Thursday, December 22, 2005

Banjir dan yang berkaitan

Definisi:

Banjir adalah suatu peristiwa di mana terjadi peluapan air yang berlebihan di
suatu tempat.

Sumber dari Wikipedia.

Hebat Wikipedia. Selain berita-berita yang dongeng dan separa dongeng, rupanya ada juga fakta.


http://www.bharian.com.my/m/BHarian/BHimages/20banjir.jpg


Mangsa:

ALOR STAR: Banjir yang melanda Kedah dan Perlis sudah sampai ke tahap paling buruk sejak 30 tahun lalu dengan lebih 15,956 mangsa terpaksa dipindahkan ke 113 pusat pemindahan yang dibuka di dua negeri berkenaan, semalam.

12,000 - Hektar sawah padi di Kedah rosak kerana ditenggelami banjir

Sementara itu, tiga orang menjadi korban banjir pada 20 Disember dengan masing-masing satu di Perlis; Kelantan dan Terengganu.

Menakjubkan:

Perlis Banjir - Beliau (Shahidan) berkata, banjir di Perlis sukar dikawal kerana air dari kawasan Empangan Timah Tassoh yang mencecah paras paling tingginya iaitu 29 meter, turut melimpah sehingga menenggelamkan sebahagian besar negeri itu.


Politik:
Umno - Ketua Sekretariat Sukarelawan Banjir Putera UMNO, Abdul Rahman Dahlan Melawat Dan Bertanya Khabar Salah Seorang Mangsa Banjir Warga Emas Yang Di Tempatkan Di Pusat Pemindahan Banjir Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Star, Kedah Di Sini, Khamis. Beliau Yang Juga Penolong Setiausaha, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Yang Turun Padang Ke Pusat-pusat Pemindahan Banjir Di Kedah Dan Perlis Turut Menyampaikan Bantuan Berupa Makanan Dan Barangan Keperluan Asas Kepada Mangsa Banjir. Setakat Ini Lebih 200 Sukarelawan Putera UMNO Di Tempatkan Di Beberapa Pusat Pemindahan Banjir Yang Dikenalpasti Kritikal Untuk Membantu Pihak Berkuasa Penyelamat Yang Melakukan Tugasan Di Tempat Berkenaan.

PAS - MEREDAH BANJIR....Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Pusat, Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali meredah banjir di Kedah bagi menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di sana. Dengan ditemani oleh Muslimat PAS Kedah beliau menyerahkan bantuan berupa makanan kering, pakaian wanita, buah-buahan dan sebagainya untuk membantu bebanan mangsa banjir. Untuk permulaan, kira-kira RM10,000 telah dibelanjakan Tabung Bantuan Banjir PAS Pusat untuk mangsa di Kedah sahaja.


http://www.harakahdaily.net/gambar/lolo_banjir.jpg


Roti Banjir:
Tidak membahayakan nyawa tetapi membahayakan kesihatan. Terlalu banyak minyak tambahan di dalam hidangan yang sedia maklum mengandungi banyak kolesterol (roti canai). Capati & toosai rules!

Banjir Kilat:
Sejenis banjir yang hanya menyerang kawasan yang sudah tidak semula jadi dan ekosistem yang tidak stabil. Antaranya Kuala Lumpur, kawasan susur keluar NKVE Shah Alam dan kawasan rumah berdekatan tempat pembinaan (sila rujuk banjir lumpur)

Banjir di Pagi Raya:
Ungkapan yang biasanya merujuk kepada airmata yang dikeluarkan ketika mendengar takbir, bagi yang teringat keluarga lantaran tak dapat beraya bersama, bagi yang beraya tanpa yang tersayang kerana sudah tiada, juga ketika sessi bermaaf-maafan.


"Sesungguhnya perumpamaan kehidupan duniawi itu, adalah seperti air (hujan) yang Kami turunkan dari langit, lalu tumbuhlah dengan suburnya karena air itu tanam-tanaman bumi, di antaranya ada yang dimakan manusia dan binatang ternak. Hingga apabila bumi itu telah sempurna keindahannya, dan memakai (pula) perhiasannya, dan pemilik-pemiliknya mengira bahwa mereka pasti menguasainya, tiba-tiba datanglah kepadanya azab Kami di waktu malam atau siang, lalu Kami jadikan (tanaman tanamannya) laksana tanam-tanaman yang sudah disabit, seakan-akan belum pernah tumbuh kemarin. Demikianlah Kami menjelaskan tanda-tanda kekuasaan (Kami) kepada orang-orang yang berpikir." (10:24)

Janji Allah itu pasti...

Thursday, December 15, 2005

Cactus Rules!

Akhbar Alam Islami 20051216

Four Muslims Unveil UK Detention "Nightmare"

CAIRO, December 15, 2005 (IslamOnline.net) – Amnesty International blasted the British authorities over the detention of four Muslims for years under anti-terror laws without even interviewing them, highlighting the social and psychological impacts of the detention, The Independent reported on Thursday, December 15.

....

Guilty by Suspicion

In a separate incident, a Muslim student told The Muslim News that he was detained for almost 11 hours under terror laws on July 21, because he didn’t carry an ID.

Ahmed (not his real name) said he was on his way to a local mosque in Goodge Street when he was arrested by plain clothed security officers, the newspaper said on its Web site.

"I was walking from Goodge Street to Warren Street. A crowd had gathered. Something had happened in the area. I stood in the area for a little while to see what was happening."

He then was approached by two armed plain clothed men.

"They asked me for an ID. I told them my ID was in my bag which I left in the office. I was searched and was told that they were arresting me under terror charges."

Baca seterusnya di:
http://www.islamonline.net/English/News/2005-12/15/article09.shtml


After Opposition, UK Drops Mosque Closure Plan

LONDON, December 15, 2005 (IslamONline.net & News Agencies) – The British government dropped on Thursday, December 15, a controversial plan to close down mosques allegedly used by extremists after opposition from police and the Muslim minority.

  • Sir Iqbal Sacranie
  • , the General Secretary of the Muslim Council of Britain, said they have been deeply disturbed that the government was associating "the evil of violence" with their places of worship.

    "We therefore feel that mosques are being misidentified and stereotyped as incubators of violent extremism, while the social reality is that they serve as centers of moderation," he said in a statement.

    Sacranie stressed that the July 7 bombers were "indoctrinated by a sub-culture outside the mosque."

    "The notion of influential 'back-door' mosques is a figment of the imagination."


    Baca seterusnya di:
    http://www.islamonline.net/English/News/2005-12/15/article10.shtml

    Sumber-sumber:
    Islamonline

    Ketuk Ketampi yang Paling Sensasi: Top Ten List

    Dalam sejarah, inilah ketuk ketampi yang paling terkenal. Malaysia book of record sepatutnya menimbangkan untuk memasukkan acara ini dalam buku mereka. Ada beberapa sebab mengapa ia popular:

    10. Berlaku di dalam lokap polis. Salah laku polis dan brutality. Berpeluh top cop dibuatnya.
    9. Yang melakukannya seorang wanita. Kalau lelaki mungkin tidak begitu sensasi.
    8. Tahanan berbogel ketika melakukan ketuk ketampi. Mungkin ada benarnya ia prosedur biasa untuk mengeluarkan benda-benda yang disorok di celah kelangkang. Tetapi kenapa sampai kena buka bra? Kalau buat body check, mana lebih memalukan, berbogel atau buah dada diraba?
    7. Ketuk ketampi dirakam di dalam kamera berkamera. Ia membawa isu teknologi dan etika. Secara langsung ia mengheret pakar-pakar teknologi dan NGO untuk bersuara tentang contoh Killer Application yang bukan sahaja killer, tetapi venom. Danger to humanity and potentially user destruction.
    6. Kebodohan semua surat khabar Malaysia yang cepat klimaks (baca: DIPERCAYAI WARGANEGARA CHINA)
    5. Kelatahan ketua kerajaan Malaysia yang minta maaf kepada kerajaan China sebelum siasatan bermula.
    4. Kesingkatan fikiran seorang timbalan menteri. (Baca: Go Home Statement). Belajarlah nak bersabar bila diprovoke.
    3. Kebijaksanaan seorang ahli Parlimen pembangkang yang baling batu sembunyi tangan. Dia kata dia tidak pernah pula kata tahanan terbabit warganegara China dan terbukti dia benar.
    2. Inkuiri Awam yang menarik kerana percanggahan keterangan berlaku 180 darjah antara dua saksi: Dua anggota polis yang bertugas pada pagi kejadian.
    1. Blogger yang suka buat tafsiran dan analisis yang bukan-bukan termasuk Jeff Ooi dan Abouti. Tak hairanlah bos Google dan Wikipedia tersenyum lebar.

    Mahu percaya atau tidak, mahu ambil pusing atau tidak, inilah yang membikin keributan seluruh Malaysia dewasa ini. Blogger merasa simpati bukan atas apa yang dibuat oleh wanita berkenaan sehingga dia ditahan di waktu pagi di tempat yang tidak sepatutnya dengan aktiviti yang tidak sepatutnya, tetapi kerana dia dirakam dengan keadaan yang mangaibkan. Identitinya perlu dirahsiakan dan pihak yang berkenaan perlu diadili, tanpa mengenepikan isu penagih dadah, polis yang menjalankan tugas dan kaedah polis yang mungkin perlu dibekalkan dengan alternatif yang tidak terlalu 'mendedahkan' dan mesra rakyat.

    Mawi: Realitinya...

    Minggu lepas, berakhirlah zaman bujang anak makcik rumah depan. Tujuh tahun kumpul ilmu nak jadi doktor, alhamduLillah berjaya membuang sebentar kesibukan standby, keributan di wad dan kena buli dengan doktor senior, untuk melengkapkan sebahagian dari hidup sebagai muslim.
    Sayapun turut mengerah tenaga membantu dan merewang mana-mana yang patut. Memang seronok kat kampung ni. Kalau majlis tengahari Ahad, hari Khamis lagi ibunda dah tutup kedai. Dapur kat rumah tak berasap pasal semua makan kat luar sambil menyiapkan kenduri. Macam pesta pendekata.
    Yang memeningkan kepala orang beranak kecil ni bila anak nak tidur. Apa tidaknya, speaker besar nak main lagu dipasang di sebelah rumah. Walaupun lagu hanya main bermula Sabtu malam Ahad, namun ia sudah cukup untuk buat saya dan wife struggle untuk pastikan anak tidur nyenyak. Syukur bila hampir pukul 11 malam ada orang tua suruh berhenti.
    Hari langsung, pagi-pagi lagi pakcik rumah berdekatan dah mengangkut himpunan CD-CD lagu dia. Semua ada, lagu Melayu, Hindustan, rock, English, Indon, dangdut dan nasyid. Pulun habis. Nak marah dah tua. Lagipun majlis orang. Takkan nak tunjuk diri ini pejuang Islam dan bakal melopor pergerakan kebangkitan semula sistem khalifah di muka bumi ni? Kena berhemah dan tertib. Kalau belajar Fiqh Dakwah itu dah kira fail course work. Carry mark pun tak boleh support nak score 3 pointers. Apa yang mengarut ni? Maka senjata terbesar yang boleh dikeluarkan hari itu adalah sabar. Senyum mana-mana yang patut.
    Berbalik kepada topik pasang lagu speaker besar tadi. Maka berkumandanglah segala macam lagu. Automatically update database lagu yang lapuk. Yang menariknya ialah buat pertama kali saya dapat mendengar lagu-lagu dari album Mawi World semasa pertandingan Akademi Fantasia. Di radio pernah dengar Gadis Melayu, Aduh Saliha dan yang baru dengan M. Pasir tu. Tetapi ini pertama kali dengar yang lain, siap dengan karaoke dan VCD sekali.

    Realitinya.... Mengecewakan. Saya tidak ada sebarang perasaan suka mahupun benci kepada Mawi. Pada saya dia artis seperti artis lain juga. Pada saya suaranya sedap dan baik. Penampilannya sopan, karisma dan tenang. Namun saya rasa hairan: Inikah album yang terjual lebih 100k? Banyak not yang sumbang pada telinga amatur seni seperti saya. Salah lirik tu biasa. Pitching lari. Bunyinya macam tak tune dengan lagu. Mungkin ketika itu dia baru belajar dan tidak cukup persediaan. Tetapi telinga ni rasa sakit mendengar. Tambah pula mengantuk, saya buat-buat sibuk dan buat-buat tak dengar. Syukur lepas tu pakcik tu dan pakcik rumah sebelah pasang Peter Pan kemudiannya.

    Dalam diam saya mengkagumi para pembeli album Mawi kerana sanggup berhabis duit hantar SMS dan beli album kesayangannya. Saya rasa Mawi memenuhi satu kekosongan. Kekosongan yang dicari oleh masyarakat dewasa ini. Kekosongan ini yang sangat diperlukan. Sayang ia diisi oleh artis bukan seorang tokoh cendikiawan muda, atau seorang huffaz atau alim ulamak muda yang petah dan mampu menarik hati ramai remaja untuk mendekatinya.

    Tapi, takpelah. Tiada siapa yang peduli. Tiada siapa yang mampu menjawab persoalan intelek berkaitan kehendak manusia yang kompleks. Tiada siapa yang suka diajar bila ia berkait dengan apa yang mereka suka dan apa yang perlu mereka suka. Semua tak kisah. Begitu juga hari ini. Semua orang kat dalam majlis berkenaan relax dan happy sahaja. Samada mereka memang peminat Mawi, atau mereka buat-buat tak dengar album yang teruk tu dan pekakkan telinga, atau mereka rasa OK aje, atau apa ye?

    Wednesday, December 14, 2005

    Retro: Free Palestine T-Shirt


    Bersama sahabat-sahabat menggayakan T-Shirt Free Palestine di Mahligai Sepi sekitar 2003. Macam the Reds keh keh. My favourite design and my favourite T-Shirt. Dudes, wherever you are, remember, do your best and do it right!

    Monday, December 05, 2005

    Several Types of Forgotten Broadband Option

    Selalunya bila kita bercakap tentang broadband, pasti kita teringat Streamyx yang indah khabar dari rupa itu. Kita juga sudah masak dengan istilah ADSL. Sebenarnya ADSL atau keluarga besarnya DSL bukanlah satu-satunya pilihan untuk kita menikmati perkhidmatan broadband. Di seluruh dunia, terdapat 3 lagi cara manusia di muka bumi ini menikmati broadband.
    Pertamanya adalah modem kabel atau 'cable modem'. Di US benda ni biasa. TV di rumah sambung terus ke cable, dari situ istilah cable TV. Banyak rancangan bersifat tempatan dan berita yang lebih tempatan dari berita nasional. Kat Jepun pun biasa benda ni.

