia Himpunan Raksaksa Anti Murtad (Peringkat Negeri Selangor)


HIMPUNAN RAKSAKSA ANTI MURTAD NEGERI SELANGOR
(Membongkar gejala murtad, Islam Liberal, IFC dan Kumpulan Artikel 11)

Tarikh : 30hb Julai 2006 (Ahad)
Masa : Jam 8.30 pagi-12.30tghari
Tempat : Dataran Surau An-Nur, Fasa 1, Bandar Baru Bangi, Selangor (berhampiran Darussyifaa')

Pemidato : 1) Sdr Yusri Hj. Mohamad (Presiden ABIM/Pengerusi Gabungan NGO
Pembela Islam)
2) Haji Sulaiman Abdullah (Peguam dlm kes Lina Joy @ Azlina Jailani)
3) Prof Dr Abdul Aziz Bari (Pakar Undang-Undang UIAM)
4) Sdr Mohamed Hanipa Maidin (Peguam kes serban Meor Atiqrahman)
5) Dato Haji Muhamad Burok (Persatuan Peguam Syarie Malaysia)
6) Sdr Zulkifli Noordin (Exco Peguam Pembela Islam/Noraishah Bukhari)
Moderator : Ustaz Haji Shafie Ngah (Peguam Syarie/Persatuan Penduduk Bangi)

Anjuran bersama : Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi/Surau-Surau
Gabungan NGO-NGO Bandar Baru Bangi
Jaringan Siswazah Malaysia (JASA)
Front Bertindak Anti Murtad (FORKAD)
Dengan kerjasama : Gabungan NGO Pembela Islam (PEMBELA)

Thursday, June 29, 2006

Makan tangan kiri

Dari blogger 'Asim: Kita biasa melihat saudara, kawan, hatta orang cerdik pandai minum dengan tangan kiri, ataupun menghirup kuah tomyam ke, sup ekor ke dengan tangan kiri.

Sesungguhnya amalan makan dan minum dgn tangan kiri itu amalan syaitan..mari jauhinya..

Dari Jabir ra katanya: Rasulullah s.a.w bersabda : "Janganlah kamu semua makan dengan tangan kiri, sebab sesungguhnya syaitan itu makan dengan tangan kiri." (riwayat muslim) hadis 1631-riyadusSolihin,jld 2,bab 293

dari Ibn Umar ra bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda :
"Janganlah sekali-kali seseorang di antara kamu semua makan dengan tangan kirinya dan janganlah sekali-kali pula minum dengannya, kerana sesungguhnya syaitan itu makan dengan tangan kirinya dan minum pun dengan tangan kirinya."
(riwayat muslim)hadis 1632-riyadusSolihin,jld 2,bab 293

Kawan: Aku guna tangan kiri makan mee sup, tapi guna sudu, tak pe kan?
AT: ?????!

Thursday, June 22, 2006

Propaganda dalam Piala Dunia

Piala Dunia, jika dilihat dari perspektif yang lain, merupakan medan terbaik menyebar dakyah Kristian. Buktinya mudah. Setiap kali pemain yang menjadi idola membuat tanda salib, samada ketika menjaringkan gol mahupun ketika tamat separuh masa, pasti akan disorot lensa kamera secara gerak perlahan (slow motion). Bukan sahaja pemain, tetapi juga pengadil. Memang kebiasaannya bila pengadil meniup wisel penamat, kamera akan tertumpu kepadanya.
Apabila England bertemu Argentina di Piala Dunia 1986 (ke 1990?), peminat bolasepak Argentina menjadikan ia sebagai medan balas dendam lantaran Perang Falkland pada 1982. Begitu juga ketika Iran menewaskan USA ketika Piala Dunia 1998. Ia dilihat sebagai kemenangan perang oleh rakyatnya. Ketika Piala Dunia ini, sesuatu yang hodoh telah berlaku. Ketika meraikan kemenangan, salah seorang pemain Ghana telah mengibarkan bendera sebuah negara yang sudah tentu bukan bendera negaranya dan bukan juga negara yang memasuki pusingan akhir Piala Dunia ini. Israel. Ia berlaku ketika Ghana menentang Republik Czech. Ketika perlawanan menentang USA, seorang pemain Ghana juga, menunjukkan baju yang memaparkan Jesus versi Afrika. Ironinya, penjaring gol pertama perlawanan, Haminu Draman (Draman macam nama orang Terengganu) melakukan sujud syukur sebaik sahaja menjaringkan gol. Begitu juga Razak Pimpong dan beberapa pemain lain. Ia petanda yang bagus, memandangkan sebahagian besar penduduk negara itu beragama Kristian.

Tuesday, June 20, 2006

Posting dari Karachi II

Perbezaan masa, hmm 3 jam ngam ngam lebih lambat. Contohnya kalau di Malaysia pukul 7
petang, di Pakistan sekitar 4 petang. Maknanya siaran bolasepak Piala Dunia paling lambat sekitar 12 tengahmalam. Balik office terus tengok bola. Orang Pakistan yang berkemampuan boleh memiliki TV dengan pinggan sendiri. Dengan kata lain TV satelit. Hampir 90 saluran.

Namun suasana di kedai-kedai pada waktu malam adalah sangat tenang. Oleh kerana di rumah sudah ada TV yang menyiarkan siaran secara langsung, sangat jarang orang berkumpul di luar seperti di Malaysia. Atau mungkin juga orang Pakistan tidak kisah sangat kerana sukan nombor satu adalah kriket. Ada juga teman yang tersasul masa. Pukul 9 pagi Malaysia dah gelabah nak pergi customer site office. Sedangkan waktu tempatan baru jam 6 pagi. Biasalah.

Subuhnya sekitar 4 pagi, maknanya lewat satu jam dari Subuh di Malaysia. Oleh kerana
subuhnya awal, matahari keluar jam 5 pagi. Dari jam 5 pagi hingga 8 pagi, masa yang panjang untuk keluar rumah menuju tempat kerja. Sistem pengangkutan awam banyak walaupun tidak sanggup kunaiki. Oleh itu pergerakan orang di sini agak perlahan berbanding Jepun atau mungkin Malaysia. Satu lagi yang menarik ialah ia hanya dua jam perjalanan ke Jeddah. Mungkin lain kali sempat beli tiket ke sana untuk buat umrah.

Selalunya keadaan di bandar Karachi adalah tenang dan aman walaupun tidak digalakkan
berjalan malam. Cuma kebetulan sekarang ini berlaku sedikit kekacauan apabila anak buah ketua samseng mengamuk dengan menghujani peluru di Korangi, gara-gara kematian ketua mereka di penjara. Kawasan rakyat miskin seperti Saddar juga tidak selamat untuk berjalan berlenggang-lengguk kerana penjenayah boleh merompak hanya untuk mendapatkan handphone.