    Keduanya adalah broadband melalui satelit. Inipun belum mature, even belum exist di Malaysia. Mentaliti technologist kita tak boleh tune formula broadband = satelit. Pelik kan? Data boleh pergi sehingga 400kbps burstly. Macam ASTRO, kalau dia boleh develop interactive atau internet based service, barulah kita boleh menikmati broadband melalui satelit. Maxis based broadband anyone?

    Ketiga adalah melalui wireless. Slowly cathing up at Malaysia. Remember hotspot? It is prematurely half of effort to realise the broadband. Dia lebih dari hotspot yang bertindak sebagai access technology. Ia boleh mencapai sehingga 11Mbps dari satu kawasan ke kawasan yang lain. Sekarang ada pula Wimax, lagi besar liputan. Kalau dah ada di Malaysia secara meluas, siapa perlukan broadband TMNet?

    Keempat DSL. Itulah yang kita selalu kaitkan dengan broadband. Oleh kerana harganya lebih kurang ASTRO, masih ramai yang fikir dua tiga kali sebelum melanggannya. Ketika membeli kita dijanjikan 512k atau 1Mb, namun hakikatnya network kita tiada Quality of Service, tak kiralah samada end-to-end mahupun edge-to-edge network.

    Cuma masalahnya di Malaysia ni kita masih di takuk lama, asyik-asyik DSL. Mungkin masalah pemasangan, penyelenggaraan, monopoli, politik dan kepentingan business. Entah ler.

    Network kita masih berstatus best effort, bermakna you bayar mahal ke you bayar murah ke sama sahaja speed yang you dapat. Jadi kepada orang yang menjual streamyx tu cuba kita tanya, "You boleh pastikan ke saya dapat speed yang diiklankan ni, you takde QoS mechanism untuk provide a guarantee service".
    Maka pasti dia menjawab, "Kalau you bayar mahal, you dapatlah speed laju, kalau you ambil yang murah sedikit, you dapatlah speed yang kurang laju".

    Mudah aje cakap, ini bukan kerja senang. Dia ingat packet dalam network tu pandai macam tu sekali. Bila dah masuk IP network, packet dari rumah kita yang bayar mahal atau packet dari rumah jiran kita yang bayar murah dilayan sama sahaja. QoS mechanism, kalau ada boleh memastikan yang bayar mahal jalan dulu yang bayar murah jalan kemudian. Bukan ikut suka-suka aje. Dia ingat ada jin agaknya buat kerja sesenang begitu. Geram betul.

    Thursday, December 01, 2005

    Your Behaviour Info For Sale

    Cara perniagaan dewasa ini dijalankan bukan sekadar jual dan beli. Ia melibatkan jual, beli dan rekod pembelian. Rekod pembelian ini adalah data mentah yang secara kolektifnya akan bertukar kepada informasi. Informasi ini adalah kuasa yang berupaya melakukan lebih dari sekadar membeli dengan kerelaan. Kemungkinan kita akan membeli secara dipaksa, tanpa kita sedari. Kerana itulah setiap free service yang Google tawarkan perlu dipandang serius. Kerana itu juga setiap kali menaip butir-butir peribadi di internet, kita perlu siapkan pendinding. Pendinding itu adalah dalam bentuk butir peribadi yang mewakili kita di dunia cyber, tetapi tidak di dunia sebenar. Ia menjana idea untuk melancarkan software "Fraud Identity Generator" sebagai mengaburi mata pengumpul-pengumpul maklumat di database Google yang ketagih maklumat anda.

    Sekiranya kita rasa kita sudah cukup bijak dengan menggunakan nama login, gender, age, location, dan address yang pelbagai, fikir semula. Bukan itu sahaja yang dicari oleh penghirup maklumat ini. Bayangkan anda memasuki suatu kenderaan bernama Google, yang berupaya merekodkan semua perjalanan anda, dengan siapa anda berinteraksi, apakah buku kegemaran anda, apakah hobi masa lapang anda dan apa yang anda suka dengar atau genre movie kegemaran. Semua itu akan menjadi suatu data berstruktur yang bukan sahaja melibatkan personal ID, tetapi juga perilaku, jiwa dan pemikiran. Ia berupaya menjana banyak lagi peluang busines. Contoh kalau saya tahu anda suka anda suka dengar Iron Maiden, pasti saya hantar update tentang band berkenaan. Kalau anda suka baca Enid Blyton, pasti anda akan terima email-email tentang buku-buku adventure dan sebagainya.

    Dan lebih teruk kalau ia berupaya membentuk data dalam skala yang lebih besar, melibatkan sesuatu masyarakat, bangsa dan negara. Data yang dikumpul secara kolektifnya akan dapat memberi gambaran tentang sifat sesuatu bangsa. Adakah bangsa itu berani, penakut atau kedua-duanya. Ia akan menjadi senjata ampuh melemahkan sesuatu kelompok tanpa disedari oleh kelompok berkenaan.

    Maka selamat tinggal M-16, C4 dan nuklear. Inilah senjata alaf baru yang lebih halus dan menggemparkan.

    Selamat Mengundi

    Semalam saya berborak dengan Tok Guru (dia bukan betul-betul Tok Guru macam Nik Aziz, dia cuma Prof. Dr. Ir. dalam bidang engineering) saya tentang pengalamannya di
    Eropah. Rotterdam, Paris, Rome dan London adalah antara tempat-tempat yang pernah dikunjunginya. Tok Guru bercerita tentang komuniti-komuniti Islam yang ditemui di
    setiap ceruk di benua atas angin itu. Menurutnya, oleh kerana orang Muslim tidak
    ramai, walaupun dia tidak memperkenalkan diri, dengan mudahnya beliau dikenali oleh
    orang-orang Islam di sana yang kadang-kala memberi salam sebagai pembuka bicara.

    Begitulah Islam, ia tidak dipunyai oleh wajah putih berhidung mancung atau wajah
    gelap bertelinga capang. Ia tidak dimiliki oleh sebarang rupa manusia. Ia milik
    universal manusia. Dan itu menurut Tok Guru merupakan akar kekuatan umat Islam. Ia tidak melekat atau dijenamakan pada sesuatu bangsa.

    Jika banyak bangsa, banyak pula ragamnya, banyak pula pendekatannya, banyak pula
    ideanya. Oleh itu Rasulullah selalu bersyura untuk mendapatkan pandangan para
    sahabat. Bila berjumpa umat Islam di komuniti Eropah, cara berfikir juga berkembang
    dan banyak idea terhasil. Semuanya lahir dari hanya berbincang dan berborak.

    Berbincang merupakan kaedah yang sangat berkesan dalam melahirkan idea yang hebat dan realistik. Kerana ia mengambilkira pengalaman dan kebiasaan seseorang di dalam
    masyarakatnya. Contohnya Salman Al-Farisi yang mencadangkan penggalian parit ketika
    perang khandak. Ataupun Bilal bin Rabah yang punya suara yang kuat untuk menjadi
    muazzin pertama umat Islam. Keduanya bukan bangsa di tanah Arab.


    Dipaparkan dari Roslan SMS, tokoh blog aliran kiri yang disegani.


    Orang barat masakini menceduk idea ini tanpa kita sedari. Kaedah multinasional
    company (MNC) yang berjaya adalah mengambil individu-individu terbaik dari setiap
    negara. Individu ini akan mewakili mereka di pasaran tempatan supaya dapat memahami
    kehendak dan memikat hati pengguna atau pembeli tempatan. Ini kaedah Islamik sejak
    zaman Rasulullah sebenarnya. Setiap kaum atau bangsa ada kelebihannya. Islam agama
    yang memperkenalkan kesatuan bangsa dan bahasa melalui konsep ketuhanan, sekaligusnya memanfaatkan kepelbagaiannya untuk menjadi agama yang dinamik dan sesuai dengan tabii manusia.

    Oleh kerana itu saya tertarik apabila membaca posting Roslan SMS mengenai
    strategi PAS menggunakan Exco negeri mereka, Datuk Annuar (Annuar Musa?) Tan sebagai
    pemancing undi orang Cina yang mewakili 5% undi di DUN Pengkalan Pasir. Ia bertepatan dan sinonim dengan kaedah MNC dan lebih tepatnya negara Islam pimpinan Rasulullah.

    Walau apapun, selamat mengundi. Selamat berpesta sakan selama seminggu!

    Monday, November 28, 2005

    Nude in Custody: A Different Perspective

    So we are shocked by the video clip of the ear-squating nude woman captured in police custody. It is a shame story to all Malaysian citizen. Again the Police credibility is tested. While the tortured university student case early Ramadhan still not settled, they have to confront another episode of humiliating event.

    As usual, a lot people have to say a lot of thing. I'm not defending the Police, I have no benefit of defending them. Just to view it in different angle. Again, as usual, in Malaysia, be it Police, citizen or politician. You are guilty before they prove it.

    Question:

    1. Is anybody ever mentioning about image sabotage?
    2. Is the photo or video clip is genuine?
    3. Why, at the first place, the policewoman, didn't notice that somebody is taking her pictures or capture a clip of her?

    A lot of question to suggest that the event is really happen, and also to suggest that it is just a technology of image manipulation or to suggest that the footage is real, but not the 'actresess'?

    Although I feel sympathy to the nude woman and her family, I do hope she can emerge because there are strong backing from the top minister and more importantly, Malaysian concern citizen.

    Jeffooi:I am truly disappointed that Screenshots readers fail to see the obvious, that technology can be an effective enabler to forge transparency in public governance.

    Yes, correct, but it also can be an effective enabler to damage Malaysian image and Police repution (is there any reputation?). Seeing is no longer believing.

    Matang & Muda?

    Situasi 1:
    Minggu lepas berkampung di Damansara melawan sengal, penat, mengantuk dan demam, semata-mata pergi training yang sudah lama dirancang. Buat pertama kali kami bertemu instructor yang sorang ni. Masih bujang dan nampak macam budak baru grad, nak ajar kami-kami yang agak tua ni tentang network. Rasanya masa dia baru belajar apa itu IP, kita dah boleh specify allocation IP untuk seluruh network dalam lab. Nak mengajar itik berenang? Bunyinya kelakar dan sombong. Realitinya tidak begitu. Instructor ni berpengalaman luas, tahu tentang setiap apa yang kami tanya walaupun teknologi baru atau lama. Dia juga boleh buat programming, cekap dalam pelbagai OS dan anggap networking ni (bidang yang dia expert sangat ni) sebagai lebih sukar berbanding programming. Pendekata, kalau main bola, dalam semua aspek dan posisi, langsung tak boleh gelecek dia. Teruk kena belasah. Orangnya bijak control floor. Bila kita mengantuk dia buat-buat datang meja kita dan tunjukkan ayat dalam handout yang perlu dihighlight, padahal sebenarnya dia nak kejutkan kita. Merendah diri walaupun hebat sangat. Baru berusia 27 tahun.

    Situasi 2:
    Hari Jumaat. Solat di masjid Kayu Ara. Tok Bilalnya tua bila dilihat muka dan didengar suaranya. 'Tok' Imamnya, budak mentah. Walaupun berjanggut dan berjambang, raut wajahnya jelas menunjukkan dia baru meniti awal 20-an. Orangnya hitam manis, hensem? No komen, tak penting kalau jiwanya soleh dan menjadi khatib solat Jumaat. Berbanding aku, dah ler tak hensem, tak menghafal sangat ayat Quran, tak pernah jadi khatib, nak dapat saf depan pun once in a blue moon. Suarapun tak sesedap yang diperasankan. Pendekata, kalau main badminton, memang kena bantai straight set 15-0, 15-0 dengan Tok Imam tadi. Kalau raut muka penuh kewibawaan itu tidak mencukupi, dengar pula suaranya membaca ayat-ayat Quran dengan lunak dan pembacaan khutbah yang jelas, keras dan lancar. Cara dia memandang jemaah ketika membaca khutbah dan ketika salam dengan jemaah selepas solat, menunjukkan itu bukanlah hari pertama dia menjadi imam. Tidak terhegeh-hegeh, tersipu-sipu atau tersengih-sengih seperti budak muda yang selalu kutemui. Penuh kewibawaan, tampak serius tetapi sopan dan mempunyai aura dalam cara yang tersendiri.


    Gambar hiasan dari http://www.ilpjitra.gov.my/archives/solat.jpg

    Ketika dalam perjalanan pulang aku teringat dua pemuda ini. Walaupun mereka muda tetapi mereka mempunyai keperibadian yang hebat dan mengesankan. Sudah hampir 30 tahun aku duduk di bumi Allah ni, rasanya ramai sahabat-sahabat yang hebat, tawadhuk dan istiqamah yang aku temui. Tetapi aku masih tak berupaya menjadi separuh dari mereka. Sungguh pengalaman bersama dua individu tadi mengajar aku supaya tinggalkan Naruto, Doremon mahupun X-Men. Tak mungkin aku boleh jadi penyelamat ummah kalau aku masih menganggap masalah dunia boleh diselesaikan dengan pedang ThunderCats.

    Lawatan Sambil Belajar di Mauritius

    Aku agak terkilan kerana tak dapat bersama rakan sekerja melancong dan melencong ke Mauritius. Mesti seronok. Impian menjadi katak yang keluar dari tempurung masih belum tercapai. Hampas tebu betul.
    Tapi takpe, boss kata lain kali boleh pergi. Dia tau aku nak sangat pergi tetapi Zaujati dah sarat sangat tu. Tak berani aku nak serahkan tanggungjawab berat ni pada Bathol. Kalau Gajah dan Singa kesayangannya 'lemas' dalam gayung dia buat tak kisah, takpe lagi. Tapi mama nak bertarung nyawa nak bawakan adikmu.

    Patutnya tak boleh bagi alasan untuk tidak pergi, tapi bapak takde kekuatan untuk tinggalkan kalian. Isk isk...

    Wahai kengkawan, pergilah kalian, balik jangan lupa ole-ole untukku.


    http://www.bigfoto.com/africa/mauritius/mauritius-29.jpg

    Setakat pantai begini, kat Morib pun ada

    Sunday, November 27, 2005

    Aku dan Demam

    Sejak Khamis lalu aku mula rasa seram-seram sejuk. Dua hari yang menyeksakan terpaksa dilalui juga. Kalau ikut hati mahu sahaja aku bercuti. Tapi training dah bayar ribu-ribu satu kepala takkan nak ponteng.
    Jumaat lalu selepas training aku bergegas ke klinik. Dr. kata tonsil dah bengkak. Dia bagi macam-macam ubat. Ubat demam, ubat sakit tekak, antibiotik, tekak bengkak dan kumur-kumur. Aku tunggu satu hari satu malam sebelum buat kesimpulan bahawa ubat dia memang tak power. Badan pula sekejap panas sekejap sejuk. Bukan kali ni sahaja, dah lama dah aku perhatikan ubat dia tak berapa bagus. Maka Sabtu malam Ahad dengan bersusah-payahnya aku berjumpa Dr. yang agak jauh dari rumah untuk dapatkan ubat yang lebih baik. Dr. kata tonsil bukan setakat bengkak, tetapi bernanah. Patutlah bukan main sakit ketika menelan.
    Alhamdulillah hari ini sudah agak OK. Masih sakit tetapi tak sebisa satu dua hari lepas. Bila sakit tekak begini aku cenderung untuk tidak banyak berbicara. Dengan zaujati pun guna bahasa isyarat sahaja. Walaupun tonsil tiada kena-mengena dengan peti suara, tetapi pergerakan mulut sedikit-sebanyak akan memberi kesan kepada tonsil. Bagus juga tak banyak bercakap. Diam aje. Membisu macam Mak Mok aku. Kata Umar, banyak bercakap lagi banyak silapnya. Kata orang nak kahwinkan anak, diam tanda setuju. Kata orang, kalau diam tak pasti dia diam kerana kejahilannya, tetapi kalau dia bercakap dengan jahilnya, maka sudah menjadi pasti kejahilannya. Entah apa yang aku mengarut.
    Demam dan sakit adalah ujian-ujian kecil dari Allah untuk hamba-hamba yang lemah dan kecil. Kalau di Palestin, nak panggil demam sebagai ujian, tak berapa nak justify. Ujian mereka sudah tentu lebih berat dan apalah sangat demam ini pada mereka.

    Thursday, November 17, 2005

    Bye

    Dari YM pagi ini

    rxx xx: perkataan "bye"...>>merupakan jarum sulit org kristian...didlm bahasa Arab b'maksud "fi hafzil baba" manakala dlm bahasa Malaysia b'maksud di bwh naungan pope(paderi).jd foward dan sebarkan kepada semua member2 anda semoga Allah memberi rahmat kpd kita dan org lain.ws

    Tuesday, November 15, 2005

    Krem Betis atau Simpul Biawak

    Kalau belum beristeri, tak payah baca yang seterusnya. Tapi boleh juga kalau nak baca juga.
    Sudah sekitar 8 bulan, Zati terkena simpul biawak (kenapa pilih biawak, tak comelnya lah) atau krem betis. Masa Tha dulu tidak pula begini. Ditambah pula dengan demam panas yang datang entah dari mana (confirm dari Allah, cuma tak pasti apa penyebab demam). Tak boleh bangun langsung sejak balik kampung minggu lepas. There goes my two annual leave. Berkubu di rumah sendiri melawan kelincahan Thalhah menyepah dan mengkacau-bilaukan pertahanan Liverpool. Aku memasak juga, tapi Tha tak makan. Tak tahulah. Kebetulan dia cirit-birit. Memang mencabar 'cuti rehat' di rumah.
    Aku mencari maklumat tentang krem betis ni. Tak banyak info. Agak sedih tengok Malaysia punya website, tak banyak info.
    Krem betis ni symptom biasa orang nak bersalin. Kalau website Malaysia, dia suruh makan Salindah.
    Macam biasa, yang boleh diharap ialah babycenter
    Kaki krem semasa 2nd trimester semasa mengandung disebabkan keletihan kaki membawa beban yang agak berat iaitu kandungan tersebut. Ia dikatakan berpunca dari kekurangan kalsium di dalam badan. Ia juga berpunca dari banyak mengambil phosphorus yang banyak terdapat dalam daging, makanan snek mahupun minuman soda. Makanan ini menghalang penyerapan kalsium. Bayi akan mengambil sumber kalsium dari tubuh ibu menyebabkan pembekalan kalsium ke tulang-tulang ibu tidak berlaku dengan optimum.

    Beberapa kaedah yang dicadangkan untuk mengelakkan krem:
    1. Elakkan berdiri dengan kaki bersilang terlalu lama
    2. Regangkan otot-otot kaki sebelum tidur
    3. Gilirkan penggunaan betis ketika duduk
    4. Berjalan kaki kecuali tidak digalakkan oleh bidan/doktor
    5. Elakkan dari kepenatan. Berbaring dengan lambung kiri untuk melancarkan pergerakan darah di kaki.
    6. Elakkan pengdehidratan dengan mengambil air yang cukup
    7. Mandi air panas untuk merehatkan otot-otot kaki
    8. Mengambil magnesium dan potassium yang cukup. Dicadangkan susu magnesia dan pisang yang kaya dengan potassium.

    Sabar Zati, lagi sebulan insya Allah.

    Boleh Blog Guna Email

    OK ler, dapat idea. Kalau nak tulis personal diari atau blog, kerana content tu tidak perlu dikongsi, boleh guna email. Email gmail (Google lagi?) agak bagus. Cuma alamatkan email kepada mail address yang sama dan mula menulis.



    Bagus juga tulis email kepada diri sendiri. 2G setakat tulis text file beberapa ratus byte takkan ler boleh penuh mailbox. Siap boleh masukkan gambar-gambar lagi kalau terasa gatal nak upload.

    Thanks blogger yang kirim cadangan!

    Friday, November 11, 2005

    Catatan Seminggu Raya: Entah apa-apa

    Catatan peribadi. Takde apa yang menarik untuk dibaca heheh.

    Raya Pertama: Takbir dan Solat Raya. Berjaya nangis depan Allah. Sedih mengenangkan persembahan Ramadhan. Tak tau apa cerita tahun depan. Nang sakit perut. Lepas bermaafan sesi fotografi. Bateri spoil. Beraya di rumah Mak Mok. Pergi rumah Pok Su pula. Patutnya sekejap, tapi bak kata abg Shidi, mesyuarat agung Bangsa-Bangsa Bersatu. Pendedahan hati ke hati yang bagus dan menyelesaikan banyak kekusutan. Lama punya pasal, sempatlah masak dodol yang PokSu buat, dapatlah kami dua bekas kecil. OK ler tu. Melengah-lengahkan masa permainan untuk merembat dodol kegemaran. Pandai main betul. Pergi rumah ipar-ipar Along iaitu rumah kak Che Ah, rumah kak Jaghah (Zarah) dan Pak Anjang. Rumah baru. Macam rumah YB. Makan memang best. Hasrat makan HANYA, diulang, pada hari raya pertama ni, hanya di rumah emak; secara otomatiknya berkubur. Sebat kuah kerang, ayam masak kari dan (satu-satunya) gulai ikan parang respectively, dengan jayanya.
    Sampai rumah tengahari. Keluarga Mak Ngah Saliam datang dan makan tengahari bersama. Mak punya menu yang standard, ikan besar masak bercili untuk setiap keluarga yang datang. Hari raya pertama dah tahu orang jemu makan ketupat rendang. Tu sebab ramai saudara suka datang raya pertama. Lepas maghrib Pok Su Jaafar pula menyusul sekeluarga. Makan malam. Shasha yang keletah. Asyraf sempat ziarah makcik yang baru keluar hospital. Mimi kat Melaka? Cik Leha sebelah datang. Cik Umar berminat nak bervideocam. Function Putera Umno?

    Raya Kedua: Pergi rumah Along. Siti sekeluarga datang juga ke rumah Along. Sama-sama pergi rumah kak Ummi. Airmata berguguran, bagusler kalau dah bermaafan. Macam biasa mesti makan rumah kak Ummi. Antara kuah kacang terbaik. Adik dah gemuk, tapi suami masih maintain dan hensem gitu. Sama-sama dengan kak Siti balik rumah mak, solat Jumaat. Makan tengahari. Fitri, Ila, (?) dan Zul. Ada baby baru. So Pak Long Mat Reis ada 5 anak saudara sekarang. Petang lari balik ke area Bengkok. Jejak Kasihan Mama mencari sahabat yang dulu sama-sama berkelana di Jordan. Bukan main seronok dia, ziarah raya buat kali ketiga, baru kali ini ada rezeki berjumpa. Rupanya Lailee baru balik sekitar awal Ramadhan.

    Raya Ketiga: Pergi Melaka. Nik terpaksa ambil MC. Naik Mercedes bapak. Kepanasan tapi takpe. Singgah rumah orang buat drama. Macam biasa pekena Asam pedas yang popular. Ulam pun sodap. Pergi rumah Mak Cik pulak, nenek ada sekali, tak payah pergi rumah dia. Thalhah OK tapi Aisyah cirit-birit. Sebelum balik singgah Bandar Hilir. Bagai nak rak cari jalan. Tangkap gambar kapal terbang, keretapi dan lembu.

    Raya Keempat: Pergi rumah Mak Long depan. Layan Pak Long kisah pahit maung di Kajang, Taiping dan Pulau Pinang (apa tuh? Nak tau? Cuba tambah Pudu, boleh teka)

    Pergi rumah Cik Khairani, lepak-lepak rumah besar tepi laut sambil tengok kaktus. Giliran aku perut meragam. Pergi rumah Pak Ngah Lias makan kuih tradisional beras ala dodol. Makan nasi, berselera Zaujati makan berlauk pindang bersayurkan kantan. Ke rumah adiknya, Mak Andak (Jamaliah?), rumah renovate besar baru RM50k, layan abg Syafie pemain pasukan MPPJ.

    Sampai rumah sebelum asar. Sebelum maghrib Abg Zul sekeluarga sampai, istimewanya tahun ini ada Taufik khas dari Jepun. 2nd year shipping kat sana. Juga Din dah masuk MMU course diploma Telecom.

    Malam beraya ke rumah Cik Jah. Cucu-cucunya suka bergambar. Kaktus diapun nampak mengancam. Singgah rumah Cik Nur. Kek coklat bukan main sedap, hasrat nak kurus tinggal kenangan. Depa makan mee kari, tapi bapak dah full. Bathol rembat Zikrey punya basikal. Buatler macam harta sendiri.

    Raya kelima: Tengahari sampai ke rumah Pok Su Manaf di Kelang. Laporan dari para penumpang Merc, KEPANASAN. Giliran korang pulak. Bapak have to do something with the air-cond system. Lepak-lepak sambil makan ketupat sambal merah. Bathol merembat bola, kakak dah menangis nak balik bola dia. Mama macam biasa maintain bab-bab makan ni, banyak. Sementara selera, nanti dah nak bersalin takut tak selera macam masa bersalinkan Tha dulu. Selepas mencilok coklat Koko sebanyak satu plastik, terus ke rumah kak Ros di Shah Alam. Makan lagi. Lega jumpa betik. I love you kak Ros! Jumpa balik Pok Su Jaapar, Mok Su tak ikut pening kepala, Mak Ngah Saliampun takde, so automatik tak pergi area Keramat dan Melawati. Jumpa abg Poji dan kak Imah abg Zul (apahal minta no. telefon, selalu segan-segan, mesti ada business ni). Suku-sakat pakat tinggalkan kereta bapak untuk berhimpit di kereta dua pintu yang sudah sedia sendat. Terus ke rumah kakak seibu sebapa emak di SungeiWay. Jumpa pensyarah UUM yang dah lama tak ditemui. Borak baik punya. Besar dah anak-anak dia. Makan nasi juga, tapi bapak tak larat. Hasil penyiasatan, rupanya mama dah ada sekitar Seksyen 2, so selepas solat, mandi (Tha sahaja) dan makan, patah balik ke Shah Alam dan join Zaujati punya family pula(meninggalkan emak ayah dan semua; yang kemudiannya terus balik tanpa singgah ke rumah Pak Cik Mamat di Bangsar, mahupun keluarga sepupu di Kelana Jaya dan Subang Jaya.)
    Selepas charge battery (Tha pun) di rumah Ayah Din, guide Tuk Ayah balik ke Bangi rentas Subang Jaya-Puchong. Patah balik ke USJ jalan-jalan cari Pizza Domino. Sampai rumah sekitar jam 8.30 malam.

    Raya Keenam: Takde apa yang menarik sangat, pagi-pagi dah hantar kak Una balik Padang. Selepas makan tengahari pergi rumah Steve Harris di sekitar BBB dengan Tuk Ayah. International attitude daie. Mantap juga. Kemudian nak ke rumah UKG, takde orang, ke Serdang beli software (ayo yo tak tahu; pirate), SMS yang tricky dari UNN bila Tuk Ayah nak beraya ke rumahnya. "Ana from kampung". Kenapa "from"? Ke rumah kawan Kinah. Rupanya dekat Mahligai sepi. Habis-habisan rahsia terbongkar. Idamsa ngat. Pak Cik nipun bagus, orang Tganu, ada vision dakwah dan tahu kepentingan pelapis. Balik singgah rumah kak Nor. Cantiknya rumah dia. Adik-adik enjoy habis dalam bilik untuk buat landskap. Pak Cik rupanya buat projek kat KUIM. Tuk Ayah tanya berapa ratus ribu untuk develop a main campus for IPT. Pak Cik jawab at least 800k purely on physical development, bukan tanah, bukan equipment, bukan semua bukan.
    Malam Mama tinggalkan kami sekeluarga. Rasa sedih pulak bila tinggal bertiga (berempat). Agaknya begitulah perasaan emak setiap kali aku balik.