Pemandangan dari bilik hotel
Beberapa tempat shopping high class adalah Forum dan Cliffton. Beberapa tempat harga patut adalah CSD dan Zaynab, selain bazar-bazar di Saddar. Tak shopping sangat, temankan rakan-rakan.


The Forum

Hanya tiga barang yang betul-betul murah. Karpet, pakaian kapas dan jaket kulit. Selain itu ia setanding dengan harga di Malaysia dan kadang-kala lebih mahal. Satu lagi kalau sampai sini cuba cari mangga Karachi. Murah RM1.20 sekilogram dan manis, mungkin kerana cuaca panasnya yang konsisten. Walaupun panas, Karachi sangat kuat berangin.

Kami pernah menjamu selera di Niihari, Boat Basin, selatan Karachi yang dekat dengan tepian pantai. Sekitar Rs1000 (RM64), enam orang yang kuat makan akan surrender dengan mudah. Kebab (kebabnya berbentuk kuih gulung dan plain kebabnya diikat dengan benang), nan dan tandorinya bukanlah asing, namun cuba gulai kambingnya, pasti tertawan. Kalau seminggu duduk sini memang confirm naik lagi sekilo dua.


Kuah kambing yang umph!


Percaya tak roti ni 24sen?


Pelikkan kebab dia?

Tempat kerja sekitar 10 kilometer sahaja dari hotel, oleh itu kami menggunakan teksi roda tiga atau istilahnya tut-tut sahaja kerana malas membayar pemandu teksi yang cekik darah, kadangkala mencecah Rs200 atau kira-kira RM12. Lagi pandai dia berbahasa Inggeris lebih tinggi demandnya. Naik tut-tut pula sekitar 50-70 Rupee sahaja, iaitu kira-kira RM3-4.

Thursday, June 15, 2006

Posting dari Karachi

Ini kali pertama aku ke luar negeri (kecuali kalau pergi Singapura boleh dianggap 'oversea'). Urusan kerja. Alhamdulillah Pakistan tidaklah terlalu asing dari aspek makanan, agama dan bahasanya. Bukan kerana aku boleh berbahasa Hindustan. Berada di sini dan mendengar penduduk tempatan, seolah-olah menyaksikan filem Hindi yang tak habis-habis.

Perjalanan ambil masa 5 jam. Walaupun pergi berempat tetapi dah habis topik berborak. Quran dan Koran. Tidur dan makan. Bosan sungguh dalam kapal terbang. Kalau dia sediakan satu padang bola main futsal mungkin OK juga.

Airportnya buat kita sedar mengapa rakyat kita bangga dengan KLIA walaupun harga minyak melambung. Jalannya memang kurang baik, seumpama Malaysia 70 atau 80an. Orang di sini kalau nak bawa kereta kena pastikan hon boleh berbunyi. Lagi kuat lagi bagus. Ini kerana laluan di tengah kota umpama jalan pasar malam. Orang bersimpang siur melintas. Bas-basnya berhias warna-warni tetapi secara teknikalnya takkan dilepaskan oleh JPJ untuk beroperasi.

Ramai yang naik motor dan mungkin secara kebetulan, kebanyakan penunggang yang kami temui samada memakai full face helmet (serius, bukan yang guna wiser tu) atau tidak guna helmet langsung. Aku berseluruh dengan mengatakan mungkin undang-undang di sini, sekiranya tak pakai helmet tidak mengapa, tetapi jika mahu pakai juga, sila pastikan ia helmet full face. heheh

Rakan-rakan ingatkan masalah keracunan atau cirit-birit kerana perut yang manja tak pernah jumpa bakteria (terima kasih Diamond Water Purifier) mungkin meragam gara-gara membiasakan diri dengan air di sini. Namun AlhamduliLlah aku OK.
Duitnya dalam rupee Pakistan. 1 rupee bersamaan kira-kira 60sen. Agak murah tetapi tidaklah murah sangat barang-barangnya. Orang di sini tidaklah semesra dan seperamah masyarakat kita dengan pelancong. Namun mereka komited untuk membantu sekiranya ditanya.
OK sambung lagi nanti...

Monday, June 05, 2006

Bala Diundang Sengaja

Kita ni memang suka memperlekeh dan menipu secara terang-terangan
memperbodohkan ulama dan pecinta Islam nuktoh (takde tambah-tambah di belakangnya)
ingat tak?
pernah seketika dahulu
setelah satu konsert ini difatwakan merosak,
kita cool down dulu, tangguhkan karnival2 lain
kita ketengahkan nasyid-nasyid semuanya
biar para ulama tahu konsert kita takde unsur-unsur maksiat
lelaki perempuan bercampur bergesel dan berpeluk - itu bukan maksiat kerana Raihan yang nyanyi
banyak kondom dijumpai di sekitar tapak karnival yang berdekatan belukar - itu bukan kemungkaran kerana Hijjaz yang buat persembahan

kemudian kita buat di Terengganu dengan penuh ciri-ciri keIslaman. kitalah juara melaung

slogan yang kita sendiri tidak pernah hayati

kemudian namakan dengan nama lain supaya nampak ia tiada kaitan dengan karnival
walaupun konsert dibuat di tapak yang sama
bila dah senyap
kita buat balik
tanpa selindung-selindung lagi

macam kita tipu cikgu dengan perangai malaikat di dalam kelas
di luar pagar sekolah kita pancitkan tayar kereta dia

apalah ertinya hidup sebagai seorang Islam
kalau perintah dan larangan tiada bezanya

tertawa sorang-sorang tengok sandiwara manusia


tidak cukup dengan itu
masih berkaitan konsert dalam
kita import pula segala macam keburukan dari luar ke dalam
ketika warga Yogja dan sekitarnya berduka saudara-mara mereka gegak gempita menyambut idola mereka di Stadium Negara




Gambar dari NST

kitapun sama sahaja
seolah-olah bekalan untuk mati sudah cukup
barangkali sudah siap kita untuk mengundang bala lantaran kemurkaanNya
mungkin kita sudah bersedia menunggu balasan Tuhan


Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?"
Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa".
7:164

Misteri Gula

Saya: Makcik nasi lemak singgit satu ye?
Makcik: Boleh
Saya: Err, tak de telur ke cik. Ni ada ikan bilis, sambal dengan timun aje.
Makcik: Harga minyak naik nak
Saya: ??? (Besarnya effect harga minyak naik, sampai makcik nasi lemak keluarkan telur dari menu asal, sekaligus tidak menjaga originality nasi lemak)
Makcik: :-) (Eleh nak telur pergilah beli nasi lemak 2 hinggit)

Memang dalam diam kita tidak boleh nafikan lagi bahawa kemelesetan ekonomi akan datang tak lama sahaja lagi. Bahkan sudahpun kita dapat rasakan. Bagi yang tidak kisah dengan kenaikan harga minyak kenderaan ataupun kenaikan harga kereta selepas turun 'sedikit', pasti akan terasa tergugat dengan kenaikan tariff elektrik yang baru. Walaupun ia akan hanya memberikan kesan terhadap pengguna RM43 ke atas, TNB sudah tidak ehsan terhadap tunggakan. Dulu boleh tunggu RM300 baru selesaikan bil, sekarang terus sahaja dapat surat merah kalau tertunggak.