    Thursday, November 10, 2005

    Akhbar Alam Islami 9 Syawal 1426

    Lagi korban jalanraya
    TEMERLOH: Pemandu bas ekspres Transnasional terbunuh, enam penumpang parah manakala 13 lagi cedera ringan apabila bas berkenaan melanggar trailer membawa simen berkampit di Kilometer 156.8, Lebuh Raya Pantai Timur (LPT), dekat Chenor, Maran awal pagi semalam.
    http://www.bharian.com.my/m/BHarian/
    Thursday/Nasional/20051110000007/Article/

    Azhari Hussin yang dikaitkan dengan JI terbunuh (atau meletupkan diri?) dalam drama tembak menembak dengan tentera Indonesia. Berita lanjut:
    http://www.antara.co.id/seenws/?id=22192

    Rusuhan agama di Sulawesi
    http://www.bharian.com.my/m/BHarian/
    Thursday/Dunia/20051109233936/Article/

    Ledakan Bom di Jordan: Siapa punya angkara?
    http://edition.cnn.com/2005/WORLD/meast/11/09/jordan.blasts/

    Isu Tudung di Eropah
    Wanita bertudung Turki gagal menghentikan larangan memakai tudung di universiti.
    http://news.bbc.co.uk/2/hi/europe/4424776.stm

    Peranchis pun sama
    http://news.bbc.co.uk/2/hi/europe/3437133.stm

    Catitan: Kelakar orang barat ni. Bila negara Asia violates Human Right, dia yang lebih sudu dari kuah. Tapi orang nak pakai tudungpun jadi benda besar. Pejuang-pejuang hak asasi konon.

    Pemakaian Tudung di Konvo UIA
    Apahal UIA nak wajibkan pakai tudung masa konvo? Itu yang tersurat, yang tersirat banyak, tapi tak cukup ilmu nak ulas. Wallahu A'lam.
    http://www.nst.com.my/Current_News/NST/
    Thursday/National/20051110074217/Article/indexb_html


    Arab parents donate son's kidney to Israeli

    The family of a 12-year-old Palestinian boy, killed by Israeli soldiers, this weekend donated his kidney to an Israeli boy who desperately needed a transplant.
    http://www.nzherald.co.nz/section/story.cfm?c_id=2&objectid=10353961


    Nota: URL mungkin akan expired. Sila Google kalau nak tahu lebih lanjut.

    Aku dan Kekeliruan Peranan Blog Ini

    *Perhatian: Aku menulis posting ini mengikut style bukunota.blogspot.com. Saja nak tukar style.

    Kadangkala itu yang sering aku rasakan. Pening 1

    Aku suka menulis diari. Sejak remaja lagi. Aku teringat mini diari sebesar buku 555 yang bapa beri ketika masuk sekolah menengah.
    Ada kenangan pahit berdiari ini. Ketika di sekolah menengah juga, seorang senior terjumpa diariku dan membaca. Dia cerita pula kepada kawan-kawan satu dorm. Apa lagi menggetap bibir menahan marah, nak mengamuk tak boleh senior. Akupun keluarkan ultimate weapon yang lebih hebat dari mengamuk, iaitu merajuk. Sampai dia datang minta maaf.
    Suatu ketika aku tergelak besar bila terbaca kisah suatu hari di dalam diariku.Ketika itu tahun satu. Aku marah seorang rakan (yang kemudiannya menjadi rakan yang agak rapat) yang meminjam mesin taip elektronik 2 kepunyaanku dan menggunakan sehingga habis semua dakwatnya, semata-mata untuk menulis surat ke makwenya 3.

    Sudah lama aku tinggalkan dunia berdiari. Sebelum kewujudan blog, aku hanya menulis kadangkala, berdasarkan peristiwa, dan bukan setiap hari, dalam kertas, dalam PDA, dalam application notepad mahupun online html yang aku sorang sahaja yang boleh baca 4.
    Tetapi teknologi blog dan fleksibilitinya menyebabkan aku mula beralih kepada blog. Ia mudah dikendalikan, maintenance mudah berbanding diari berasaskan website biasa. Login dan mula menulis. Susunan posting sangat praktikal. 5

    Cuma satu kelemahan, diari ini bukan lagi private. Orang lain juga boleh membaca apa yang kita tulis. Yang umum tidak mengapa, tetapi yang bersifat personal juga terpaksa dikongsi bersama. Ada perkara-perkara yang menarik berlaku di dalam hidup ini tetapi kita tidak rasa perlu untuk dikongsi. Bagaimana kita boleh diari 'kan' secara blog dan online tetapi hanya eksklusif untuk kita sahaja? Educate me.

    Oleh kerana itu, kadangkala kita terpaksa menjadi dua orang yang berbeza. Kadangkala kita menulis sebagai seorang tokoh masyarakat, tetapi kadangkala kita bercerita tentang peribadi, seolah-olah kita umpama selebriti; yang kisah di dalam kainnya pun kita risaukan 6.
    Oleh itu terkadang kita; dalam rangka mencatatkan sesuatu, cuba menulis seumum mungkin supaya privasi kita terjamin. Bahayanya kita juga boleh terjebak menjadi orang yang berpura-pura. Aku tak mahu berpura-pura dengan apa yang kutulis. Ia lahir dari perasaan sendiri dan pemikiran atau pandangan yang dianuti 7. Tetapi pada masa yang sama aku tidak mahu identiti diri dan orang-orang disekelilingku menjadi agak terdedah kepada dunia ICT yang entah di mana sempadannya.

    Aku pasti bukan aku seorang sahaja menjadi keliru atas topik ini. Ramai begini. Kesimpulannya apa? Entah. Buat ler apa-apa yang patut. Nukthoh.

    1 Bukan pasal banyak makan daging. Potensi darah tinggi tuh!
    2 Jenis Canon. Dapat selepas aku menyertai peraduan Ella USA - Canon. Dapat tempat kedua.
    3 Dia tak kahwinpun dengan makwe tu.
    4 Pakai javascript, kita boleh buat client side password. Kalau loginnya abc, maka nama html page adalah abc.html. Senang aje, tapi selagi orang lain tak tahu nama html page berkenaan, sampai kiamat dia tak boleh access file tersebut.
    5 Kata-kata yang indah untuk menutup perkara sebenar, "Malas nak maintain".
    6 Tu pasal blogger ni selalu perasan dia macam Batman, Zorro mahupun Power Rangers
    7 Kepada yang tak faham, tak mengapa. Aku pun tak faham apa yang aku tulis. Dah tajuknya begitu.

    Top Ten Sign You Are Addicted to Blog

    Dulu aku banyak menulis Top Ten ni, terutama bila tengah tension buat kerja. Bila penatpun begitu, jiwa mudah teransang untuk menyewel mana-mana yang patut. Ini antara yang sempat aku racaukan baru-baru ini.

    Top Ten Sign You Are Addicted to Blog (Memang ada pengaruh Dave Letterman, aku mengaku. Nanti aku nak buat dalam English dan hantar ke website Late Show)

    10. Setiap pagi, sebelum soccernet atau Malaysiakini, anda melayari roime.blogspot.com dan menyumpah blogger berkenaan sekiranya dia tidak apdet

    9. Kerja anda: 10 minit membuat eksperimen, 50 minit membaca blog

    8. Anda beli digital kamera semata-mata untuk mengisi gambar di dalam photoblog anda

    7. Buku di makmal ditambah huruf B dan tertera sebagai "Labarotary BLog Book"

    6. Key Performance Index atau KPI anda tercatat: Menghasilkan 10 posting blog setiap bulan.

    5. Anda meminta subordinates menghantar laporan mengikut format html (blog)

    4. Anda memanggil anak-anak buah anda sebagai "bloggers"

    3. Ayat yang sering didengar bila berborak dengan anda: "Nanti kau baca aje dalam blog aku".

    2. Anda memandang rendah peers yang tidak ada weblog sendiri (baca posting terbaru The Phenomenon)

    2. Syarat meminjam notebook anda: Layari drivedbyblog.blogdrive.com, isi sekurang-kurangnya 2 komen dan tulis sesuatu di shoutbox.

    1. Atas kad jemputan kahwin anda, selain tertera nombor telefon, terdapat juga alamat blog anda.

    Sendal dari Abouti

    Tuesday, November 08, 2005

    Kisah Sepasang Penguin

    Lanjutan dari posting cerita-cerita mengenai skill mahmudah yang sangat sukar dimasterkan, saya paparkan email kiriman seorang pensyarah UTM. Ringkas tapi mengesankan.


    Salah satu klip yang selalu saya gunakan dalam menunjukkan Kebesaran Allah ialah
    kisah hidup penguin. Walaupun klipnya hanya sekitar 6 minit - tapi cukup menarik
    perhatian para pendengar.

    Penguin betina kelihatan menuju ke satu destinasi.... untuk bertelur. Setelah
    bertelur di berikan telornya itu kepada si jantan ("suaminya") untuk diramkan.
    Si betina akan bergegas ke laut untuk memburu dan makan selama 4 bulan. Selama 4
    bulan jugalah si jantan akan menjaga telor yang telah diamanahkannya itu - tanpa
    meletakkan telor itu ke tanah walaupun sesaat - kerana kalau terjatuh - anak
    penguin akan mati.

    Selama 4 bulanlah si jantan akan berdiri tanpa rehat untuk memastikan telornya
    itu menetas ...mengikut komen klip filem tersebut - si jantan tidak buat apa-apa
    melainkan bersabar.

    Bila tiba musim bunga - si jantan kelihatan menatang seekor anak penguin. Pada
    ketika itu jugalah sibetina akan balik setelah puas memburu. Si betina akan
    terus ke "suaminya" dan mengambil alih tugas membesarkan si anak. Si jantan pula
    akan terus ke laut untuk memburu.

    Kehidupan mereka bahagia. Si jantan tidak pernah mengeluh. Jika ditakdirkan
    sibetina mati semasa dilautan - si jantan juga akan mati kerana tidak ada yang
    nak take-over!!!!


    You jump I jump?
    http://www.theage.com.au/ffximage/2005/06/19/
    biz_penguin_2006_wideweb__430x292.jpg

    Mereka bahagia kerana hidup mengikut fitrah yang telah ditetapkan oleh Allah.
    Manusia pun begitu - apabila hidup menurut fitrah... Sesungguhnya Islam itu
    agama dari Allah dan secocok dengan fitrah manusia. Manusia yang menjauhkan diri
    dari Islam bererti menjauhkan diri dari fitrah semula jadinya - akibatnya
    manusia akan terjerumus dalam lembah yang hina ....

    Wassalam

    Dr Hishamuddin Alham

    Wednesday, November 02, 2005

    Ramadhan & Syawal: Ucapan dari Saya

    Sempena Syawal yang bakal menjelma, saya dan keluarga ingin memohon ampun dan maaf kepada sesiapa yang mengenali diri yang lemah dan daif ini. Kepada bloggers sekelian, mohon ampun dan maaf kiranya ada bahasa, senggol-senggolan atau kritikan yang tidak sesuai atau menyinggung parasaan. Kesalahan anda semua telah saya maafkan sejak kita berpisah pada pertemuan terakhir.

    Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir & Batin. Raikanlah Idilfitri ini seadanya, mengikut rentak dan kemampuan masing-masing. Kepada Ramadhan, kita akan berpisah lagi. Maafkan aku kerana tidak melayan engkau sebaiknya, sepanjang kedatanganmu. Saat-saat indah bersama akan kuingat kesemuanya insya Allah. Semoga kita masih mampu diberi nyawa, kesempatan dan kekuatan menempuh Ramadhan yang akan datang.

    Monday, October 31, 2005

    Malasnya

    Hari ini hari terakhir bekerja sebelum raya. Memanglah tidak produktif. Malas nak kerja. Alhamdulillah dah siapkan dokumen-dokumen yang berkenaan pagi tadi. Masa begini kalau retro bagus juga. Sebuah lagu lama yang masih tersimpan di kotak fikiran di zaman jahiliyyah.


    Bilaku pejamkan mata, segalanya menghampiri
    Ke rantau resah semalam, termangu sejenak
    Malasnya kumelangkah ke sana
    Mencari sempadan kehidupan
    Yang selalu hilang sebelumnya
    Di sebalik suatu perjalanan
    Sesungguhnya malas itu indah
    Tanpa kuterlibat dengan dosa-dosa
    Dalam berusaha mencari sesuatu
    Kekurangan di sini sudah cukup buatku
    Apa yang kugenggam itulah harapan
    Kelebihan yang datang adalah kesyukuran
    Selagi dapat menyedut ketenangan
    Sehingga terasa di jiwa
    Malasnya




    Tengah santai kat pulau. Adhoc cameraman spoil sikit heheh.

    Apa Cerita Iktikaf Kita?

    Sewaktu aku menurut ajakan kengkawan ke Kajang, aku berasa seronok sekali. Ramai sangat sedara-mara yang ditemui. Jadi malam 25 tu seronok bukan pasal berkhalwat, tetapi bersosial dengan mereka. Tak bagus untuk pemburu, tetapi bagus untuk silaturrahim.
    Malam 26 tak banyak yang dapat diperkatakan. Sedikit demi sedikit sudah menyusut bilangan para sahabat. Semacam tak semangat pulak lately. Ramai sudah mula beredar menuju kampung, memenuhi hak-hak yang lama tidak ditunaikan. Aku terjumpa lagi dengan blogger yang sama. Semacam ada chemistry antara aku dengan dia. Seolah-olah dunia ini dicelah tapak tangan. Malam tadi pula, cuma seorang adik yang kukenali semasa program futsal di zaman kelab memancing aktif. Kebetulan kampungnya di Kajang. Aku pula kebetulannya apa ye?
    Selepas ini aku berkampung di KUIS, UKM atau mungkin di Shah Alam! Balik kampungpun boleh iktikaf.

    Tapi dua malam tu agak tenang untuk mencapai segala yang bersesuaian dengan fitrah. Aku bersyukur kerana diberi peluang-peluang yang tidak terhidang untuk semua orang. Aku tahu persembahanku di depan Allah buruk sejak zaman berkenalan dengan fikrah Islam dan disentuh tarbiyyah secara erat. Aku berazam untuk melakukanyang terbaik. Dari segi kualiti aku sangsi, tetapi dari aspek keberadaanku di situ aku yakin aku telah cuba yang terbaik. Di masa-masa seperti ini, lupakan orang lain, hanya Tuhan yang menjadi ghayah, secara langsung mahupun secara tidak.

    Tak banyak lagi Ramadhan yang tinggal. Mampukah aku menghenjut semaksima mungkin?

    Sunday, October 30, 2005

    Tribute to Syazli

    Aku berjumpa dan berkenalan dengan Syazli sudah lama. Ketika sama-sama menghadiri kursus 7 Habit Course di Infoport UPM. Sejak itu kalau kami bertemu aku sekadar angkat tangan. Diapun begitu. Namun selepas ini tiada lagi dapat kutemui saudara ini. Dia sudah menyahut panggilan ke RahmatuLlah semalam. Terlibat di dalam kemalangan di Kuala Lipis bersama adik dan iparnya, hanya dia seorang yang terkorban. Semalam, dia menjadi sebahagian dari statistik jumlah korban jalanraya semasa musim perayaan. Al Fatihah. Semoga dicucuri rahmat ke atas rohnya.

    Thursday, October 27, 2005

    Kisah persahabatan singa & rusa

    Ada sesuatu yg menarik perhatian saya apabila menonton National Geography Discovery Channel baru-baru ini. Ia memaparkan kisah seorang saintis wanita yg mengkaji persahabatan luar tabie antara seekor singa betina dengan seekor anak rusa. Bizarre, itulah yg dapat diungkap oleh saintis berkenaan. Sewaktu ia berburu, sang singa tetap memastikan sahabatnya selamat. Bukan sahaja singa betina lain, rusa bertanduk yang besar juga tidak berani menghampiri anak rusa berkenaan. Mereka sangat mesra dan bermain bersama-sama, bercakar manja & berjilat-jilatan, menjadi pemandangan yg sangat janggal tetapi menakjubkan. Akibat dari ikatan itu, mereka disisihkan dari kelompok masing-masing. Maka berkelanalah keduanya. Si herbivor meragut rumput untuk mengisi perut, sementara si karnivor memburu rusa, tetapi yg selain dari sahabatnya.


    Can you feel the love tonight.
    http://k41.pbase.com/u12/xradiotx/upload/38151346.femaleLion.jpg

    Sehinggalah suatu ketika, apabila secara tiba2, si singa terkejut mendengar jeritan sahabatnya. Terpaku dia melihat tengkuk sahabatnya sedang dijinjing seekor singa jantan yg besar. Si singa betina tidak dapat berbuat apa-apa, melainkan memerhatikan dari jauh. Saintis yg selama ini memerhati dari jauh bergegas ke situ dengan jip. She still alive. Hanya keajaiban sahaja dapat menyelamatkan si anak rusa yg masih berbunyi mengerang kesakitan. Para penonton juga berharap singa betina akan keluar dari tabiinya dan menyerang singa jantan. Namun sudah terlalu banyak keajaiban berlaku. Akhirnya sang anak rusa terkulai.
    Kemudian ditunjukkan imbas kembali hubungan mereka berdua ketika masih hidup dalam hitam putih. Sungguh menyedihkan. Rupanya haiwan juga ada anjakan paradigma, mampu mengubah seteru kepada kawan, bahan makanan kepada sahabat. Rancangan Discovery diolah sebaik atau sebenarnya lebih baik dari Titanic mahupun Kuch Kuch Hota Hai. Syabas.

    Pandai sungguh orang National Geograhic ni bikin cerita. Namun hati-hati kalau terlalu asyik. Pengasas dan kebanyakan saintis awalnya Yahudi tu, jaga-jaga. Ada agenda tersembunyi. Pulangkan segala kekaguman terhadap alam haiwan, tumbuh-tumbuhan, laut dan banyak lagi yang dipaparkan; kepada penciptanya.

    Tapi takpa, depapun ahli kitab juga. Hopefully depa ni Yahudi yang baca kitab Taurat bukan Old Testament
    Apa pulak camtu Abu? Kalau Musa masih hidup dia juga akan ikut nabi kita.

    Yelah yelah. Anyway yang penting nak cerita kat sini, bentuk mindframe kita sebelum menonton supaya hanya anasir-anasir (kenapa dalam bahasa Melayu, anasir dikaitkan dengan yang jahat sahaja?) yang baik sahaja masuk ke dalam minda kita. Wallau A'lam.

    Kembara 23

    Aku tiba agak lewat. Masjid Subang Jaya agak gelap. Aku merayau sekitar tempat orang tidur. Tidak ada pengguna barangan I seperti yg digembar-gemburkan. Selepas berwudhuk dan solat, aku mencari lampu untuk bertilawah. Malangnya tidak ada satupun lampu terbuka, kecuali di tempat mengambil wudhuk. Aku memberanikan diri pergi tempat suis utama dan memasang lampu pintu depan agar tidak menggangu orang tidur di belakang. Alhamdulillah dapat juga baca barang sehelai dua. Aku mengantuk, lalu mencari bahagian belakang masjid yang bersimen, kerana teringat amaran Pahlawan Sejati tentang pak cik itu. Sebelum terlena aku lepak dengan budak-budak remaja yang siapkan sahur untuk jemaah yang akan datang berqiamulail nanti. Di masjid ni biasalah, samada orang tua, ataupun kanak-kanak dan remaja. Nak cari pemuda memang susah sangat. Di balik-balik kesamaran aku seakan-akan terlihat blogger nazrulamir. Entahlah aku tak pasti. Takkan nak pakai lampu suluh tengok muka dia. Sewaktu aku bangun tidur kariah masjid sudah mula memenuhi ruang dewan utama. Aku lihat lampu yang kubuka tadi sudah tertutup. Apa barang? Menggangu ke jemaah yang nak bersolat tasbih tu? Tak terpikir pula begitu. Nak suruh aku datang bawa lampu sendiri? Belum sempat aku berbuat apa-apa, suara pakcik itu, ya pakcik itu, memecah kesunyian, marah-marah tak bagi tidur di masjid. Aku sangka dia marah aku, rupanya kelompok yang tidur dalam masjid yang bercarpet. Kalau dia marah aku, pasti aku marah dia balik (dalam hatipun jadilah). Rumah Allah ke rumah dia?

    Aku terasa ada sesuatu yang membuat pakcik-pakcik ni tak berapa suka orang yang semarakkan masjid. Tidurpun sebahagian iktikaf. Kenapa mesti pandang negatif? Geram aku. Aku terasa sangat2 tidak selesa dengan situasi ini. Tambahan pula tiada lampu terpasang, aku duduk di pangkin belakang masjid, tempat paling tenang di masjid ini. Ada lampu. Masih niat iktikaf kerana masih sama dengan bumbung masjid. Kejakianku kepada apa akupun tak mengerti, terasa meningkat, tetapi itu bukan pelemah semangat pemburu janji Allah.

    Dengan jemaah yg mula memenuhi dewan utama, suara imam memecah keheningan & ketenangan, ditambah dengan perut di dalam mode bergelora (meragam salah makan), aku simpulkan ia berakhir di sini. Insya Allah ada banyak lagi masjid yang merindui pemburu malam qadr sepertiku. Akan kuterus berkelana ke tempat lain.

    Aku lihat Masjid UPM terang benderang sekitar 4.30 pagi. Rupanya ada solat tahajjud berjemaah. Aku masuk tandas, kemudian ambil wudhuk dan sempat solat, zikir & tilawah. Aku menyertai jemaah lewat bacaan doa. Suara ustaz Zahari yang lembut dan menginsafkan, tak sedar airmata ini berderai laju. Tiada sahur di sini, semua jemaah bersurai mengisi perut memenuhi sunnah, maka aku bercadang untuk berkelana lagi. Lepak ke Masjid UNITEN. Terang benderang, tetapi tiada orang. Mungkin semua orang balik sahur sementara tunggu solat subuh. Maka aku memberhentikan kenderaan dan makan bekalan sahur yang dibawa. Lupakan sahur di masjid, jazakillah zaujati yang bekalkan makanan yg boleh dijamah sebagai sahur. Lepas sahur aku terus memecut laju meronda lagi. Menamatkan pemburuan dengan solat fajar dan subuh di Masjid Bandar Baru Bangi. Sampai rumah dalam keadaan tersengguk-sengguk. Mengantuk sangat.

    Bagaimana kisah kembara kalian bloggers? Kongsi-kongsi la. Bukan kita berniat lain, sekadar menyebarluaskan keinginan beribadat, mengajak ke arah kebaikan dan berkongsi pengalaman yang mungkin boleh jadi pengajaran kepada orang lain. Jumpa lagi!

    Monday, October 24, 2005

    Mengembara Ke Temerloh

    Alhamdulillah perjalanan lancar walaupun Bathol main sorok-sorok kunci pada awalnya. Berbuka di dalam kereta adalah lumrah pemburu mad'u. Mujurlah sempat singgah di Genting Sempah, bercanda + camping + bulan madu bagi pasangan pengantin baru dan pengantin lama. Seronoknya jumpa adik2. Sepanjang sehari semalam, kita bertadarus, kita cerita sampai pagi, kita qiyam (ops abang2 je qiyam, adik2 pakat tidur beramai-ramai atas tikar sejadah :-) ) , abang tengok adik-adik wrestling, pelas tu secara tak sengaja abang pun kena wrestling, kita tadarus lagi, adik2 kena piat telinga dengan abang, kita main game simbol. best sungguh. Haziq, Nakib, Baz, Muhammad, Adi, Syakirin, Fikri dan semua Adik-adik Taman Perindu, abang rindu kamu. Moga-moga kita dapat berjumpa lagi.

    Mampukah Angka 200 Dikurangkan?

    Menurut perangkaan, 6223 orang terbunuh di jalan raya. Dan dari jumlah itu, 200 orang menjadi korban sepanjang hari raya tahun lepas. Ops Sikap sudah banyak, tetapi keberkesanannya diragui. Apa agaknya formula untuk menjadikan kita lebih sopan dan bertamadun di jalan raya?

    Artikel yang agak menarik:
    Statistik 1999

    Menurut Najib mudah sahaja nak elakkan kemalangan. Siap bagi 8 petua lagi.


    * Jangan memandu dalam keadaan letih, tidak fokus atau mabuk;

    * Jangan memandu melebihi had laju;

    * Jangan melanggar lampu isyarat;

    * Jangan menukar lorong tanpa memberi isyarat;

    * Jangan memotong kenderaan lain secara berbahaya;

    * Jangan melanggar peraturan jarak keselamatan ketika mengekori kenderaan lain;

    * Jangan menyalahgunakan laluan kecemasan; dan

    * Jangan mencelah di antara kenderaan lain secara berbahaya.


    Secara positifnya, bagus juga. Simple and straightforward. On the other side, come on lah, ini bukan budak sekolah untuk diajar dan dipiat-piat telinga.

    Berikut idea gila-gila yang tidak masuk akal tetapi sekiranya dilaksanakan pasti berkurang angka kematian.


    Top Ten On How to Decrease Accident Figure

    10. Pasang speed limiter untuk setiap kenderaan. Sekiranya lebih 120km/j, secara automatik pipi akan terasa seperti disepak-sepak. Atau, tiba-tiba tayar kenderaan akan mengeluarkan angin dengan sendiri.

    9. Jumlah tol berdasarkan jumlah kereta yang dipotong.

    8. Hon kereta akan terbunyi sendiri sekiranya kita berada 5 meter berhampiran kenderaan lain.

    7. Di lebuhraya, sekiranya anda tidak memberi isyarat memotong, kereta anda tidak dapat memotong walaupun kereta di depan bunyi macam ribut lari macam siput.

    6. Sebelum memasuki jalan raya, perlu melapor diri di Pondok Polis berhampiran untuk diperiksa tahap fitness dan akhohol. Di lebuhraya pula, tempat membayar tol diganti dengan tempat pemeriksaan kesihatan pemandu dan kereta mereka.

    5. Kereta yang lebih 2 jam akan diminta masuk ke R&R untuk berehat atau dipaksa membayar dua kali ganda tol.

    4. Setiap kereta perseorangan (dan bukan setakat kenderaan awam) boleh dilaporkan melalui SMS sekiranya memandu merbahaya atau sekiranya tahap kejakian kita bertambah apabila melihat sport rim keretanya yang canggih. Setiap 10 SMS akan menyebabkan pemandu dihantar semula ke sekolah memandu.

    3. Setiap pemilik kenderaan diwajibkan memasang WiMax (Bluetooth pun OK la) dan PDA bagi memudahkan mereka berchatting dengan kenderaan berdekatan ketika memandu berseorangan.

    2. Pemandu yang tidak memakai talipinggang keledar? Tiga perkataan: Tiedless Bungee Jumping

    1. Buat jalan macam yang dihantar oleh blogger Rizal di bawah. Senang, tak berlaku kemalangan. Nak buat maintenance jalan pun mudah.

    Wilma: Lebih Dahsyat Dari Wanita-Wanita Lain

    Selepas Rita dan Katrina, menyusul pula Wilma. Dikatakan ia lebih kuat dari kedua-dua tadi. Setakat ini 5 orang sudah menjadi korban hurricane kategori 3 ini di Mexico. Ia dijangka akan mendarat di Selatan Florida (lagi?) tidak lama lagi.
    Bagi para ateis yang masih rasa ini bencana alam ini semulajadi, inilah masa untuk memikirkan mungkinkah benar ada kuasa yang dipanggil tuhan? Bagi umat Islam, walaupun majoriti yang terkena penangan hurricane adalah bukan Islam, ia merupakan tazkirah terbaik betapa kecilnya nilai nyawa kita di sisi Allah. Kalau kita sudah sampai ajal, tiada beza pergi kerja naik motorsikal ataupun kereta, walau dalam hujan lebat. Kalau lah kata nak cabut nyawa kita, di tilam empuk atau di medan perang tiada bezanya. Hanya penghayatan kalimah syahadatain menjadi penentu syurga yang kita idam-idamkan atau neraka yang kita tempah. Hanya keredhaan dan tawakkal kan membezakan pula kualiti kita sesama Islam.

    Sunday, October 23, 2005

    Pendedahan Mengenai 'Kelewaan' Solat

    Terima Kasih blogger Mohd. Razli (blog dirahsiakan atas permintaan) atas email ini. Saya quote sebahagian besar.

    Pakar motivasi dan penceramah bebas terkemuka, Datuk Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, mendedahkan 80 peratus umat Islam di Malaysia masih tidak menyempurnakan solat lima waktu dalam sehari. Peratusan angka ini diperoleh melalui tinjauan beliau menerusi program-program ceramah dan motivasi, yang dijalankan di seluruh negara serta pemerhatian terhadap gaya hidup masyarakat Islam masa kini.

    "Mereka boleh berada di padang bola lebih dari satu jam, peniaga pasar malam terlalu sibuk melayan pelanggan sehingga terlupa menunaikan solat biarpun hanya mengambil masa 15 atau 20 minit. Malah ada juga yang sanggup membuang masa di pusat membeli-belah, pusat karaoke, menyaksikan konsert, menonton perlawanan bola sepak, terlibat dengan lumba motor haram selama berjam-jam tetapi mengabaikan taklif agama yang mengambil masa pendek," kata Dr. Fadzilah dengan suara tersekat-sekat menahan sebak pada majlis pelancaran album motivasinya yang berlangsung di salah sebuah hotel terkemuka di Jalan Pahang, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

    Tambah beliau, hanya sekitar 17 hingga 20 peratus yang menunaikan solat fardu cukup lima waktu dalam sehari. Jumlah ini terlalu kecil sekiranya dibandingkan dengan jumlah penganut agama Islam di negara ini. Lebih menyedihkan, senario yang berlaku di kalangan pelajar sekolah menengah, iaitu hanya 15 peratus sahaja mengakui bersembahyang lima kali sehari.