TM juga, dan agak keji, apabila kenaikan bil bulanan dari RM21 ke RM29 tidak diwar-warkan secara besar-besaran. Yang marah macam mak cik jiran di kampung, terus beli handphone nak guna Maxis, nak AFUNDI Salima. Apa sahaja yang boleh naik, dinaikkan.

Apa cerita dengan misteri kekurangan gula? Tokeynya (kalau sebut cepat-cepat boleh bertukar menjadi Robocop) orang paling kaya di Malaysia. Kilangnya tiap-tiap hari buka dan beroperasi. Tebu tiap-tiap hari diproses. Kenapa pula boleh tidak cukup. Dari Kedah sampailah ke ibu kota dah dengar orang merungut tak ada gula.

Saya dan family memang kurang makan gula. Satu kilogram belum tentu habis satu bulan. Mengapa nak bising-bising? Namun saya juga pasti tergolong di kalangan orang-orang yang memaki bila membeli minuman di kedai 786. Seperti nasi lemak tadi, kenaikan harga gula boleh menyebabkan harga barang-barang makanan juga naik.


Mana stok gula? Sampai di Lembah Kelang sudah bercatu penjualannya? Mungkinkah depa pakat sorok gula supaya berlaku kenaikan harga.

Nampak gaya lepas ini darah kita yang naik dan menyampah.

Sunday, May 21, 2006

Raksasa yang Menggerunkan

Ia bakal muncul. Petandanya sudah banyak. Bukan gergasi yang hanya muncul di negara Jepun, kuat macamanapun pasti boleh dibelasah Ultraman. Ia adalah gergasi ekonomi.

Faktor 1:
Dua tiga hari ini asyik keluar di akhbar berkenaan kemungkinan besar kenaikan harga tarif elektrik. Perhatikan statement ini: " Kabinet mahu cadangan kenaikan struktur tarif baru elektrik oleh TNB dikaji lebih lanjut bagi memastikan golongan miskin tidak terjejas dengan kadar itu."

Berbunga indah namun akhir kalamnya sama.

Faktor 2:
Dalam perkembangan lain, statement tentang kenaikan kadar faedah diikuti dengan kenyataan Dato' (ke Tan Sri?) Zeti bahawa impaknya adalah minimal. Panik juga datang ke BSKL selepas Wall Street mengalami penurunan indeks mata yang agak drastik.

Apa yang minimal? Tak logik langsung.

Faktor 3:
Dalam satu slot kecil muka belakang Utusan Khamis lepas, dilaporkan tentang kenaikan harga ayam sebanyak 40 sen berkuatkuasa Rabu lepas. Menurut SU Agong PPIM dipetik sebagai berkata "Jika mereka berasa harga ayam yang dijual mahal, pengguna boleh mencari alternatif lain bagi menggantikan daging ayam."

Nak suruh kita makan daging itik?


Mampukah kita bersabar lagi dengan kenaikan demi kenaikan? Mampukah X-Men dan rakan-rakan perwira bertahan bila datangnya raksasa bernama Recession?

Budaya Couple bahagian II

sambungan dari bahagian I...

Kalau kita masih rasa setakat berkhalwat dan berdua-duaan tidak merosak akhlak dan iman, mungkin kita jenis manusia yang nerd atau buat hal sendiri ketika di kampus. Saya masih teringat ketika check in di Hotel Genting suatu masa dahulu. Saya check in dengan rakan saya (memang betul, dia lelaki). Bersama kami seorang student IPT, dari cara dia berpakaian. Pelik juga tengok dia tak bawa sebarang bagasi dan check in berseorangan. Sewanya bukannya murah, walaupun kami tong-tong bayar. Nampak macam resah, seolah-olah risau terserempak dengan kenalannya. Selepas check in, dia memandang pada seseorang dan terus berlalu. Seseorang itu, ialah seorang budak perempuan, bertudung sopan walau tidak labuh dan menyandang backpack. Selepas beberapa ketika dia juga berlalu ke lift, mungkin tidak suka cara kami memerhatikan gelagatnya. Kami sibuk dengan urusan conference dan presentation tetapi selepas itu, ketika dalam keadaan tenang, saya terfikir apa yang sebenarnya berlaku. Saya rasa saya lebih jelas sekarang.
Baru-baru ini juga Kosmo telah membuat highlight tentang hotel murah yang menjadi sasaran remaja dan pasangan kekasih Melayu melepaskan nafsu seks. Juga diceritakan bagaimana strategi yang biasa digunakan supaya orang tidak syak pasangan yang menyewa bilik. Seperti yang saya ceritakan tadi.

Itu kes yang biasa terjadi. Couple pelajar yang buat maksiat di hotel murah, yang sudah tentunya di luar Universiti, tidak termasuk di dalam statistik yang didedahkan di akhbar tadi.

Itu belum buka lembaran berkaitan remaja Melayu di disko. Siap minta kod etika berpakaian. Akhirat nanti tanyalah Tuhan.

Begitulah seriusnya persoalan yang berakar umbi dari pergaulan bebas dan persekitaran yang tidak Islami. Kalau kita serius tentang masalah ummat, inilah yang menjadi agenda utama. Membenteras budaya couple. Bukan membenteras student buat usrah. Semoga kita berupaya melahirkan graduan yang memelihara kehormatan dirinya khas buat couplenya yang diikat dengan akad nikah.