    Kekecewaan dan kebimbangan Dr. Fadzilah jelas tergambar apabila beliau tidak dapat membendung air mata dan menangis, membuatkan hadirin tergamam seketika. "Biarpun masa yang diperlukan itu pendek, tetapi banyak orang yang ingkar untuk melakukannya kerana tidak menghayati ibadah tersebut, natijah daripada tidak ada latar belakang pembelajaran agama. Kewajipan solat sering dipandang remeh atau dianggap tidak ada nilai sensasi untuk diketengahkan kepada umum. Namun hakikatnya, ia terpaksa disampaikan ke pengetahuan semua kerana saya khuatir umat Islam akan menuju kehancuran apabila umatnya sudah seperti penganut agama lain yang sembahyang mengikut kehendak sendiri atau suka-suka sahaja," terang beliau.


    Takutnya bila baca pendedahan ini. Inilah yang sangat merisaukan kita. Mungkin kita kata pada diri kita sendiri, ish betul ke statistik ni? Ketika di sekeliling kita kebanyakannya solat, kita terlupa biah kita yang solah kadang-kala merupakan sesuatu yang semi mustahil di tempat-tempat lain. Kerana itulah pendakwah kena mainkan peranan aktif.

    10 Malam Terbaik Sepanjang Hidup

    10 malam terakhir Ramadhan ini adalah malam yang sangat sangat sangat penting. Kalau kita sudah rasa exhausted dan mula terfikirkan rasa, mungkin sunnah nabi ini boleh dijadikan panduan.

    Kalau Rasulullah menurut 'Aisyah, kesungguhannya ketika 10 malam terakhir dimanifestasi dengan mengemaskan kembali pakaiannya, lebih bersemangat dan lebih kuat komitmennya, nak kata betapa bersungguhnya baginda menghadapi 10 malam terakhir ini. Baginda juga berkurung di masjid, sehingga para isteri keluar masuk masjid untuk membawakan makanan dan pakaian keperluan, kerana baginda tidak mahu keluar dari masjid sepanjang 10 hari, bimbang tidak dapatkan malam lailatul qadr dan segala ganjaran-ganjaran lain yang Allah janjikan. Sedangkan dia maksum dan kekasih Allah.

    Bagaimana kita. Inilah masa kita perbaharui tekad. Umpama atlit terkemuka Qatar, Saif Saaeed Shaheen jaguh dunia dan pemegang rekod acara 3000 meter lari berhalangan. 2000 meter pertama dia relax sahaja, lari di celah-celah atlit lain. Tiba 1000 meter terakhir dia mula mengorak langkah. Makin nak habis makin laju dia berlari. Begitulah Allah menguji ketahanan mental dan fizikal kita di bulan puasa ni. Macam kacau emm nyum nyum dodol, makin lama makin pekat makin susah nak dikacau.

    So bloggers, mari kita mengemaskan kembali azam kita, panggil dan susun dengan utuh barisan saf-saf semangat Ramadhan kita yang masih bersaki-baki tu, sesuai dengan sunnah Rasulullah. Kita sertai mereka-mereka yang meninggalkan tilam dan sofa, isteri (bagi yang dah kahwin) dan bantal golek (bujang), semata-mata mengharapkan keredhaan Allah, memohon syurga Allah dan merayu dijauhkan dari api neraka.

    Di sini ada beberapa tempat yang aku tahu boleh beriktikaf dengan tenang dan khusyuk di sekitar Kawasan Parlimenku:

    Masjid UKM: Ramai student, best, semua semangat mengejar lailatul qadr. Ada berbuka dan ada sahur.

    Masjid Jamek Kajang: Pun best. Juga ada berbuka dan sahur. Agak-agak boring, boleh rasa Sate Kajang di gerai sepelaungan.

    Masjid KUIS: Tiada info tentang penyediaan berbuka dan sahur. Antara tempat paling tenang.

    Info dari blogger Pemburu Janji, Masjid Subang Jaya (depan Subang Parade). Ada buka dan sahur, tapi jangan tidur kat dalam, nanti pak cik dia marah dan pukul dengan sejadah. Tidur kat kawasan bersimen OK kot.

    Masjid KLCC. Sahur dan berbuka disediakan. Aku agak-agak sahaja. Kelemahan tempat muslimat agak terbuka.

    So jom iktikaf!

    Wednesday, October 19, 2005

    Create Shout Box and Put Pictures At Profile

    For bloggers, we tend to put something extra or we can call it as accessories. In Linux we call this as Feels and Look.

    Dear Mr. Lionate from http://lionate.blogspot.com (Iklan Percuma). Here how to do those things:

    Put Pictures

    If you are using blogspot, go to your main administrator page (where you can create new posting), select template. If you use blogdrive or others, you are on your own. Kiddin', just go to the main index and edit there. Find something like (opentag)!-- Begin #profile-container --(closetag)(use find in Firefox or IE). Put your pictures there

    (opentag)img src="http://static.flickr.com/16/22509621_839d468f0f.jpg" (closetag)

    before you see this tag
    (opentag)!-- End #profile --(closetag)

    Shout Box

    Much simpler. Just go to ShoutMix. Register there and html tags will be provided to you using Cut N Paste method. Copy the tags and put it after the
    (opentag)!-- End #profile --(closetag)
    tag.

    Please let me know if you cannot do it.
    Happing Shouting!

    Perompak Terhormat? Suka-suka dia aje

    Semalam kawan saya call saya nak pinjam router Juniper opis saya. Saya cakap sayapun tak reti pakai. Pertama tak muat, kedua tak berapa pandai configure. Saya cakap nanti saya pergi tanya network engineer saya dulu. Dia kata OK lah.
    Mamat ni satu opis dengan saya tapi lain unit. Saya dah nak tutup Skype saya bila dia masuk topik lain. Saya kekadang boring dengan dia pasal di otaknya dipenuhi pandangan kritis. Ada aje yang tak betul dengan sesuatu. Mungkin dia sendiri yang tak betul, tapi saya tak berani nak cakap begitu takut dia kecil hati. Biasalah saya ni orang Melayu yang suka pendam dalam hati.
    Dia tanya saya pakai Maybank2u tak? Saya kata saya pakai juga sekali-sekala. Dia marah saya. Dia kata baik tak payah pakai kalau sikit-sikit. Kemudian dia merungut tentang pengusaha stesen minyak tak nak terima pembayaran melalui kad kredit. Dia kata ini semua bank punya pasal, suka-suka dia aje letakkan komisen terlalu tinggi. Pertama pihak bank kenakan bayaran terlalu tinggi kepada pengusaha stesen minyak. Itu memanglah patut kerana siapa suruh pengusaha minyak ambil kredit. Ait, saya cakap dalam hati. Tadi dia juga yang nak guna kredit ketika membeli minyak. Sewel saya sebentar dibuatnya. Kedua pihak bank, selain ambil duit dari mereka, suka-suka dia aje ambil duit dari kita. Bagaimana? Melalui bayaran tahunan kad kredit. Mahal pulak tu. Suka-suka dia aje letak charge perkhidmatan. Setahun hingga beratus, bergantung kepada berapa besar batas kredit yang ada pada kad kredit itu. Suka-suka dia aje. Saya bersyukur bila Skype dia tiba-tiba kong, macam line telefon saya sekarang. Baru hutang RM100 pun dah potong. Memang Skype dah tak sebagus dulu, mungkin ramai sangat orang guna. Baik guna Yahoo Voice atau Google Talk. Tak terkira banyaknya saya dengar dia bercakap "Suka-suka dia aje". Pening sel-sel otak saya. Tak boleh proses kalimat-kalimat tu.
    Borak-borak dengan kawan saya itu memberi saya sedikit input tentang kehebatan bank menyedut duit. Dahlah keluar ATM sekali dia charge RM0.50 walaupun akaun ATM dari bank yang sama. Senario kad kredit itu hanya menguntungkan bank.


    Takkan tak nak beli minyak langsung, kalau kereta boleh jalan guna air takpe.


    Alternatifnya ialah tak payah susah-susah pakai kad kredit macam kawan saya. Cuma bawak cash ke mana-mana. Namun ia merbahaya kerana mendedahkan kita kepada perompak (yang masa sekolah tak rajin buat homework tapi masa nak merompak, cepat pula siap homeworknya) yang memerhati dan mengintai dompet di saat kita tak sedar. Kalau kita tak kisah beli RM10 demi RM10 dengan harapan bawa duit sikit tak menjadi sasaran perompak, tak mengapa. Maka alasan ini menyebabkan ramai orang memiliki kad kredit pada mulanya, katanya nak beli minyak. Tapi kalau pakai kad kredit, kita mungkin terselamat dari perompak jalanan, tetapi terpaksa berdepan dengan pihak bank yang cara sedutan wangnya bolehlah dipanggil perompak terhormat. Hmm ada jalan keluar tak?

    Monday, October 17, 2005

    Gejala Maksiat: Menguji Sensitiviti Ummah

    NTV7 bukanlah saluran kegemaran saya, walaupun saya suka jadi orang yang ceria. Namun sejak kebelakangan ini, mungkin atas agenda tersendiri yang sekadar memberikan sesuatu yang sensasi, atau benar ikhlas; ia giat membangkitkan sensitiviti umat Islam tentang masalah gejala maksiat yang semakin berleluasa.

    Visual dalam MyNews Network di NTV7 Sabtu lepas memperlihatkan kenyataan yang hodoh di depan hotel dan di dalam van jabatan agama. Ia adalah panorama yang berpanau dan sangat menyedihkan. Pasangan kekasih dicekup di hotel murahan dalam slot Maksiat di Bulan Puasa. Dalam serbuan oleh JAIWP (ayoyo suda tukar ka?) 4 pasangan Melayu yang belum berkahwin ditangkap.

    Zaujati: Orang kahwinpun tak boleh bersetubuh. Depa ni dah la tak nikah, tak puasa (sudah tentu), lebih berani dari orang dah kahwin.

    Semoga para remaja itu dan seluruh remaja lain di luar sana (juga sudah tentu para muslimin muslimat) diberi kekuatan untuk menjauhi aktiviti tidak sihat ini sekalipun bukan di bulan puasa.

    (Terlupa saya nak tanya Zaujati: Kalau orang kawin bersetubuh bulan Ramadhan alamat kena puasa dua bulan terus-menerus. Kalau orang tak nikah berzina di bulan Ramadhan pula bagaimana?)

    Di dalam slot itu, pemberita menerima panggilan telefon dari penonton. Dari panggilan telefon yang dibuat, terdapat ramai bapa-bapa yang kesal dengan gejala berkenaan. Bila ditanya apakah saranan mereka untuk memperbaiki akhlak para remaja, 3 daripada 4 orang (seingat saya 4 orang pemanggil) mencadangkan rotan. Mereka bersetuju bahawa ceramah demi ceramah perlu, tetapi mendenda sahaja tidak cukup kerana keinsafan tidak datang.

    Menurut Ustaz Ahmad Arum, pendakwah bebas (atau dengan kata lain pendakwah yang tidak berada di dalam sebarang jemaah dakwah) yang ditemuramah, berpendapat bahawa kepada setengah ibu-bapa, pendedahan realiti remaja masakini adalah tazkirah terbaik. Semua pihak perlu memainkan peranan di dalam membendung permasalahan ini. Namun bila ditanya bagaimana kaedah hukuman sekarang (denda di mahkamah), beliau berkata:
    Terlalu lembut. Namun ia bergantung kepada budi bicara pemerintah. Mungkin boleh dikaji semula


    Hukum Islam itu Tabii yang Sesuai untuk Manusia.



    Kisah di atas adalah rentetan kepada betapa degilnya kita menerima hakikat hukum Allah itu sangat absolute dan sesuai untuk mendidik manusia. Kaedah sekarang sangat-sangat lemah untuk mendisiplinkan remaja kita. Tangkap, bawak balai atau pejabat agama. Bawak masuk mahkamah dan pilih samada denda atau penjara.

    Alah, denda boleh bayar. Setakat RM600-800 tu bukannya banyak. Bukannya tiap-tiap hari kena tangkap, lepas kena tangkap boleh buat lagi.
    Mungkin begitu puak-puak ni berkira-kira.

    Duit bukanlah kaedah yang sesuai mendidik masyarakat. Takkanlah bapa-bapa yang menelefon NTV7 tu kebetulannya semua ustaz belaka. Kalau mereka orang biasa, mustahil mereka lebih arif tentang hukuman terbaik terhadap penzina dan pengkhalwat dari para ulamak yang menggubal undang-undang. Bila mereka mencadangkan rotan, ia petanda bahawa itulah yang paling sesuai untuk memberi keinsafan dan rotan itulah yang tabii dengan manusia degil, seperti yang termaktub dalam undang-undang Allah s.w.t.

    Oleh itu, jika keadaan sekarang masih berterusan, apakah mekanisma yang masih kita boleh lakukan untuk mengelak kemerosotan akhlak masakini? Kalau penggubal undang-undang syariah masih degil tidak mahu mengambil hukuman Allah, mungkin ada sesuatu yang masih boleh kita semua lakukan. Membangkitkan rasa sensitiviti. Rasa malu dengan masyarakat adalah penghalang remaja sekarang masih cuba menghindari hotel-hotel murahan ini. Bila muka sudah disinari flash dan ditatapi lensa kamera manusia, barulah terhegeh-hegeh mencari baju, suratkhabar atau apa sahaja untuk menutup muka. Rasa takut atau malu kepada Tuhan memang sukar untuk dilihat. Ini kerana lensa kamera Allah tidak disinari flash walaupun 'jurukameranya' bertugas setiap masa dan mendapat 'shot2' yang lebih baik dari jurukamera biasa. Mereka malu kerana mereka akan berjumpa kawan-kawan, ibu-bapa, rakan sekerja atau rakan sekolah. Ketika itu malunya tidaklah terkira. Oleh itu kita perlu semarakkan rasa sensitiviti ini supaya golongan pengkhalwat dan penzina ini terus dipandang hina dan jijik di sisi masyarakat dan di sisi Allah.

    Maka apabila NTV7 menyiarkannya, TV lain juga begitu, kita tulis di suratkhabar, di blog, menelefon, ceramah, berleter dan pelbagai lagi tindakan, kita memberi petanda perbuatan maksiat ini jijik dan masih ada rasa sensitiviti di kalangan masyarakat untuk menjauhinya. Semua ini bukan kerana budaya semata-mata, kerana agama kita melarangnya. Bak kata Ustaz Ahmad Arum ketika menutup slot Gejala Maksiat di Bulan Puasa itu:
    Berpegang kuatlah kepada agama. Tanpa agama kita akan binasa

    Lesen Bazaar Ramadhan: Ketenatan Sistem Sedia Ada

    Sabtu lepas saya sepatutnya berjumpa para sahabat-sahabat dan berbuka bersama. Namun oleh kerana Zaujati tidak berada dalam keadaan yang fit untuk menjaga Bathol yang ligat, saya terpaksa membatalkan niat murni menunaikan hak-hak para sahabat. Akhirnya petang itu saya dan Bathol bermain bola, kereta mainan dan membaca buku ABC di rumah. Saya juga sempat menonton TV. Gazet NTV7 tentang sekumpulan wanita India bergaduh terus menarik perhatian saya untuk menonton Edisi Siasat yang dihoskan oleh selebriti kacak bergaya Wan Kamaruddin Hazim(?). Isu "Apa Kejadahnya?" yang utama adalah berkenaan lesen berniaga MDKL di Area Segitiga Emas KL yang asalnya RM300 dijual sehingga RM12000 oleh sindiket yang didakwa ada kena mengena dengan orang dalam. Lantang sungguh suara Yang DiPertua Penjaja Kecil Melayu "Ini angkara G7. Saya ada bukti orang dalam terlibat. Sejak zaman Elyas Omar lagi". Hebat.
    Kemudian isu pergaduhan sesama peniaga kerana isu tapak yang berharga ribuan. Kelihatan di media agak hodoh, tetapi itulah yang diinginkan oleh penerbit. Panas, sensasi dan kontroversi. Namun isu yang lebih besar sebenarnya adalah kewujudan orang dalam yang membeli lesen atas angin untuk dijual semula di pasaran gelap. Ia sehingga melibatkan nama seorang anak pegawai tinggi polis. Sehingga nama AMAN Malaysiapun diheret sama.


    Tersedak agaknya Dato' Elyas Omar bila namanya disebut Sabtu lepas. Aku takde kena mengena dalam ini gambar?



    Datuk Bandar sekarang. Innocent look.

    Dicopet dari http://www.dbkl.gov.my/


    Apa yang menarik ialah ia terlalu kebetulan. Kalau sejak dahulu lagi ada sindiket menjual lesen bazaar Ramadhan, kenapa tidak dibawa ke media dari dulu? Penangkapan anak pegawai Polis terbabit; berlaku itu dahulu kah atau selepas kacau bilau yang berlaku seperti yang dilaporkan media?

    Kemelut rasuah dan salah guna kuasa di PBT sudah terlalu lumrah. Sistem sedia ada tidak efektif, menyebabkan ada yang boleh memanipulasi proses mendapatkan lesen dalam rangka memenuhi nafsu serakah; sehingga tak sedar diri nyawa bila-bila boleh ditarik. Ia adalah rentetan yang bertunjang dengan pentadbiran atasan yang sudah pastilah tidak bersih (ingat siapa Menteri WP?) IA ADALAH MANIFESTASI DARI SISTEM PEMERINTAHAN YANG SUDAH LAMA BERAKAR UMBI. Sistem ini perlu dirombak dari setiap penjuru, aspek, peringkat dan falsafah. Kita boleh tukar pekerjanya, kita boleh buang ketuanya, kita boleh rombak dasarnya, tetapi selagi sistem itu tidak berubah, selagi itu rasuah itu akan sebati dengan PBT. Sistem itulah masalahnya. Kita tak perlukan sistem begini buat masa ini.

    Sunday, October 16, 2005

    Bersangka baik ler sikit!

    Solat orang kebanyakan memang susah nak khusyuk walau kita cuba sebaiknya. Terutama bila solat terawih. Adik hafiz Quran tu mana boleh kompromi dengan tisu kaki yang koyak minta punggung didudukkan. Selagi tidak habis satu muka Quran, dia takkan rukuk. Kelmarin saya sepatutnya pergi ke masjid lain, ada program lain. Tetapi Zaujati kurang sihat, saya solat sekitar mukim sahaja.
    Kenapa tak solat surau atau masjid yang baca juz amma?
    Cepat sangat habisnya. Tak thrill pulak.
    Nak thrill, tapi tak larat.
    Bukan camtu. Nak rasa juga lenguh kaki ni.
    Dah tu jangan la banyak complain.


    Kalau surah yang kita hafal mungkin kita boleh ikut sekali. Kalau tak tahu sesuatu surah tu, mulalah kita tak fokus pada solat. Nak buka Quran masa solat, orang sebelah sini tak biasa. Renung semacam aje. Di saat kita cuba untuk fokus pada pembacaan imam, mulalah terpikir benda-benda lain. Hatta sekilas makmum di sebelahpun boleh menghilangkan konsentrasi. Ketika duduk antara dua sujud, saya terperasan dari ekor mata, orang sebelah pakai gelang. Tak jelas ia gelang, tetapi bersilau juga mata. Lantas saya menggerutu dalam hati.
    Tengok la budak muda zaman sekarang. Mencari identiti. Memakai gelang rasanya cool. Ada juga yang pakai rantai tembaga. Kononnya nampak macho.
    Selesai bagi salam, saya tengok dengan lebih jelas, mana tau kalau cantik boleh belikan satu untuk Zaujati. Namun sangkaan ekor mata saya meleset. Bukan gelang tembaga, tetapi jam tangan berwarna silver. Hai teruk saya ni. Dua kesalahan. Pertama tak khusyuk dan berborak dengan diri sendiri dalam solat. Kedua bersangka buruk sesama jemaah.

    Masjid mana ko pergi ni?
    Kolej Universiti
    Ler, budak U dah matang selalunya. Susah nak jumpa budak U terpengaruh mencari identiti dengan rantai dan gelang. Selalunya dia akan clash dengan identiti intelek tetapi sederhana student.
    Dah tu yang tengok dah ada anak pun masih pakai rantai?
    Tu mungkin tak masuk U atau perasan masih remaja

    Entahlah. Tazkirah untuk diri sendiri dan bloggers. Apa agaknya rahsia khusyuk ye? Boleh kongsi-kongsi di sini.

    Joke tentang Striker Liverpool

    Joke yang bermain di kepala bila tengok Liverpool main. Satu pasukan yang menang European Champion League tapi suffer di English Premier League.

    S: Kenapa Cisse tak dapat jaringkan banyak gol?
    J: Cisse ni laju. Tapi dia masuk selalunya second half. Selalunya defender dah malas nak mark. Depa pakat pasang perangkap offside je. Kalau one by one dengan defender, dia bawak lari bola dan pecut laju habis. Terlampau laju sampai terlajak ke hujung stadium.
    S: Kenapa Crouch tak ada sebiji pun gol?
    J: Dia kan tinggi. Tapi terlampau tinggi. Masa training depa terpaksa tinggikan palang gol pasal dia tak nampak kat mana kedudukan gol.

    Cadangan untuk memperbaiki persembahan kedua pemain:
    Cisse: Bagi dia main dari first half, tapi letak dia di belakang defender. Kalau dia lari terlampau laju sekurang-kurangnya taklah sampai terlajak ke hujung stadium.
    Crouch: Semasa sesi latihan, skil yang perlu diajar kepada pemain ini adalah menimbang bola dengan kepala dan dada. Sekiranya dia sudah mahir dengan skil tersebut, ajar pula dia berlari sambil menimbang bola. Strateginya ialah Crouch tidak mampu disaingi di udara. Pemain pertahanan tidak akan dapat menyentuh bola sekiranya bola hanya berlegar di dada dan kepala. Bawa terus ke gol dan score.

    Tambahan: Sabtu lepas Cisse score gol tunggal perlawanan Liverpool-Blackburn. So OK ler.

    Perkahwinan Aisyah (usia 6thn)

    Ada sesuatu yang menyebabkan saya tertarik membaca suatu forum di internet berkenaan Aisyah yang dikahwinkan pada usia 7 tahun (sayapun confuse, tajuk atas sekali tulis 6 tahun) dengan Rasulullah yang ketika itu berumur 50 tahun. Saya petik kata-kata di dalam forum tersebut:
    Seorang teman kristen suatu kali bertanya ke saya, "Akankah anda menikahkan saudara atau adik perempuan anda yang berumur 7 tahun dengan seorang tua yang berumur 50 tahun?" Saya terdiam. Selanjutnya dia berkata," Jika anda tidak akan melakukannya, bagaimana mungkin anda menyetujui pernikahan anak gadis berumur 7 tahun (Aisyah), dengan Nabi anda?" Saya katakan padanya," Saya tidak punya jawaban untuk pertanyaan anda pada saat ini." Teman saya tersenyum dan meninggalkan saya dengan guncangan dalam batin saya akan agama saya.

    " "
    Selepas itu pelbagai kiriman berkenaan hujah yang menidakkan umur Aisyah 7 tahun dan berdasarkan dalil-dalil yang dikemukan, dicadangkan umur Aisyah yang sebenar sekitar 19 ketika bernikah dengan Rasulullah. banyak lagi hujah-hujah yang menarik. Kalau bloggers berminat boleh baca sendiri. Entahlah, saya bukan berada di dalam posisi untuk menyelidik atau mengulas mana satu yang benar. Namun dari konteks logik, saya merasakan kita perlu melihat dari aspek dasar kemusykilan. Atas apa sahaja komen atau kekeliruan spontan atau provokatif dari non muslim, kita perlu yakin dan percaya apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Walau perkara yang tak nampak faedah yang nyata seperti perang Jamal atau Siffin. Saya tidak memihak kepada pandangan umur Aisyah 7 tahun, tetapi mungkin kalau itu yang kita pegang pada asalnya, bersedia untuk memahami hikmahnya walaupun sukar. Penjelasan awalnya mungkin dengan peringatan bahawa pada umumnya terdapat khilaf di kalangan para ulama dalam menentukan sesuatu, termasuklah umur Aisyah ketika bernikah dengan Rasulullah. Penjelasan seterusnya mungkin dengan memahami bahawa perkahwinan Rasul yang agak berumur dengan seorang gadis (secara umumnya semua ulama sepakat Aisyah ketika belasan tahun sudah menjadi Ummul Mukminin) adalah salah satu strategi perkembangan dakwah. Dari aspek penerusan tarbiyyah juga, terutama kepada muslimah, yang sangat tinggi darjahnya, datang dari para Ummahat Muslimin, yang rapat dengan baginda dan menyamai ilmu para sahabat. Selain itu perkahwinan rasul atas sebab menjaga kehormatan (Ummu Salamah) dan juga untuk berdakwah kepada sesuatu kaum. Tapi itu bukan persoalan utama di sini. Maka persoalan umum adalah sangat ranting, jangan sampai matlamat utama sebagai pendakwah dilalaikan dengan persoalan-persoalan yang mengeliru dan membuntukan.
    Blogger Rashidi: Kalau orang tanya saudara persoalan ni, bagaimana jawapan saudara?
    AT: Mudah sahaja. Tak payah pening-pening kepala
    BR:Yela, jawapannya?
    AT:Kalau orang tanya apa?
    BR: Akankah anda menikahkan saudara atau adik perempuan anda yang berumur 7 tahun dengan seorang tua yang berumur 50 tahun
    AT: Ye saya mahu. Tetapi ada tiga syarat. Pertama kalau saya mampu menjadi sethiqah Abu Bakar. Kedua kalau saya yakin anak saya dididik sesempurna dan setaat Aisyah. Dan ketiga, kalau saya jumpa insan semaksum Rasulullah. Jawapannya ya, pasti saya akan kahwinkan saudara saya yang tujuh tahun itu dengan insan 50 tahun itu.

    Persoalannya, mampukah kita meletakkan diri kita sampai ke peringkat tiga orang ni? Kenapa pening-pening kepala? Adakah kita seorang ayah yang punya kefahaman serupa dan sehebat Abu Bakar dalam hal ini? Kalau kita sehebat Abu Bakar, mampukah kita cari seorang kualiti sehebat Rasulullah? Kalau zaman sekarang ni, dengan kualiti umat Islam yang semakin tenat, mana mungkin kita bayangkan apa yang terjadi lebih 1400 dahulu dan cuba jawab soalan-soalan bodoh seperti yang diutarakan oleh kawan Masihi sahabat kita? Ada banyak perkara yang kita, muslim yang bertaraf manusia biasa ini boleh lakukan. Perkara-perkara lain yang tak mampu kita fahami, ada rujukan dan ilmuan serta ulama yang boleh dipelajari. Entahlah, semoga kita diberi kekuatan untuk memahami agama ini dan menyampaikannya walau satu ayat. WAllahua'lam.

    Friday, October 14, 2005

    Melawan Puncak Minyak

    Membaca tulisan saudara Hishamudin Rais sedikit sebanyak membuka minda saya tentang persoalan minyak. Saya berharap saya tidak menjadi bebal minyak seperti yang sering disungut oleh tokoh sosialis yang ada pemikirannya yang boleh dipakai. Namun saya merasakan persoalan minyak bukanlah absolute atau segala-galanya. Seperti juga kita dimomok-momokkan dengan kemungkinan negara boleh dibeli oleh penyangak ekonomi sekitar 1997. Pasti ada yang boleh melawan tekanan politik minyak, tekanan ekonomi dan ketenteraan. Tidak ada yang absolute bahkan AIDS sendiripun ada penawarnya. Kita asyik berada di dalam kerangka fikiran AIDS tiada ubatnya sehingga kita tak faham apa yang lebih berharga dari sekadar ubat.
    Begitu juga dengan minyak. Mungkin kita rasakan bahawa kenaikan memang tidak dapat dikawal dan sumber minyak itu sendiri semakin kepupusan. Oleh itu tidak ada jalan keluar kepada semua permasalahan itu. Checkmate. Hanya menunggu leher yang dijerut hilang ketimbang bangku. Begitukah sepatutnya? Pasti ada jalan keluar. Dalam agama kita tidak diajar semua dah ditakdirkan, maka tak perlu usaha dan tawakal sahaja. Bukan begitu. Kalau kita rasa kita pandai tentang persoalan Puncak Minyak dan hanya tunggu dan lihat, mungkin kita akan jadi lebih bebal dari si bebal minyak yang saudara Hishamudin maksudkan.

    sambung nanti...
    Kalau sempat nak ulas tentang boikot dan kuasa orang ramai.