Budaya Couple bahagian I

Ketika zaman mengaji dahulu kami selalu melaksanakan budaya berkhalwat dan lepak. Berkhalwat dengan buku-buku dan nota-nota. Melepak beramai-ramai di kedai sebagai ganjaran penat mentelaah. Hampir di mana sahaja yang kerumuni, kami menemui ramai pelajar couple yang masih minum-minum walaupun jam sudahpun menunjukkan pukul 1 pagi. Memang kami jaki, bukan kerana kami takde awek nak ajak keluar lewat-lewat malam, bukan juga kerana kami takde duit setakat yang belanja carrot susu. Kami jaki kerana pelajar IPT yang merosakkan susu sebelanga ini bukan sahaja memalukan kami, juga masyarakat orang Melayu dan Islam di persekitaran kampus. Kami dilabel sebagai golongan terpelajar yang rosak akhlak, sedangkan yang membawa lumpur sebilangan kecil pelajar yang kemaruk bercinta.

Kami simpulkan bahawa kekeliruan erti kebebasan, penyalahgunaan kepercayaan, ketiadaan biah(persekitaran) soleh, kurang didikan agama dan ketiadaan pemantauan waris terdekat merupakan faktor-faktor yang membawa kepada budaya couple.

Apa yang sibuk-sibuk tentang budaya couple ni? Ada ke couple-couple ni menyusahkan orang lain? Apa bahaya yang boleh dibawa oleh mereka?

Pertanyaan dari orang berfikiran dangkal memang boleh merosak kalau tak belajar dan berguru. Kalau keluar dalil dan ayat Quranpun tidak mampu menyentuh hati. Kita lihat dari perspektif lain untuk menjawab persoalan-persoalan tadi. Perspektif
realiti.

Mula-mula cakap-cakap dan SMS, kemudian berjumpa kat mana-mana. Kemudian pegang tangan. Kemudian gesel-geselan. Biasanya tidak berakhir di situ. Kerana sudah ada anasir ketiga. Tidak perlu ditulis di sini. Nanti jadi macam blog cerita lucah, tak pasal-pasal naik ranking Top Ten Malaysia Topblog. Jesteru itu tidak hairanlah kalaulah Berita Harian baru-baru ini mendedahkan bahawa sejak 1971, telah direkodkan sekitar 380000 kes khalwat dan berdua-duaan yang melibatkan IPTA. Memang parah impak budaya couple ini. Dari pendedahan ini, kita boleh anggarkan telah berlaku secara purata 10,000 kes setiap tahun. Katakan ada 20 IPTA, maka dalam setahun, terdapat 500 kes di setiap universiti. Purata 1 atau 2 kes setiap hari di sesebuah IPTA sepanjang tahun!

Tuesday, May 16, 2006

Masjid Putrajaya

Masjid Putrajaya memang cantik. Mungkin kerana itu ia menjadi perhatian dan kunjungan Beginilah pemandangan biasa di Masjid Putrajaya. Ramai pelancong.
Selalunya lebih ramai dari orang yang datang nak solat.
Penjaga masjid sangat friendly dan ada yang boleh berbahasa asing. Terkejut juga tengok sorang budak Melayu pakai tudung bertutur bahasa Mandarin (ye ke Mandarin?) dengan para pelancong. Namun kadangkala terasa ia tidak menepati fungsi masjid yang sebenar. Nanti jadi macam muzium dan bahan tinggalan sejarah. Tapi kalau ia boleh mendekatkan mereka kepada Islam, mungkin ada baiknya. Jangan sampai penjaga masjid melarang orang Islam yang nak solat tahajjud, atau berehat, atau mungkin nak berhalaqah, sudahlah.

Sunday, May 14, 2006

Fedora in XP

I have XP on my machine, and also Fedora 2 as dual boot option. The problem is, I can only use one system. No way I can use it in parallel because dual boot never let you boot both simultaneously. My problem need action when I found that for some reason, the network card seem to be not in good condition in Fedora 2. Thanks for blogger adli the LAN based worm security master, I try to use VM Player. Its the free version of VM Ware. I downloaded Fedora 5 and now, I can have both OS running together.

Monday, May 08, 2006

Penjelmaan Kedua Khaulah

Khaulah yang kedua adalah Khaulah binti Al-Azwar Al-Kindi. Ketika wilayah Syam dibuka pada zaman Khalifah Abu Bakar as-siddiq, dia mengunjungi wilayah tersebut. Beliau terkenal sebagai seorang gadis yang berani, pandai dan hebat menunggang kuda, selain dari rupa paras yang cantik. Keupayaannya mengalahkan orang lelaki dalam menunggang kuda menjadikan dia secara naturalnya menjadi mujahidah yang hebat. Beliau terlibat di dalam banyak perang yang masyhur, terutama di dalam pembukaan wilayah Syam dan Mesir. Namun kisahnya di medan peperangan Shahura di Syam antara yang boleh dijadikan ikhtibar. Khaulah dan sekumpulan Muslimah Arab telah dijadikan tawanan oleh orang-orang Rom. Sebaik sahaja ada peluang, beliau terus berdiri dan berpidato panjang, menaikkan semangat rakan-rakan yang lain agar berusaha untuk meloloskan diri dari tawanan itu. Dengan strategi dan kebijaksanaan, serta keberanian Khaulah, mereka telah menjadikan tiang khemah sebagai senjata dan menyerang hendap pengawal tawanan dengan tersusun dan muslihat. Akhirnya mereka dapat melepaskan diri dari cengkaman tentera Rom.
Khaulah diberikan umur yang panjang. Beliau meninggal dunia pada akhir pemerintahan khalifah Ustman bin Affan. Semoga Allah memberikan rahmat kepadanya.

Wednesday, May 03, 2006

Khaulah Sempena Apa?

Semakin lama semakin ramai yang bertanya tentang orang baru dalam hidup ini. Ia mendorong saya untuk melakukan sedikit kajian sirah berkenaan Khaulah. Zaujati sebenarnya yang memberikan nama itu. Kami dah decide kalau anak pertama lelaki, mama bagi nama. Kalau anak kedua perempuan, mama bagi nama. Nampaknya bapa masih reserve nama-nama; menunggu giliran lain. Cukuplah cerita tentang itu.

Terdapat dua kisah wanita bernama Khaulah dalam sejarah Islam. Khaulah binti Malik bin Tsa'labah adalah seorang isteri yang hidup di zaman rasulullah, maka beliau boleh dikategorikan sebagai sahabiah. Beliau merupakan contoh isteri yang berpegang teguh kepada rasulullah dan bertindak untuk menyelamatkan rumahtangganya. Kisahnya disebut di dalam al-Quran surah al-Mujadalah 1-4. Daripada suatu perselisihan, suaminya meluahkan kata-kata yang kemudiannya kita pelajari sebagai menzihar (isteri). Menzihar adalah menganggap isterinya sebagai ibunya walau anggota badan. Lantaran itu Khaulah tidak membenarkan dirinya disetubuhi suaminya selagi Allah dan rasulNya memberi keputusan terhadap kejadian itu. Beliau mengadukan kisah itu kepada Rasulullah dan menunggu dengan sabar jawapan baginda. Namun rintihan dan pengaduan beliau bukan sekadar diberi jawapan baginda, tetapi juga didengar oleh Allah; turun ayat yang menjawab persoalan zihar tersebut.
Demikianlah Khaulah, yang ikhlas dan tawakalnya dapat memulihkan rumahtangganya, sekaligus memberikan pengajaran yang penting di dalam hubungan suami isteri.
Dalam suatu riwayat yang lain ada mengatakan, bahawa Umar bin Khattab pada suatu ketika pernah melintasi Khaulah. Ketika itu Umar memangku jawatan khalifah, sedang mengadakan lawatan ke atas tanah jajahan wilayah kerajaan Islam. Dia berada di atas kenderaan dengan dikawal oleh para tentera, lalu Khaulah menghentikannya, seraya memberikan nasihat. Para pengawal berkata kepada Umar. "Wahai Amirul Mukminin, adakah engkau berhenti di tempat ini hanya kerana wanita tua itu?"
Umar merasa tersinggung tetapi dia bersabar sehingga Khaulah berlalu. Lalu beliau menjawab dengan marah, "Tahukah kalian, siapa wanita tua itu? Dialah Khaulah Tsa'labah. Allah S.W.T telah mendengar dan mengabulkan doanya dari langit ke tujuh sana. Kalau Allahpun mahu mendengar perkataannya, takkanlah Umar tidak mahu mendengar? Sesungguhnya ia adalah sesuatu yang memalukan."
Dengan mempelajari kisah Khaulah, jelas menunjukkan bahawa Islam telah membatalkan zihar dan mengenakan hukuman yang berat lagi menakutkan.
Kisah Khaulah yang seorang lagi nanti aaa...
(Maraji': Kisah & Hikmah untuk Wanita Solehah)

Monday, May 01, 2006

01:02:03 04/05/06

q_rixxxxx (4/29/2006 6:55:35 AM): Bulan Depan (hari Khamis, 4hb May ) Dalam Dua Minit dan 3 Saat selepas 1:00 Am , Masa dan tarikh akan menjadi seperti ini 01:02:03 04/05/06 . Perkara ini tidak akan berlaku lagi selepas kehidupan kita ...

AT: Mungkin kita tidak menilai Hijrah seperti kita menghargai masa Masihi. Idealnya kita memerhatikan juga masa Hijrah, contohnya bila agaknya 1430 yang 30 haribulan 14 (?). Namun ia tidak menghalang kita untuk memuhasabah diri; memikirkan pada saat yang sangat cantik sequence nya itu, apa akan jadi pada kita pada 1:23:04 05/06/07? Mungkin tahun depan kita sudah pun selamat dipanggil Tuhan. 7/7/07 pula?

Hmm apa program lusa ni?

Sunday, April 23, 2006

Hari Lahir dan Kematian

Hari Lahirku dan Hari Kematian Tun

Semalam genap 3 dekad aku diberi peluang hidup di bumi yang indah ini. Ish-ish, sudah tua rupanya aku. Fizikal sudah tua, namun yang lebih penting, sudah cukup tuakah aku untuk benar-benar memahami erti hidup? Menyambut hari kelahiran bukanlah sesuatu yang menarik dalam hidup manusia dewasa. Ia lebih kepada peringatan bahawa umur sudah semakin meningkat. Itu yang kurasakan sejak dua tiga tahun kebelakangan ini. Lebih-lebih lagi pada angka keramat 30 ini.
Mungkin aku tidak risaukan sangat kedutan di muka seperti Siti Nurhaliza yang berkomplot dengan Olay memcari gimmick murahan. Aku juga tidak bercadang menggunakan tong oksigen seperti yang dibuat oleh Michael Jackson ketika dia masih kaya raya. Aku lebih risau tentang tahap kesihatanku yang tidak sebaik dulu.

Sejak seminggu lepas aku terpaksa kurangkan makan atau menelan sahaja makanan yang lembut. Pertumbuhan gigi bongsu yang menyakitkan itu sedikit sebanyak menarik nikmat makan yang selama ini tidak disyukuri. Hamba yang lemah ini sudah mula mengaduh diberi ujian kecil. Kalau dugaan besar bagaimana lah agaknya. Dahulu aku tak pernah ada masalah penghadaman, sekarang aku mesti pastikan serat ada di dalam dietku. Ia petanda sistem dalaman sudah tidak secekap dulu. Seiring dengan masa juga, aku lebih kerap demam berbanding ketika awal 20an dahulu.

Namun itu bukan tandanya kita sudah boleh mula memperlahankan rentak kerja. Kerana ketika inilah kudrat kita semakin kuat diperah, langkah kita dipercepatkan dan ketahanan kita semakin perlu diperbaiki. Orang putih kata Life begin at 40, dan Rasulullah sendiri diberi wazifah ketika berumur 40an. 40 tahun bukan usia untuk pencen bekerja dan bersenang-lenang, dan kerja-kerja amal ini tidak boleh berhenti ketika umur mencecah 55. Tidak ada istilah pencen bagi rasulullah dan orang yang mengikut jalannya.

Menyaksikan upacara penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tun Ghafar Baba sepatutnya memberikan keinsafan kepada kita semua. Selalu-selalulah menjenguk orang sakit dan membantu menyempurnakan jenazahnya bila dia meninggal dunia. Insya Allah ia akan menjadi tazkirah terbaik dalam mengingati mati.

Terima kasih atas sms para sahabat yang mendoakan diri ini. Sekurang-kurangnya kek lapis zaujati lembut dan boleh ditelan selepas sekian lama dikemam. Risau-risaupun perut tetap minta diisi.

Risaukan juga bekalan nak ke akhirat. Cukup ke nak dibawa bertemu Allah?

Cukai

Orang tengah sibuk-sibuk nak siapkan borang income tax, TV3 boleh pula tayangkan cerita Lagaan yang meraih banyak anugerah tu. Cerita zaman 1890an di India, tentang penduduk tempatan melawan penjajah Inggeris dalam perlawanan kriket. Semata-mata kerana cukai. Itulah tajuk ceritanya dalam bahasa Melayu. Agak-agak, boleh tak kerajaan turunkan harga minyak kalau MyTeam kalahkan Malaysia hujung bulan depan?