    Masalah Penghadaman

    Lately I have problem with my digestion. It is not so serious or pain, but sometimes it keep on buzzing me over a long period. If you blogger have the same problem with me, probably this following is useful to you.

    What is Digestion System in general? This website give a lot of info. They even have the Flash Presentation on Digestion System. Cool

    http://kidshealth.org/parent/general/body_basics/digestive.html

    Symptom of Digestion Problem:
    Most people have a problem with their digestion at some time in their lives. Heartburn (a burning feeling moving up from the stomach to the throat), stomach pain, and bloating (feeling full of gas and needing to belch or pass wind) are all very common. They may be worse after a meal or at night.

    http://www.pharma.ucb-group.com/therapyareas/digestiveproblems/digestiveproblems.asp


    Solution:
    Rule number one, make sure you take smaller bite of your meal. Eat slowly and only swallow when the food is break into small pieces.

    Then eat a lot of fruits, vegetables and fibre based food.
    http://www.wholehealthmd.com/refshelf/substances_view/1,1525,10051,00.html

    Some website propose to take medicine to stimulate the enzyme.

    This website, is telling more than what we should know about its relation with diabetes.

    http://www.diabetes.ca/Section_About/digest.asp

    Thursday, October 13, 2005

    Google Talk: Apa agenda Google?

    Selepas Google Map dan Earth Google, kini muncul pula Google Talk. Ia mirip Skype dan YM versi baru. Sekarang Google ada kebanyakan perkara atau yang boleh di jadikan database berkenaan seseorang pengguna. Mula-mula email account (dahlatu@gmail.com), kawan-kawan kita di Online Buddies (Gtalk), maklumat secara terantai mengenai semua kawan-kawan kita di internet melalui Google Account (Orkut), kemudian apa yang kita surf di internet (Google search engine) dan banyak lagi perkara. Di dalam pengkajian P2P, benda ini disebut seperti suatu comunity interest. Tetapi cara Google yang tidak telus membuatkan pengguna seperti dahlatu terasa seperti dirinya diperhatikan di internet. Ia seperti Jabatan Pendaftaran Dunia yang tidak bertauliah dan mengumpul maklumat peribadi kita tanpa kita sedari.

    Tambahan: Kalau anda memilih untuk install Google Taskbar, kemungkinan anda akan terinstall Google Desktop. Ia lebih merbahaya kerana boleh mengindeks keseluruhan file dalam komputer anda. Maklumat peribadi berpotensi besar diambil dari PC anda tanpa disedari.

    Wednesday, October 12, 2005

    Kecurian Laptop

    Aduh rasa sesak nafas bila dengar kisah sahabat kehilangan laptop. Biasa sangat dengar kisah laptop hilang dari kereta. Kisah pecah kereta untuk curi laptop sangat-sangat biasa. Sampai ada yang suggest pencuri ni dia ada device khas untuk kesan ada atau tidak laptop di dalam sesebuah kereta. Tak tahu pula saya begitu. Ada seorang pakar kecurian (bukan pakar mencuri) laptop berkata tidak ada peralatan begitu. Mungkin juga ada kerana terlalu obvious pencuri tahu kereta mana berisi laptop dan kereta mana tidak, walaupun laptop disimpan di dalam boot. Pada saya, bagaimana pencuri boleh tahu kereta kita ada komputer riba atau tidak, ia kembali ke kaedah lama dan ortodok. Buat homework. Mengkaji pattern, masa, tempat dan meneliti segala butiran. Peluang dinanti dengan penuh sabar. Dengan risiko yang sangat kurang, seorang pencuri dapat mengagak peratusan berjaya menyambar satu notebook sejak kita keluar dari kereta. Pihak polis juga dah ingatkan orang ramai. Ini sudah tentu bukan polis yang pukul budak UIA pasal nak beli wiper ketika awal Ramadhan.

    Aduh kesian sahabat saya tu. Sesak nafas. Nafas sesak. Bukan murah tu laptop. Bertahun kumpul duit. Guna khas untuk mengemban.
    Tambah sesak bila mengetahui komputer ribanya sarat dengan segala macam rahsia syarikat. Perlu ada semacam kod istilah di dalam perjalanan pengurusan sesebuah syarikat, supaya maklumat tidak sampai ke pihak yang tidak sepatutnya. Mungkin kebanyakan notebook dicuri kerana pasaran gelap notebook yang permintaannya tinggi. Namun tidak dinafikan juga kemungkinan laptop dicuri kerana maklumat di dalamnya. Merbahaya betul. Ranap sesuatu organisasi dan sistem syarikat itu kalau rahsianya jatuh ke tangan orang lain. Mungkin boleh difikirkan penggunaan kod istilah yang hanya difahami oleh organisasi berkenaan. Penggunaan terma-terma ataupun 'short form' boleh digunakan untuk dokumen yang sangat stategik. Contohnya banyak, orang faham tentu boleh bayang-bayangkan. Istilah mengemban di atas?
    Tetapi perlu diingatkan ia bukan dokumen untuk tontonan pelanggan atau syarikat competitor. Susah pula nak dapat customer nanti. Langkah ini mengurangkan risiko kebocoran maklumat berharga ke tangan orang lain atau kakitangan bawahan yang susah nak jaga amanah. Hmm pihak Kastam mesti dah mula berkira-kira nak laksanakan kaedah sebegini. Selain itu penggunaan password pada dokumen-dokumen penting seperti word document ataupun spreadsheet mungkin berupaya mengurangkan risiko yang sama, bergantung kepada tahap kesewelan jiwa hackers dan crackersnya pencuri berkenaan.
    Apapun, semoga sahabat saya OK. Relakanlah pemergian Vaiomu itu. Kelak kan berganti dengan Toshiba Tablet insya Allah.

    Lloh! Kaya Embanget!

    AT: Astronya aja ada dua! Mentedarah dengan hiburan 24 (X 2) jam.
    Parmin: Eleh, biasalah tu. Hujung minggu mak nak tengok AF. Papa nak tengok EPL.
    AT: Dah tu bila masa nak baca Quran?
    Parmin: Mana ko tau dia tak baca Quran? Entah-entah dah khatam sekali Ramadhan ni.




    Perhatian Parmin. Aku saja tangkap gambar rumah Cina tu. Saja nak menyakat ko heheh.

    Sifat Mukmin yang Baik Semasa Ramadhan

    Semalam sebelum berbuka saya mengikuti tazkirah seorang ustaz. Saya kongsikan bersama bloggers di sini tentang beberapa sifat yang baik bagi seorang mukmin sempena Ramadhan.

    1. Berdoa ketika berbuka - Kadang-kala memang tak sempat. Terlupa.

    2. Sebut AlhamduLillah - Pun kekadang termiss. Memang rezeki kita di tanganNya. Hatta sebiji beraspun biar di atas pinggan, kalau ditakdirkan tak masuk ke mulut tetapi jatuh atas lantai, memang maknanya bukan rezeki kita.

    3. Solat paling afdal selepas solat fardhu ialah solat terawih. Ada hadisnya.

    4. Bangun malam dengan penuh pengharapan. Kalau kita bangun tiap-tiap malampun, tak ikhlas, tahajud kita sia-sia. Sempurnakanlah tahajud itu dengan keikhlasan.

    5. Bersahur selewat mungkin - Lebih afdal. Ada hadisnya.

    6. Berulang-alik ke masjid - Yang bujang sebaiknya berkampung di masjid. Yang dah kahwin, kalau ada isteri di rumah boleh imbangkan antara terawih di rumah dan masjid. Kalau tak fitnah ada unsur-unsur, boleh bawa sekali isteri ke masjid.

    7. Menjaga solat dhuha - Banyak rupa-rupanya amalan boleh dibuat. Bukan setakat terawih dan bertilawah.

    8. Baca Quran - Sebaiknya bertadarus beramai-ramai supaya boleh dibetulkan. Sunnahnya Nabi juga bertadarus dengan Jibril.

    8. Meninggalkan berbohong - Cubalah sebaiknya.

    9. Beriktikaf di masjid - tak semestinya 10 malam terakhir

    10. Bersedia untuk berpuasa sepanjang masa dengan memanfaatkan Puasa 6.

    Banyak lagi. Tapi tak terkejar. Ustaz laju semacam, nak kejar berbuka kot. Salin mana yang sempat. Yang betul tu main point. Comment tu ayat tambahan dari 'ustaz' tak bertauliah. WAllahua'lam.

    Sunday, October 09, 2005

    Gempa Bumi Asia Selatan: Mencecah 30k nyawa

    Berita semalam menyatakan jumlah terkini yang terkorban (kebanyakan saudara Muslim) di Utara India, Kashmir, Pakistan dan Timur Afghanistan sudah hampir 30,000 nyawa. Di mana-mana sahaja bencana, di bahagian mana bumipun sudah tidak selamat. Giliran Malaysia mungkin akan tiba, itu tidak mustahil. Dah sedia ke belum agaknya kita ni?

    Tambang murah ke Bali?

    Oleh kerana business kurang baik di Bali, AirAsia tawarkan ticket free (tapi tax tetapi kena bayar ler). Lepak dengan boss, dia tunjukkan harga ticket pergi balik Bali untuk bulan Oktober RM0.00. Tambah taxes adalah dalam RM145. Hai godaan tu. Peluang jumpa pengguna barangan I cawangan Bali dan Medan. Niat lain nak jalan-jalan tengok negeri orang. Tapi possibilities mati katak dek bom agak besar. Ala takpe, tawakal aje. Tu pun boleh consider tawakal ke?

    Wednesday, October 05, 2005

    Lagi letupan di Bali?

    3 lagi letupan di Bali. 19 orang kebanyakan pelancong asing dilaporkan mati. Kebanyakan orang Australia. Belumpun polis memberi sebarang kenyataan, umat Islam sudah dijatuhkan hukuman. Untuk kaitkan mudah sahaja. Keluarkan cerita dua bekas pensyarah yang pandai buat bom. Tulis cerita mereka buat keluar dari JI dan buat satu kumpulan baru. Pandai betul depa ni kaitakan dengan Muslim. Dah tentu mereka berdua tidak mewakili umat Islam, walau apa tindakan mereka. Kemudian JI itu sendiripun masih belum dapat dibuktikan, hanya pengakuan pak turut-pak turut yang hanya tahu perkara-parkara permukaan suatu organisasi yang tidak jelas. Dari mana pula mereka dapat tahu dua orang ni keluar dan buat kumpulan baru? Kesahihannya tidak penting dikaji, asalkan sensasi dan nampak cantik di dada akhbar. Tipikal penulis pojok (tak layak dipanggil wartawan) yang membosankan.

    Bila nak belajar dari musibah?

    Katrina ke Texas, Rita menjenguk Lousiana, Kebakaran hutan di California, apa lagi musibah tuhan ke atas US? Masih lagi ada nafsu memerangi Arab Saudi atas nama kebebasan beragama? Kalau memang laknAtullah tu, begitulah. Pintu hati tak terbuka menerima ikhtibar. Rakyat nak makan pun susah, masih tak insaf-insaf. Paling bodoh rakyat Amerika yang sekarang sudah terhantuk baru tergadah. Pilih Presiden yang pandai bergaduh sahaja tapi tak mampu mempercepat proses kemanusiaan. Kena gelak aje dengan rakyat Fidel Castro. Pentadbiran yang paing teruk dalam sejarah US. Tak reti reti nak guna otak.

    Komen Impian Ilyana dan Trio

    Satu SMS yang dihantar kepada Kosmo berbunyi lebih kurang begini
    "Pakaian pelakon Trio dan Impian Ilyana seksi. Memakai skirt dan baju tanpa lengan. bla bla bla"

    Tak tengok cerita tu, tapi dari gazet dia, memang berasas pandangan penghantar SMS. Banyak lagi yang sealiran. Contohnya Puteri (pakai baju dan seluar ketat) dan 3R (layan sekali-sekala, pasal banyak agenda dan pemikiran pendokongnya yang porak peranda). Ini semua ada unsur-unsur ghazwul fikri (serangan pemikiran) supaya kita berfikiran bahawa "Berpakaian begitu tiada salahnya, sesuai dengan trend dan suasana". Nak harapkan pelakon dan selebriti TV pakai tudung memang semi mustahil. Sekurang-kurangnya bersopan dan longgar sikit. Simpan mana-mana yang patut tu untuk suami masing-masing.

    Episod Sensasi: Aku dan Tayar

    Semalam terpaksa balik cepat ke rumah kerana kontraktor plumbing nak detect di mana bocor sambungan paip. Dalam perjalanan balik singgah belikan pisang goreng untuk Tha dan mama, tayar motor pulak pancit. Bertolak kira-kira 2km ke kedai berhampiran. Alang-alang sampai kedai motor, tukar brek belakang sekali. Kopak 20. Seat koyak entah bila nak repair. Sedih tengok motor yang sudah berusia 10 tahun. Pelbagai kenangan pahit manis sebagai student dan executive cikai. Banyak dah jasanya. Kata motor cari makan, tapi liat betul nak buat maintenance. Biasalah, budget tak berapa boleh nak disalurkan.
    Malam tadi, malam pertama Ramadhan 1426 H, balik dari jumpa anak-anak buah bertadarus, undur punya undur kereta... prak. Alamak bunyi apa pulak tu. Rupanya tayar (lagi?) belakang termasuk longkang. Kantoi. Alhamdulillah anak-anak buah datang tolong. Haru betul. Tayar belakang tu dah la pernah bocor sebelum ni. Tampal dua kali baru melekat anginnya. Kalau tukar dah makan 105 Goodyear. Memanglah Sime Tyre baru 85, tapi bunyi dia bising dan cepat kurang angin. Lagipun bunga cantik lagi. Siap alignment. Tampal jelah baru RM5 sekali tampal. Kata kereta nak buat tugas yang berat, tapi liat nak buat maintenance. Biasalah, alasan yang sama.
    Tayar-tayar ni semua komplot menentang kezalimanku jarang menyelenggara...