Monday, April 17, 2006

Perihal Jambatan Bengkok

Maka apabila PM mengumumkan pemberhentian kerja-kerja pembinaan jambatan, seperti biasa ramailah tikus mondok bertukar menjadi kakak tua. Hanya beberapa individu seperti YB JB dan Ketua Pembangkang serta sebahagian kecil yang membuat bantahan seingat saya sejak ia mula dicadangkan.

Banyak faktor, antaranya dengan jambatan yang sedia ada, maruah, ruang angkasa dan pasir. Namun satu perkara, Singapura sudah lama sampai pengaruhnya di Johor. Jika tidak mengapa rumah Leman Bancau pasar malam di Rengit begitu tinggi arial TVnya?

Ada kata orang lain ambil political milage dengan menyatakan sokongan, dia mungkin tidak menggunakan cermin untuk menilai diri sendiri yang 2x5. Penyokong atau pembangkang, tiada bezanya.

Sok sek mengatakan syarikat kontraktor yang berkenaan akan dibayar pampasan sebanyak RM100juta. Betul ke? Wow, kalau begitu memang Malaysia negara mudah cari makan (bagi setengah-setengah kita).

Sunday, April 16, 2006

Tuhan Membantu Kemenangan Reds?

God Rises To Gift Reds Win
And appropriately so on Easter Sunday. Robbie "God" Fowler scored his fourth goal in only five games as Liverpool ground out a 1-0 win over Blackburn to move within three points of ManYoo and seriously damage Rovers' CL hopes. So should Rafa keep God?



Bersesuaian dengan Hari Easter Ahad ini, Robbie "Tuhan" Fowler menjaringkan gol keempat di dalam hanya lima perlawanan untuk Liverpool membenam Blackburn 1-0 dan merapatkan jurang tiga mata dengan ManYoo dan kemungkinan besar menghancurkan harapan Blackburn Rovers' untuk ke Champion League. Maka patutkah Rafa (pengurus) mengekalkan Tuhan?


AT: Pelik dan teruk orang putih ni. Dia punya playerpun boleh digelar nickname God. Memang dia pemain paling berkarisma dan punya ramai peminat dalam sejarah Liverpool. Tapi kenapa sampai gelar dia God? Boleh jatuh syirik kalau peminat Liverpool Malaysia terikut-ikut. Nauzubillahu min zalik.

Friday, April 14, 2006

Inilah Akhlak Idol Kita

Kisah Rasulullah sebagai pengajaran

1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa
perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan
keluarga mahupun untuk dijual.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap
di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya
untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan "Kalau
Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.

3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan
cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang."

4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi.
Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang
ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah
belum ke pasar.
Maka Nabi bertanya, "Belum ada sarapan ya Khumaira?" (Khumaira adalah
panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang
kemerah-merahan')
Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa wahai
Rasulullah."
Rasulullah lantas berkata, "Jika begitu aku puasa saja hari
ini." tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.

5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami
memukulisterinya. Rasulullah menegur, "Mengapa engkau memukul isterimu?"
Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, "Isteriku sangat keras
kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia."
"Aku tidak bertanya alasanmu," sahut Nabi s.a.w. "Aku menanyakan mengapa
engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?"

6) Pernah baginda bersabda, "sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik
dan lemah lembut terhadap isterinya." Prihatin, sabar dan tawadhuknya
baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan
kedudukannya sebagai pemimpin umat.

7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para
sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat
sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah
sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara
satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu
langsung bertanya setelah selesai bersembahyang, "Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?"
"Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar."
"Ya Rasulullah...mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami
mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau
sedang sakit..." desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut
baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu
kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan
bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

"Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan
kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?"
Lalu baginda menjawab dengan lembut, "Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa
pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di
hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada
umatnya?" "Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak
tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di
Akhirat kelak."

8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang
tua yang penuh kudis, miskin dan kotor.

9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh
seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa
kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid
sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang
sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ketuanan.

11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan
sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun
dalam keseorangan.

12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda
masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah
hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.

13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang
tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, "Ya Rasulullah, bukankah
engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?"
Jawab baginda dengan lunak, "Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang
hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur."

Rasulullah s. a. w. bersabda,"SAMPAIKANLAH PESANKU WALAUPUN SEPOTONG
AYAT.."

Tolong Daku Bukakanlah Paku Itu

Bukakanlah paku itu
Entah siapa yang campak (2-3 motor kena tempat yang sama)
Jangan biar tersadai
Lemas motorku disini

Lama berjalan
Menolak motor
Janganlah dikau (pemotor lain)
Terus saja berjalan
Berhentilah tanya

Tolong daku
Bukakanlah paku itu
Tiada angin
Tiada jalannya yang tak berpaku

Tolong daku
Ketukkan kepala mu (pembuang paku)
Biarkan daku puas hati

Bukalah paku
tolonglah tukarkan tiub motor
(tolonglah.....)

Panas peluh yang ku rasa
Sesak nafas menolak motor (sejauh 5km)
Tiada siapa nak tolong repair tiub
Kaki naik melecet

Bukakan paku, itulah yang ku mahu
Apek kedai motor tersenyum
Tensionnya aku

p/s takpe buat ler macam ni, doa masa dua khutbah Jumaat ni mustajab

Lagu asal Bukakan Pintu Amy Mastura. (Tiru style Suara Keadilan yang memang suka mengubah lirik lagu)

Wednesday, April 12, 2006

Pengertian Islam yang kabur

Membaca posting sayapkiri, saya juga teringin mengulas sedikit bab bertudung. Ia adalah pegangan umum umat Islam biasa. Refer surah An-Nur 31 dan lain-lain.
Ini perintah yang difahami hampir 9 dari 10 wanita Islam di negara ini.

Gambar Perhiasan

Ini pula yang dipelopori oleh Islam luarbiasa'. Ia bersifat fesyen dan pelbagai.

Ternyata dan jelas bahawa ada di kalangan kita yang masih keliru dengan sesuatu yang sudah terang lagi bersuluh.

Gambar yang menarik untuk renungan bersama.

Tuesday, April 11, 2006

Di sini Di Sana

Minyak Lagi
Menurut statistik M&E yang berpengkalan di Sepanyol, Petronas mencatatkan skor antara terendah di dalam dua faktor berikut; iaitu pertama kegagalan menyediakan kod etika pekerja di alam menghadapi rasuah dan konflik kepentingan. Kedua di dalam aspek ketelusan perjalanan syarikat. Di kalangan 16 syarikat minyak seluruh dunia, Petronas dengan bangganya telah mencatat kedudukan pertama! (tapi dari belakang ler)

Majalah kontroversi Playboy Indonesia telah memulakan edidi sulungnya bulan ini. Model terkenal Malaysia Amber Chia menghiasi muka utama. Walaupun tidak sepenuhnya pornografi, ia bukan alasan untuk terus mengizinkan majalah berkenaan terus berada di sana dan di sini (cubaan untuk menyeludup berjaya dipatahkan). Dengan populasi Islam Indonesia dicatatkan antara terbesar di dunia, Playboy Indonesia dianggap propaganda yang bergerak secara halus di dalam merosakkan pemikiran masyarakat dan para belia.

Win-Win for MAS and AirAsia?
Dengan pengambilalihan 96 route MAS, Air Asia dilihat terus berkembang, apatah lagi bila PM juga menyuarakan supaya keduanya bekerjasama. Umpama Microsoft diarahkan untuk mengiktiraf Linux dan OpenSource Community. Kedudukan MAS terus merudum apabila mula melupus aset-aset yang membebankan kos operasi. 6,500 bekas kakitangan MAS pula mula mendapat majikan baru. Walaupun ia berkaitan aviation, sudah tentu ia bukan melibatkan DCA mahupun UNIKL-MIAT.

RMK9
Kecelaruan PM sekarang adalah memastikan RMK9 berjalan mengikut yang dirancang dan perbelanjaan(, walaupun tidak dapat ditelusi orang ramai) diuruskan sebaiknya. Namun sejauh mana perkataan sebaiknya itu masih abstrak dan berbeza mengikut pemahaman Menteri terbabit, pegawai kerajaan yang suka-suka disuruh berhenti oleh Siva (kalau nak makan gaji buta), ahli parlimen Ketereh yang nampak macam hero, kontraktor-kontraktor anak emas dan Abg Leman Beras kat Felda Aping Barat.
Kalau GLC sudah mengamalkan KPI yang sudah bersifat international, tidak bolehkah kita minta para menteri dan pegawai kerajaan yang pakai mata belalang dinilai dengan kaedah yang sama? Jika strategic role mereka diketahui, barulah mudah PM hendak menilai siapa yang buat kerja dan siapa yang goyang kaki.
Kewangan biasa diaudit, namun adakah pernah kita mengaudit manifesto pilihanraya? Jika ya, OK. Jika tidak, relakah kita ditipu dan terus ditipu?

Perkembangan mutakhir Parlimen dewasa ini sering dipaparkan di TV3. Debat ahli Parlimen BN (dan sedikit pembangkang) dengan para menteri. Pelbagai isu; Naib Canselor, DEB, Undang-undang Keluarga Islam dsb. Kalau selalu ikuti visualnya, nampak seolah-olah para pembangkang sit back, relax and enjoy. YB-YB BN yang berhempas pulas menjadi watak antagonis yang mengimbangi nisbah BN-pembangkang yang besar. Ketereh, Muor mahupun Kinabatangan membelasah Menteri dan Timbalannya. Timbul persoalan nakal: Adakah ini usaha promosikan YB-YB BN, supaya nampak kita tidak perlukan pembangkang lagi dalam Parlimen?

Dato' Johan Jaafar
Kawan saya peminat setia TG (bukan Traffic Generator) Nik Aziz. Kalau tuduhan bahawa beliau sebagai pengerusi lebih memihak kepada penyokong kerajaan dalam Debat Perdana dianggap tidak berasas, apakah lagi yang lebih berasas dari itu? Terlihat jelas Johan tidak berupaya menjadi pengerusi yang adil. Setiap kali dia bercakap, terasa memualkan. Kelakuannya menyebabkan penyokong kerajaanpun rasa tidak selesa. Usahlah anggap penonton bodoh.

Wednesday, March 29, 2006

Harga Kereta Turun

Pengumuman penurunan duti import dan eksais sedikit sebanyak memberikan sedikit senyuman kepada orang ramai yang marah-marah dan merungut. Walaupun kereta kesayangan ramai, Proton hanya mengumumkan penurunan sekitar 2-3% dengan alasan duti import tiada kena mengena dengan mereka. Maka kita dengan gembira menyambut baik, dengan positifnya mengatakan kerajaan memahami kita. Walaupun sejauh mana ia memberi kesan kepada golongan berpendapatan rendah dan menengah yang hanya menukar kereta selepas tujuh tahun; tidak dapat dinilai secara objektif, namun ia pastinya tidak dapat mengimbangi kesengsaraan kenaikan kira-kira RM20 setiap kali mengisi tangki besi buruk secara penuh. Setengah kita langsung tiada pakai kereta dan bertahun-tahun guna kereta second hand. Pakcik kerja pekebun, penoreh getah, orang kerja bayar gaji hari dan yang tawakal rezekinya umpama burung keluar di pagi hari. Kereta tiada di dalam kamus hidup. Yang ada bas dan prebet sapu. Bukannya kita tidak sedia maklum teruknya perkhidmatan bas di kampung. Itulah yang baru sekarang kita terhegeh-hegeh mahu perbaiki.
Dah kematu punggung pakcik ni ha.

Ramai rakan-rakan sudah mula mengambil polisi memperketatkan sebab untuk menghidupkan enjin. Alang-alang start enjin, selesaikan beberapa urusan sekaligus. Kalau nak ajak keluar makan, tunggu kalau ada urusan lain. Contohnya mahu ke pejabat Pos. Kawan-kawan penumpang yang berjaki-jakian. Tidak kurang juga yang shopping sambil balik kampung. Bermakna sebelum ini keluar shopping barang dapur sekitar rumah sahaja. Sekarang ini beli barang kat supermarket kampung sahaja. Dapat capai dua tujuan sekaligus. Berjimat? Mungkin. Survivaliti? Pasti.


Agak-agak apa perasaan pakcik ni dengan 'kemurahan' harga kereta sekarang? Penghias Gambar.

Sunday, March 26, 2006

The Tale of a Drunken Nailmaster

Mungkin kerana hari itu adalah hari gaji staf kerajaan.
Mungkin Nailmaster get drunken, biasanya letak satu beg plastik, kali ni letak satu lori paku.
Mungkin kerana geram dengan PLUS dan ELIT.
Mungkin berdendam dengan jirannya yang tiap-tiap hari pergi kerja naik motor.
Mungkin nak bagi rezeki lebih kepada pembaiki tayar motor jalanan.
Mungkin rezeki saya dapat dua kali.

Mungkin. Tapi apa yang berlaku kepadaku tatkala hujan renyai petang itu, sangat sukar dibayangkan. Selepas datang lambat ke tempat training gara-gara tayar terkena paku, aku mengalami satu lagi dugaan. Tayar yang sama terkena paku! Sudah tentu paku yang lain. Mujurlah seorang rakan(COP)ku mempunyai pump. Aku pam tiub sedikit supaya boleh bergerak menuju kedai motor berhampiran.



Mujurlah ada seorang mamat ni tawarkan khidmat mengganti tiub dengan harga RM15. Harga itu adalah dua kali ganda harga tiub chikai, tapi OK ler, kedai motor pun tak tahu di mana.
Dia sambil menukar sambil bercerita. Katanya petang ini sahaja dia sudah gantikan dua tiub pemotor (istilah untuk penunggang motor). Dia juga bercerita tentang seorang penunggang yang terus cabut selepas menukar tiub. Ada juga orang begitu ye?
Sedang rancak berborak ada seorang brother pemotor parking sebelah. Dia punya tiub belakangpun kena paku. Dia pulak kena hangin satu badan. Muka tak puas hati. Oleh kerana hanya ada tiga manusia sahaja di tengah highway LDP tu, bertemankan semut-semut dan dua tiga ekor siput babi yang keluar selepas hujan, aku layan brother tu. Dia kata dalam perjalanannya yang menghala ke Puchong, ada dua tiga pemotor tersadai macam dia juga, nak queue belakang satu penukar tiub lain, yang charge RM20 satu tiub. Agak-agak line clear, akupun cabut. Dalam perjalananku menghala ke Kajang, aku terjumpa pula 3 pemotor lain yang tersadai. Dua tunggu pembaiki tayar, satu lagi sudah keluarkan tayar untuk manually bikin di kedai motor.

Ish-ish. Apasal ramai sangat yang bocor tiubnya? Dah takde kerja penabur-penabur paku ni. Aku sertakan gambar paku di tiubku dan paku di tiub motor brother hangin satu badan tadi. Sama tak?



Satu lagi Mungkin. Mungkinkah si pembaiki tayar dan Nailmaster orang yang sama atau sepakatan?

Monday, March 20, 2006

Minyak: Kekelakaran yang Membosankan

Belum setahun matang janji Abdullah Badawi bahawa harga minyak tidak akan naik (Julai 2005), sekali lagi kita terpaksa menerima kenaikan harga bahanapi itu dengan harga terbuka. Barangkali kita rasa kita tidak ada pilihan selain mengikut sahaja telunjuk kerajaan. Kerajaan yang kita pilih dengan harapan dapat mengurangkan beban hidup dan menjadikan hidup kita selesa. Oleh itu apabila kerajaan memberi alasan pengurangan subsidi minyak untuk mengurangkan beban kerajaan, kita tertanya-tanya kerajaan apa kita pilih ni? Atas rasional apa sesuatu kerajaan yang bekerja untuk menguruskan negara dan berjanji untuk bertugas dengan efektif dan berwawasan, memindahkan beban kewangannya kepada rakyat yang memilihnya melalui pilihanraya?

Membiarkan para pengundi sengsara agar kerajaan tidak terbeban adalah propaganda bodoh dan melucukan. Kerajaan bukan entiti yang asing, ia dibentuk dan dirangka untuk berkhidmat kepada rakyat. Apabila kerajaan itu sendiri sudah membebankan rakyat, perlu kita persoalkan kewajaran dan kredibilitinya.

Terlalu banyak isu yang semakin menjadikan isu ini kelakar dan tidak munasabah. Contohnya apabila dicadangkan jalan keluar supaya wang kekayaan Petronas, jawapan yang menimbulkan kemarahan dan ketidakyakinan adalah wang keuntungan Petronas digunakan untuk pelaburan. Persoalannya keuntungan yang dulu-dulu dari menjual sweet crude oil takkan tak boleh bayar subsidi minyak sour crude oil yang kita gunakan sekarang?. Keuntungan tidak mahu dikongsi, kerugian dan beban mahu pula diserahkan ke marhaen.

Kekelakaran yang kedua adalah saranan untuk berjimat - atas dasar apa orang kerja kilang RM800 yang setiap bulan mengikat perut; mahu berjimat lagi? Kehidupan sekarang sudah cukup perit untuk tidak berjimat.
Persoalannya ialah apakah selama ini rakyat boros? Kalau gaji bersih RM1000 pun (diri sendiri sebagai golongan pertengahan), takkan shopping di Sogo mahupun KLCC. Rasanya golongan elit dan Dato'-Dato' sahaja yang kereta-keretanya lebih mahal dari rumah teres 2 tingkat di Seremban. Elaun minyak sudah ada, tidak terjejas langsung budget bulanan. Kalau GM di GLC pun elaun minyaknya sama banyak dengan dua bulan gaji junior executive, bayangkan elaun minyak mereka dan keluarga mereka. Jimat bagaimana lagi?

Satu lagi kekelakaran dari banyak lagi isu. Ia berkaitan dengan dangkalnya persepsi kerajaan terhadap orang ramai. Disangka orang ramai buta kayu dan terima sahaja semua maklumat yang disogok di media elektronik 'prima' dan akhbar arus 'perdana'. Apabila kita minta ketelusan mengenai perkara ini, adalah semi mustahil untuk di dedahkan ke mana wang Petronas disalurkan. Yang kita nampak hanyalah projek-projek mega seperti KLIA, KLCC, F1 dan sebagainya. Barangkali kita boleh berbangga dengan semua itu. Tapi cukupkah dengan puas hati di situ, sedangkan makan pakai kita tidak sesempurna dan sebaik dahulu. Mungkin kita terlupa bahawa di sebalik kebanggaan itu, ia tidak menyumbang secara langsung kepada hidup majoriti kita. Kita tetap susah, ikat perut, berhabis simpanan membeli kereta yang paling mahal dalam kelasnya, menjadi mangsa hutang beli rumah sepanjang hayat.

Berbalik kepada yang kita nampak. Putrajaya, LRT, KL Sentral. Sangat diperlukan rakyat tetapi masih boleh disangkal. Tetapi, tak banyak jumlahnya. Menurut Suara Keadilan jumlah projek-projek mega sekitar 100 billion, sedangkan ianya tentu lebih dari itu. Persoalannya adalah 'projek-projek' yang kita tidak nampak ini. Duitnya lesap, tapi hasilnya apa? Kalau nak baiki sistem pengangkutan minta duit dari rakyat, kerajaan kita disarankan supaya mencari tempat hendak diletakkan muka kalau berjumpa orang kerajaan PAS Kelantan. Kerajaan yang selama ini kita kutuk kerana perancangan zero dan strategi zero. Rupanya kerajaan kita lebih teruk. Malunya!